Sunday 17 June 2012

Jangan pergi dari hidup kami :'(

Assalamualaikum..


Hye kaki blogger, sihat? Hope everything gonna be okey :')


Same goes with my heart now.. Zero, infinity.. Norfahana binti Maskam, yesss, she is my bestie forever and ever.. Sedih, sedih sangat sebab bakal kehilangan seorang lagi sahabat baik di UMP. Susah sangat nak jumpa sahabat sebaik dia. Yesss, selain dia, mia masih ada kawan lain, tapi dia lah antara kawan yang paling rapat dan selalu share masalah. Tapi sekarang, dia akan pergi tinggalkan kami semua. Sayang, berat sangat hati aku nak lepaskan kawan sebaik kau pergi jauh daripada kami semua? Tapi demi masa depan kau, cita-cita kau nak jadi nurse, kami semua akan tetap support kau daripada belakang :')


Lepas ni, dengan siapa lagi aku nak gelak sama-sama? pergi class? ponteng kelas sesama? borak-borak? hang out sesama? siapa lagi nak jadi driver aku? siapa lagi nak dengar masalah aku?siapa lagi nak sambut birthday aku? pergi program sesama? siapa???? Serius, aku terasa sangat kehilangan kau kawan. Walaupun selama ni kau tengok aku macam tak sayangkan kau as my friend, tapi sebenarnya aku sayang kau giler, sayang sangat! Terasa sangat kehilangan kau. Terkilan sebab tak dapat sambut birthday kau, terkilan tak dapat jumpa kau lagi sem akan datang, terkilan tak dapat borak-borak dengan kau lagi. Tapi ingat tak? Waktu aku buat turun barang masa nak check out, aku sempat jumpa kau dekat tangga, kau kiss pipi aku dan salam aku. Tak sangka, tu laki terakhir aku akan jumpa kau, dengar suara kau, salam kau dan cium pipi kau. Rinduuuu nak dengar kau masuk bilik aku, jerit2 macam mak lampir sebab stress. Aku kehilangan segalanya. Aku pendam hati aku semenjak kau update status, kau berjaya SPA nursing dan daftar 2 julai ni kat Penang. Aku pendam sebab aku tak nak menangis, aku tahan hati aku, aku tak nak fikir yang aku kan kehilangan sorang lagi kawan. Tapi aku tak sanggup nak tahan semua tu, yes, aku tak sanggup berpisah dan kehilangan kau. Kau macam adik beradik aku. Aku tak dapat tahan hati aku daripada terus menangis masa tulis blog ni. Tapi aku tulis blog ni, aku nak kau tahu, aku sayang kau sangat-sangat, aku terasa gilerrr kehilangan kau, terasa tahu takkkk! Aku dah kehilangan kawan yang rapat dengan aku selama ni, kawan yang selama ni berada dekat di mata aku, buat aku happening :'(


Dekna, satu je aku nak kau tahu, aku sayang kau sangat-sangat kawan. Duduk sana nanti, jangan lupakan kami disini. Aku minta ampun dan maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki andai aku ada buat silap kat kau. Terima kasih hadir dalam hidup aku. Bahagia dapat kenal kawan macam kau selama satu tahun ni. Aku tak kan lupakan jasa kau dan kenangan bersama kau. Sekarang, aku ada meen, ezzra dan lakhvin je sem depan yang satu class dengan aku. Sayang, jaga diri tau, belajar elok-elok, yang paling penting, jangan pernah lupakan kami disini. Semoga Allah bersama kamu selamanya. Kau adalah sahabat terbaik yang pernah aku jumpa selama ni. Terima kasih kawan :')










Segala kenangan kita bersama, akan tersimpul rapi dalam hati kami semua :')
Sayang kamu Norfahana Binti Maskam