Friday, 24 March 2017

Maafkan saya..

Assalamualaikum, hai semua :)

Firstly, thanks sudi visit blog mia. Sekarang ni mood nak exam mid term next week, so a little bit busy la, nak share pasal pengalaman mia posting di klinik kesihatan ibu dan anak pun tak sempat lagi, maybe next posting mia akan post kan..

Actually, mia tak tahu la apa kena dengan mia semenjak kenal dengan seorang lelaki ni. Mia akui, lepas mia buat haluan sendiri dengan lelaki yang tudm tu, mia dah niat dalam hati, kali ni mia akan terima lelaki yang hanya boleh dijadikan suami, bukan setakat bf je, sumpah wehh, hati ni dah sakit sangat. Mia ni bukannya jenis suka mainkan hati lelaki ni, sepanjang mia duduk study kedah ni, takdela pulak mia jenis kaki kenal dengan jantan dan outing dengan jantan mana-mana, punya la setia dekat lelaki tu, last2 kena tinggal juga, tapi yela kan orang cakap, kalau bukan jodoh kita, jaga la macam mana pun, kalau bukan jodoh kita, tetap bukan jodoh kita, so jujur la mia kata, mia dah give up dengan lelaki sampai satu tahap fikir, aku tak kahwin pun takpela, hm. Asalkan mia ada kerjaya, dan duit sendiri.

Mia tak pernah pun nak duit lelaki ni, kalau betul mia pandang duit lelaki, dah lama mia cari bf yang background gaji mahal2, tapi secara jujurnya, ex sebelum ni semuanya gaji biasa je, sebab bagi mia perkahwinan ni satu perkongsian, tak semestinya kahwin nanti kita akan guna semua duit suami kita, apa guna mia ada duit hasil titik peluh sendiri, sharing la duit gaji tu. Bagi mia duit bukan segalanya, tapi yang paling penting, mia nak lelaki yang boleh didik mia dan pimpin mia bersama hingga ke syurga Allah. Itu je mia harapkan.. Betul la orang kata, yang baik susah nak jumpa hingga la mia jumpa dengan seorang lelaki ni..

Lelaki ni mia jumpa dekat people nearby dekat wechat je, katanya di look around waktu tu di UMP Pekan, masalahnya tempat yang dia look around dengan tempat mia berpuluh km jaraknya, dia pun pelik macam mana boleh jumpa mia. Start dari situ kami chat, hinggalah mia dapat nombor telefon dia sebabnya pada asalnya memang mia yang tipu dia kata nak delete account wechat, padahal nak nombor telefon dia, hahaha kejam kan? Bukan apa, since kenal dia, dia la mia uji macam-macam, sampai masa on call thru phone, mia ugut dia jangan cuba chat morning kat mia pagi tu, kalau tak mia block dia hinggalah esoknya dia tak sent chat langsung, so mia fikir, hahaha dia memang dah tekad ke apa? Tak lama lepas tu mia nampak dia up status kat wechat "Keep calm, nanti kena block". So i know that status to me dan kali ni mia memang happy sangat la sebab berjaya kenakan dia. So, ada satu malam tu, mia stalk fb dia, mia terjumpa semua gambar dia, mia download dan simpan dalam gallery phone. Sebab i think, that person very special to me. Malam tu juga mia gaduh juga la mia kata mia tak layak untuk dia, sebab dia ada rupa, tapi dia still fight kata rupa bukan segalanya, so mia salute dengan dia, dan mia mengalah juga malam tu. Malam tu juga mia buat solat istikarah untuk pertama kali, sebab mia memang dah give up dengan lelaki.. Mia minta Allah permudahkan hubungan kami kalau betul dia lah lelaki tu.. Hari demi hari, kami contact macam biasa sebagai kawan dan tiada masalah, hinggalah satu malam tu, malam terakhir mia di rumah sebelum balik ke kolej selepas habis cuti semester, mia tak terima whatsapp langsung dari dia, malam tu memang rasa give up, nak menangis sangat2! Waktu mia down tu juga, mia bangun untuk buat istikarah buat kali kedua.. Kalau dia bukan jodoh aku, aku tak nak tengok muka dia esok, sukarkan urusan dia! Hahaha jahatkan? Padahal sebelum tu dia ada janji dengan mia nak jumpa mia dekat terminal sebelum mia naik bus balik kedah. So mia assume dia mungkir janji dia hingga mia whatsapp dekat dia jangan jumpa mia dekat terminal. Malam tu, mia dapat mimpi, ada seorang lelaki tinggi lampai akan datang duduk sebelah mia dekat seat terminal tu juga, tapi mia malas ambil port sebab dah sakit hati sangat2.

