Wednesday 12 October 2011

karnival kerjaya dan keusahawanan UMP ( KAKK UMP )

ehem , assalamualaikum dan hye semua .


actually , nak ucapkan thanks sangat-sangat sebab sudi baca blog aku ni . maaf ada yang kurang , biasa la baru belajar kan :) ermmm , entry kali ni aku nak cakap sikit tentang kakkump ni . sebelum aku terjebak dalam kakkump ni , actually aku pergi interview sebuah kelab ni tau , kelab tu nama persis . tak sangka jugak macam mane aku boleh past interview tu . hahaha . tapi dalam hati ni bersyukur sangat-2 taw , at least aku ade join kelab kat ump ni . aku akui , aku masih baru di ump ni , baru berapa bulan masuk ump ni . aku ni ibarat baby baru lahir dari dunia untuk melihat universiti . maybe ni takdir Allah s.w.t kepada aku . Allah mesti nak jadikan aku seorang yang lebih matang dan seorang remaja yang pandai berdikari selepas pemergian arwah ayah aku . sebelum aku ni sah jadi ahli kelab persis tu , aku telah diberi task untuk kakkump ni la . aku telah terpilih untuk menjadi AJK Sambutan , Jemputan & Protokol . mesti terpukau kan dengar jawatan ajk yang aku penggang . wah , siapa tak rasa bertuah kan , ajk aku ni la sambut vip dan tetamu . aku sangat bersyukur sebab dapat ketua unit ajk yang baik . aku tak ada masalah dengan ketua aku . tapi biasa la penat seperti my mum cakap laa setiap kali aku ngadu yang aku penat " biasa la akak , tak ada benda yang tak penat dalam dunia ni " . yes , betul kata my mum . walaupun penat dan asyik busy dengan kerja , tapi banyak sangat benda yang aku belajar dan semua itu tak mungkin aku akan peroleh jika tak join club-2 begini . seperti Puan Paridah cakap la , " biasa la mia , sekarang je awak belajar dan peroleh pengalaman dengan benda-2 macam ni . nanti semua ni la awak akan tempuh di alam pekerjaan " . hurmmm , kalau fikir balik . memang betul pun kata-2 orang yang terlebih makan garam daripada aku ni . aku patut besyukur , dengan join kakkump ni la aku ada ADVANCE sikit daripada pelajar lain . at least , memang tak rugi pun aku luangkan masa dengan perkara-2 macam ni . baikkan aku busy kan diri aku dengan libatkan club-2 macam ni daripada aku buat benda tak berfaedah . aku terasa lain selepas masuk ump , aku tak tahu kenapa aku banyak berubah selepas masuk ump ni . maybe Allah sayang aku dan Allah jauhkan aku daripada perkara tidak sepatutnya . pasti ada hikmah semua ni . sekarang , aku bersyukur dengan hidup aku meskipun dalam hati aku ada ruang kekosongan iaitu perasaan rindu terhadap arwah ayah . kakkump ni akan berlangsung pada 14 hingga 16 oktober 2011 di Berjaya Megamall , Kuantan , Pahang . conclusionnya , bulan oktober la bulan paling busy bagi aku . thats all from me , bye :)

Tuesday 11 October 2011

aku rindu kau sahabat :'(



ni la antara kenangan kami keluar bersama . tapi sekarang kami berpisah sebab dye belajar kat matrik johor dan aku belajar kat universiti malaysia pahang . may Allah bless our friendship forever n ever :(

