Wednesday 25 January 2012

new life :')


Hye , hye kamu yang cantik dan handsome ^o^

Hurm , actually mia bosan , sebab tu tangan rajin nak tulis entry2 ni , kalau kat ump , takde masa sebab busy dengan kuliah dan assignment . Sekejap je masa dah berlalu , tahun ni mia dah berumur 19 tahun . 13 February 2012 bermulalah semester 2 mia di ump . Sebelum ni mia ada semester 0 dan semester 1 . Tak sangka sekejap sangat masa berlalu . Masa yang berlalu amat pantas sehingga mia tak sedar , mia dah menempuh kehidupan mia hampir tiga tahun tanpa arwah ayah mia . Air mata ini seakan sudah kering untuk menangis demi arwah ayah mia . Ramai orang sekeliling mia cakap yang mereka lihat kehidupan mia seakan bahagia , kalau orang yang tak tahu tentang mia sudah kehilangan arwah ayah , mesti mereka akan cakap yang tiada apa2 yang berlaku dalam hidup mia . Mia tak nak orang kesian dengan mia , mia tak nak hidup atas belas kasihan orang ramai . Mia mampu boleh hidup di atas muka bumi ini dengan ilmu yang di dada untuk mencipta kejayaan mia sendiri . Mia tak nak hidup di atas simpati orang ramai , hidup dengan duit orang ramai hulur atas dasar mia anak yatim . Mia tak nak ! Mia boleh mencipta kejayaan di ump dan membawa pulang segulung ijazah untuk keluarga mia . Segulung ijazah itu mampu memenuhi impian mia untuk menjadi seorang engineer yang berjaya yang boleh mengubah hidup mia dan keluarga dengan lebih sempurna :')

Cukuplah mia main2 masa semester 1 baru ini , bukan niat nak main2 , maybe mia terkejut sebab first time belajar cara universiti . Tapi sekarang mia dah paham macam mana cara belajar yang betul . Mia akan lebih tekun untuk belajar semester 2 ini . Mia takut tunggu keputusan final exam semester 1 . Ramai yang cakap , semester 1 senang . Tapi orang semua tak rasa memang lah , boleh lah cakap senang kan . Mia yang tanggung semua ini , jadual belajar sangat padat . Kelas bermula pada pukul 8 pagi hingga 6 petang . Tiap2 hari macam ini , siapa yang tak penat kan . Assignment yang banyak belum tahu lagi . Mia tengok jam kredit bagi semester 2 lebih padat sebenarnya . Mia akan cekalkan hati mia untuk tempuh semua ini . Bagi mia , selagi mia belum berjaya menggenggam segulung ijazah , mia tak kan berhenti belajar dan berputus asa . Mia akan balas jasa emak mia selama ini dan pengorbanan arwah ayah mia . Semester baru ini , mia akan mulakan azam baru mia . Yes , mia akan belajar dengan tekun meskipun tiada sokongan daripada arwah ayah !!! :'(


life must go on :')


Monday 23 January 2012

Dalam diam , saya mahukan semua ini ya Allah :')


hey hey awak semua , assalamualaikum :D

Okey , actually mia bosan sepanjang cuti sem sekarang , so tak ada apa nak buat kat rumah , kalau nak kerja , siapa la nak ambil kita ni kerja dalam masa sebulan . So , mia hanya tolong atuk berniaga kat pasar malam . Mia tak malu pun , malah mia bangga sebab atuk mia memang dah berniaga kat pasar malam selama berpuluh tahun lamanya . Best sangat bila berniaga kat pasar malam ni . Tapi mia tahu tak semua minat pergi pasar malam , antara sebabnya apa class cari makanan kat pasar malam , baik pergi KFC , McD , PIZZA , RASA MAS , SECRET RECIPE dan banyak lagi lah , ada jugak yang tak minat pergi pasar malam sebab tak suka tempat yang ramai orang . Mia tak kisah , sebab itu hak masing2 kan . Tapi kalau boleh , mia nak cari lah future husband yang kaki pasar malam ni . HAHA . Cakap pasal future husband ni , ramai yang tanya mia , actually mia minat lelaki macam mana , ciri2 tu macam mana . Nak tahu ? Kalau nak boleh la baca entry ni sampai habis , kalau tak suka , boleh pangkah page ni , easy right ^o^

Okey , biar mia list kan ciri2 itu semua :D

  • Mesti lah mia mahukan future husband mia beragama islam , tapi sebenarnya mia lebih minat lelaki cina mualaf , mia suka lelaki bermata sepet sebab macam mia :)
  • Mia minat lelaki yang kurus dan kulit gelap2 . Tak nak lah kurus macam lidi kan , at least sedap jugak mata memandang kan . Mia tak nak pun yang perfect sebab mia bukan perempuan yang perfect pun ;)
  • Kalau boleh , mia nak lelaki tu ada education , kalau boleh at least sama level education dengan mia . Mia bukan memilih , tapi mia juga fikir masa depan mia . Kalau tanya sesiapa pun , diaorang pasti cakap macam mia cakap ni . Hee ~
  • Then , yang paling penting bagi mia , dapat terima family mia , mia kan dah tiada arwah ayah , jadi mia mahukan lelaki yang boleh jaga family mia dan dijadikan tempat bergantung , sebab mia anak sulung , jadi mia perlukan semua ini ;)
  • Kalau boleh , mia tak nak lelaki yang anak sulung , sebabnya mia pun anak sulung , jika kami sesama anak sulung , agak susah sebab masing2 kena jadi ketua keluarga . Tapi kalau jodoh , terima je lah , pasti ada hikmah semua ini kan :D
  • Mia nak sangat lelaki yang kaki pasar malam , dan satu kepala dengan mia . Mia kurang suka lelaki yang terlampau lurus dan ikut cakap mia sebab mia tak nak jadi queen control bila kahwin nanti . HAHA lol :D
  • Mia paling tak suka dan benci lelaki suka marah mia sesuka hati , cemburu tak tentu pasal dan paling teruk , bila tak paham keadaan mia yang masih belajar =='
  • Mia lebih minat lelaki tua pada mia lima tahun dan ke atas , sebab mak mia ada pesan , kalau mia bersalin nanti , muka perempuan kan akan nampak lebih tua , so bila dah bersalin jangan risau , suami tak kan cari lelaki , sebab muka kita dan dia lebih kurang sama tuanya walaupun kita muda daripada dia . HAHA , mia tak cakap , tapi orang yang lebih makan garam daripada mia iaitu ibu tercinta :D
  •  Mia tak minat lelaki yang terlampau touching ni , mia minat yang garang2 ni . Baru gentle sikit kan , kalau tak , gaduh sikit nak menangis kan . Kalau kahwin tak tahu pulak kan apa yang jadinya . Mia nak sangat lelaki itu boleh dijadikan teman berrbicara , abang , kawan baik mesikpun dia seorang suami mia suatu hari nanti :)
  • Seperti wanita yang lain , mia nak sangat bakal suami mia tu sudah khatam Al-Quran , sebab mia pun dah beberapa kali khatam , dan ada pegangan agama yang boleh didik mia , mia tak harap pun dapat bakal suami yang sangat teguh pegangan agamanya , cukuplah hanya masih ada pegangan agama di dalam diri sendiri .
  • Kurang suka dengan lelaki yang romantik , sebab mesti lelaki itu ada pengalaman masa muda2 dulu , mana tahu buaya darat kan ;)
  • Mia kalau boleh , tak nak lelaki yang sudah pernah disentuh oleh mana2 perempuan , ingat lelaki je ke nak perempuan macam nii ? :P
  • Kalau mia tahu jaga batas pergaulan mia dengan lelaki lain , mia nak bakal suami mia pun macam tu , tapi mia percaya , lelaki yang baik , hanya untuk perempuan yang baik :D
  • Mia nak bakal suami mia orang jauh , sebab apa , kalau raya nanti boleh jalan negeri orang kan . Kalau boleh , nak lah bakal suami mia masih ada kedua ibu bapanya sebab mia kan dah kehilangan arwah ayah , jadi mia boleh tumpang kasih sayang daripada ayah mertua :'(
  • Lastly , mia nak lelaki yang boleh terima mia seadanya , sayang dan cintakan mia . Lelaki itu juga boleh didik mia ke jalan yang benar sebab mia sudah kehilangan arwah ayah tercinta untuk mendidik mia , jadi mia amat mengharapkan bakal suami mia boleh dijadikan tempat mia dan keluarga mia bergantung .
  • Bagi mia , family mia lagi penting daripada siapa bakal suami mia . Selagi mia tak bertemu dengan lelaki seperti di atas , mia rela tidak berkahwin sebab mia tak nak family mia terabai . Selepas kematian arwah ayah mia , mia tahu semua tanggungjawab digalas di bahu mia . Jadi , mia rasakan semua ini amat penting .

~ true love come from truth heart ~


Mia bukan jenis memilih , mia juga bukan mahukan semua yang sempurna , tetapi sebagai seorang kaum hawa di dunia ini , semua ini idaman mia memiliki lelaki yang boleh memimpin mia ke jalan yang benar dan lurus disisi Allah s.w.t .