ni la sahabat aku yang paling aku sayang dalam dunia ni , ya Allah jangan la pisahkan kami lagi . aku tak kuat hidup tanpa kawan aku sorang ni . swear , aku rindu kau :'( ~ noor hafizah ~
ermmm , sayu tiba-2 bila duduk seorang macam ni . badan aku memang sakit dan aku terasa begitu penat semenjak masuk sem 1 ni . sementara menanti malam nak study , tiba-2 la teringat kat seorang sahabat aku yang paling aku sayang sangat-2 . rinduu giler nak jumpa kau kawan . kau tahu tak , semenjak kau masuk matrik johor , aku duduk ump , kita terus tak jumpa . sedih kadang-2 , kenapa aku dah lama tak dapat bersua muka dengan kau . kau tahu tak , aku kat sini , kalau sedih , aku tak tahu nak luah kat siapa . aku mesti teringat kat kau . kau la sahabat mati aku , tak ada orang dapat gantikan tempat kau di hati aku . sumpah wehh , aku rindu kau sangat-2 . aku harap raya haji ni , aku dapat jumpa kau . aku nak peluk kau , aku nak tatap wajah kau . sakit hati ni bila tahan rindu kat kau . aku harap , kau tak kan lupa aku , kita dah kawan dari darjah tiga , susah senang kita bersama , tapi sekarang kenapa kau tak contact lagi ?? aku tahu , kau busy nak exam final sem 1 kan ? aku paham . buat elok-2 ye kawan , aku doakan kejayaan kawan aku . kalau ada orang sakitkan hati kau , bagitahu yea . aku nak bagitahu , hanya kau sahabat dunia dan akhirat aku . kalau boleh , aku tak nak kau disakiti oleh siapa-2 sebab aku sayang kau sangat-2 . fizahhh , aku sedih dan sunyi hidup tanpa kau disisi . aku rasa dekat tiga tahun kita berpisah . aku harap kau tak lupa aku . sepanjang aku pindah dari perumahan kita tinggal bersama , aku kawan dengan beribu orang pun , aku tak pernah jumpa sahabat sebaik kau . even aku ada hidup aku sekarang , kawan-2 yang baru , aku tak pernah lupa kau . aku takut , aku tak dapat jumpa kau lagi . tapi kau ingat la , sampai mati aku sayang kau . aku harap , lepas kau baca entry aku ni , kau tahu betapa sayangnya aku kat kau . aku tak tahu nak cakap apa lagi , setiap kali kenang kan kau , tiba-2 terasa diri ni rindu sangat kat kau . siapa tak rindu kawan yang tempt selama ni aku sedih dan suka sama-2 . aku harap , hubungan persahabatan kita kekal sampai bila-2 . jaga diri yea , jangan pernah lupa aku kat sini . jujur , aku sayang kau sangat-2 Noor Hafizah bte Zainal Abidin :'(

Monday 10 October 2011

siapakah aku ?


ehem , assalamualaikum dan hye semua :)


Nama diberi Salmiah Binti Johari . Umur baru 18 tahun !! still muda . hahaha . aku biasa-2 je , tak ada laa apa yang best sangat tentang diri aku ni . bagi aku laa , tahun ni sangat bermakna , aku dapat menjejakkan diri ke menara gading . siapa la tak nak masuk universiti kan . dulu-2 selalu jugak terfikir , aku nak jugak masuk universiti dan berjaya macam orang lain . arwah ayah la orang paling excited yang nak aku masuk universiti , yela , aku perempuan sulung dan contoh kepada adik-2 . setiap orang pasti idamkan masa masuk universiti , nak mak dan ayah hantarkan . aku pulak ??? hurmmm , aku dah tak ada ayah . ayah aku meninggal dunia di saat aku berjaya , di saat aku memerlukan arwah ayah dalam hidup aku . semasa masuk universiti awal bulan enam baru ni , mak la satu-2 insan yang hantar aku di menara gading . nenek dan keluarga yang lain jugak ada datang untuk aku masuk universiti . tapi hati ni , langsung tak happy sebab aku rasa ade something yang kosong dalam hidup aku ni . korang tahu tak apa ?? aku perlukan arwah ayah aku di saat aku meniti kejayaan . aku tak kuat untuk tempuh semua ni tanpa arwah ayah aku . aku perlukan kekuatan dalam hidup aku . memang betul , aku tetap ada mak aku , tapi hati aku tetap kosong tanpa ARWAH AYAH aku !!!!!!! tapi seperti orang cakap , Allah lebih sayangkan arwah ayah kau mia , chill . hurmm , but im proud with my self , aku berjaya penuhi hasrat arwah ayah aku nak tengok aku masuk menara gading . sekarang aku menuntut di universiti malaysia pahang dalam bidang engineer . ya Allah , kuatkan hati aku untuk teruskan kehidupan aku yang penuh suka dan duka ini :')

11 october 2011 ~

assalamualaikum .
ni kali pertama aku join dunia blogging ni . haha . sebelum ni tak pernah terfifkir pun , ni semua gara-2 assignment aku terjebak dunia blogging . ni testing je , nanti aku update yang baru , bye :)