Mia sedar , mia hanya manusia biasa , mia hanya mampu berdoa dan redha segala ketentuan Allah takdirkan kepada mia sejak mia di dalam rahim ibu mia lagi . Tapi mia tetap mencari cinta sejati itu . Tapi bukan sekarang , mia hanya mimpikan semua ini agar menjadi kenyataan buat sementara waktu , andai tiba jodoh mia , mia tahu semua mimpi ini menjadi kenyataan . Mia masih muda untuk memiliki semua ini , bagi mia pelajaran itu lebih penting , selagi mia tak membawa pulang segulung ijazah daripada Universiti Malaysia Pahang , tempat mia menuntut ilmu ini sekarang untuk dibawa ke kubur arwah ayah dan membuktikan kepada orang sekeliling bahawa tanpa arwah ayah , mia masih boleh berjaya , mia tak akan kahwin . Yes , itu janji mia . Tapi dalam diam , setiap hari mia mendoakan mia akan bertemu jodoh yang baik untuk mia dan family mia . Semoga Allah mempermudahkan mia untuk jalani kehidupan di atas dunia ini tanpa arwah ayah tercinta . Amin :')

Sunday 22 January 2012

yes , semua itu benar =='

Assalamualaikum dan hyee semua !!


Sedih , sedih bila semua orang cakap mia makin gemuk , makin berisi , okeyy mia terima , memang mia semakin berisi semenjak ni . Hey mia , bukan semenjak ni , tapi tahunn lepas lagii =='

Mia tak boleh salahkan semua orang andai diaorang cakap mia makin berisi , okeyy baru ni , mia pergi lah tolong atuk mia berniaga kat pasar malam , padahal dah 2 minggu mia kat rumah , tapi tak pernah nak datang menolong sebelum ini , alasannya malas nak datang tolong berniaga lagi sebab nak hilangkan tention dan stress di rumah dulu sebab baru lepas habis final exam katakan , padahal tak sedar , duduk rumah tu lah badan mia makin gemuk sebenarnyaa !!! Atuk pun tegur mia , " Hey , kenapa nampak muka macam sembap , badan makin gemuk , apa nak jadilah dengan awak sorang nii " Hampir tergelak dengan bebelan atuk mia . Mia memang mengakui kata2nya , mia makin gemuk semenjak masuk ump . Mak ada cakap tau , " Dulu2 mak hantar ump , kurus keding je awak ni , tiba2 bila dah balik badan macam tong , hinggakan adik awak pun tak cam mana satu awak masa nak angkat beg bawa masuk kereta " . Bukan main lagikan gelakkan mia . Mia pun tak tahu macam mana jadi macam tu , biasalah hidup kat U , bila stress je , mia mesti pergi cafe , melantak apa yang patut , Yes thats me !!  :D

Stress memikirkan keadaan ni , haha #macam lah teruk sangatkan problem . Mia pun tak tahu macam mana mia boleh gemuk , maybe sepanjang mia hidup di ump , tiap2 hari mia makan ayam , bukan apa , ikan mahal lah , padahal ayam tu favourite mia , sampai muak pun ada tengok ayam . Tadi teman lah mak pergi giant , nak cari barang makanan sikit , mak tanya , " Akak nak makan ayam malam nii ? Kalau nak , biar mak beli , boleh mak masak malam ni .. " . Cepat2 mia gelengkan kepala , mia tak nak makan ayam lagi mak , nanti mia makin gemuk . Serius , baru ni mia dah timbang berat badan mia , mia terkejut , yess , mia makin berisi . Baju banyak dah tak muat , huwaaaaa sedih giler kot , banyak baju baru mia beli dah tak muat , bukan tak boleh masuk terus , tapi bila mia pakai baju tu nampak sendat . Tak kan la mia nak keluar rumah pakai baju sendat dan bertudung pulak kan . Mia lebih suka keluar dengan berbaju yang agak besar , agar mia lebih selesa . Okey , mia tengah cuba untuk kuruskan badan mia . Tapi macam mana nak kurus , tiap2 hari mak mia masak sedap2 . Takpe mia , lepas cuti ni , kau kuruskan lah badan kau tu . HAHA . Tapi mia ada terfikir jugak , satu cara je kalau nak nampak badan mia susut , maybe mia kena sakit dulu baru semua kembali normal . Kalau mia tak makan , ada je yang bebel , sakit kot telinga . Ada yang siap pesan lagi , tak semestinya diet tak makan apa2 , jangan biarkan perut tu kosong . Panjang benar nasihat si dia terhadap mia , anyway thankss sebab take care tentang mia Mr. Capital " A " ;)

yes , mia takut suatu hari nanti mia jadi macam nii  =,=

Sampai disini saja entry mia kali ni , actually bosan duduk rumah , cuti sem sebulan ni terlalu lama bagi mia , tapi mia happy sebab dapat rehatkan minda mia daripada belajar selama ni , actually mia rindukan suasana di Kampus UMP , yess rindu sesangat !! :')
Okey laa , see you all soon , take care and bye ! Wassalam ^o^










Monday 16 January 2012

disebalik sebuah kebahagiaan :(

hidup tidak semestinya indah ..
keindahan dan kebahagiaan hanya pinjaman semata-mata daripada Allah S.W.T untuk umatnya , siapa kita untuk menolaknya ..
manis sangat sesebuah pertemuan dan pahit jugak sesebuah perpisahan , tapi siapa kita untuk menolak andai takdir telah tertulis begitu ?

awak , saya ingin berbicara apa yang telah lama terbuku di hati saya ini , mungkin awak pun tidak akan paham , saya harap awak sudi maafkan saya :(

awak , saya tahu saya gagal jadi yang terbaik untuk awak , bukan jua perempuan yang baik untuk awak , saya jahat sebab dah hancurkan hati awak , tapi siapa saya untuk lawan hati ini andai takdir telah tertulis kita tidak boleh bersama dan cinta ini bukan untuk awak , maafkan saya awak meskipun hati ini dah cuba untuk sayang dan menerima kehadiran awak dalam hidup saya . saya dah cuba sedaya upaya selama 1 bulan lebih ini , namun saya gagal awak , berat hati saya nak luahkan kat awak yang saya gagal sayangkan awak dalam hidup saya , saya takut awak kecewa dengan saya , namun saya gagahi diri saya malam ini untuk berterus terang dengan awak , saya cuba meskipun saya tahu hati awak terluka , saya tak nak awak terasa saya mainkan awak , saya tak pernah terlintas untuk curang atau mainkan perasaan awak , saya dah cuba untuk terima dan sayang awak , tapi SAYA GAGAL AWAK , SAYA GAGAL !!!!!!!!!!!!! :'(

awak , hati saya sudah sepi dan kosong hampir satu tahun , awak tahu tak macam mana bila hati dah kosong , zero ??? awak tahu kan , jangan paksa diri saya lagi , saya bukan jenis perempuan mudah jatuh cinta dan sukakan seseorang lelaki , kalau saya perempuan jenis macam tu , dah lama saya jadi playgirl . saya tak mampu terima mana2 lelaki dalam hidup saya selama ini selepas saya pernah dikecewakan oleh seorang lelaki pernah sayang dua tahun yang lalu , saya cuba buka hati ini , namun saya gagal , awak , tolong jangan berharap apa2 lagi pada saya , tak mungkin hati saya akan terbuka untuk mana2 lelaki , biarlah saya hidup dengan hidup saya , hidup tanpa seorang lelaki , andai sampai seru , saya akan memilih siapa jodoh saya , tapi bukan masa kini . kekadang saya tiada masa untuk layan awak , saya busy dengan assignment , test , tutorial dan kehidupan saya di kampus , saya tahu awak duduk matrik lagi busy daripada saya , tapi saya tak boleh terlampau tertekan dimana saya kena bahagikan masa saya dengan study dan awak , kadang2 awak tak paham saya , awak nak saya selalu disisi awak , tapi awak tak tahu , saya busy sangat2 sampai kadang2 nak rehat pun tak sempat , tapi awak tak pernah paham even saya dah jelaskan kat awak , maybe silap saya jugak sebab saya tak pandai bahagikan masa , tapi awak , saya gagal untuk bahagikan semua tu , saya sukar nak fokuskan kepada study saya , saya minta maaf awak , saya gagal untuk semua ini :(

saya harap awak rela lepaskan saya , lepaskan saya demi masa depan kita berdua . saya tak tahu nasib saya pada sem 2 , jadual saya maybe makin fixed , saya takut saya tiada masa nak text dengan awak di handphone , saya tak dapat layan awak lagi , saya rasa saya bukan perempuan yang terbaik untuk awak , maybe ade perempuan yang jauh lebih baik daripada saya , tapi awak sendiri kena mencarinya ..

awak , awak terlalu baik dengan saya , tapi hanya saya tidak pandai menilai semua ini , mugkin saya buta . awak , ingatlah , lelaki yang baik , hanya untuk perempuan yang baik .. saya harap selepas ini , kita hanya boleh jadi kawan , kawan yang baik , bukan musuh . saya doakan semoga awak akan jumpa perempuan yang jauh ebih baik daripada saya , perempuan yang boleh jaga awak , saya tak kisah andai ijazah nanti awak nak mohon ump , saya tak pernah halang awak untuk mohon ump walaupun di ump ada saya , saya hanya mampu doakan yang terbaik untuk awak . maafkan saya dari hujung rambut hingga hujung kaki Muhamad Faizal , saya banyak sangat dosa terhadap awak , saya harap awak dapat teruskan hidup awak tanpa saya dengan bahagia . terima kasih sebab sudi sayangkan saya selama ini , saya hargai segala pengorbanan awak terhadap saya selama ini , maafkan saya awak , semoga Allah permudahkan hari2 awak tanpa saya selepas ini . jaga diri awak , assalamualaikumm :(