You know what? Pagi tu mia tak pick dua voice call dari dia, memang niat tak nak jumpa pun dia. Dia explain sungguh-sungguh la dekat mia, malam tu dia on call, kena standby masuk port kuantan, so dia minta maaf la. Beria dia tanya mia bus pukul berapa, tapi mia tetap dengan ego mia tak nak jumpa dia. Last-last dia datang juga jumpa mia dekat terminal dengan pakai baju yang masih dia on call malam tu. Dia kata, dia balik rumah dan sempat capai baju tu je. Waktu dia lalu depan mia, duduk sebelah mia, berdegup laju jantung ni, ya Allah, dia la lelaki mia dapat gambaran mimpi malam tadi, yes memang betul dia. Sebab tu mia ada tegur dia, kenapa nampak lain? Sebab mia kan tak pernah jumpa dia, hanya tengok gambar dekat fb, then dalam mimpi nampak lain sikit, tapi bila jumpa real, memang wajah dia sama dalam mimpi mia, so korang rasa macam mana? Ya Allah, betul ke jodoh aku ni? Mia just berlagak dan borak macam biasa, macam tiada apa berlaku, secara jujurnya, mia selesa dengan dia even mia sempat borak dengan dia lebih kurang setengah jam je sebab bus mia dah sampai masa tu dan mesti korang tak sangka punya, mia halau dia balik, bukan mia halau, tapi mia masih terkejut, dia la lelaki mia nampak dalam mimpi istikarah tu.....

Masa mia naik bus, mia dapat whatsapp dari dia, korang tahu tak? Dia purpose mia, mia masih ingat hingga sekarang ayat dia purpose mia, ayat dia simple and meaningfull to me, "Can you be my wife?", Korang tahu tak apa perasaan mia time tu, siapa tak terkesima, lelaki yang kita dapat petunjuk dari solat istikarah purpose kita jadi yang halal buat dia? Of course, im happy, and mia terima lamaran tu.. 

Tapi Allah pinjamkan kebahagiaan tu kejap je, lepas mia sampai je kedah, dia busy dengan life dia as safety officer, start tu mia jadi lain dari yang lain. Mia jadi seorang tak faham dia, emosional, mengamuk tak tentu pasal kalau dia takde masa untuk mia, sedangkan even dia busy sekalipun dia tetap akan whatsapp mia even dia busy sekalipun even bukan 24 hour pun. Sampai sekarang mia masih ingat, hingga lewat malam dia stay di office untuk siapkan report, tapi masih sempat text mia, tapi disebabkan amarah di hati, kononnya tak bersyukur dengan masa yang diluangkan, hingga lastly dia pressure dengan mia, and last, mia hilang dia kot, hilang hingga sekarang. Allah je tahu, betapa bodohnya mia sebab berani cabar dia untuk buat keputusan buat haluan masing2. Mia rasa down sangat2 malam tu dan rasa kesal dan menyesal tu hingga saat ni rasa masih menebal dalam diri ni. Even kami hanya kawan sekarang, dia tiap hari juga akan whatsapp dengan mia even dia pressure dengan mia. Mia masih kuat hingga sekarang, sebab ayat dia, dia nak tengok mia usaha macam mana untuk dapatkan dia semula macam mana dia usaha untuk dapatkan mia mula2 hari tu. So mia sahut cabaran dia. Mia cuba mula faham life style kerja dia sekarang ni, cuba untuk lebih dekatkan diri dengan Allah, setiap kali lepas solat, mia tak kan lupa selitkan doa untuk hubungan kami.. Mia percaya jodoh yang Allah aturkan buat kami berdua. Sepanjang kami jadi kawan, mia buat lagi solat istikarah untuk kali ketiga, dan mimpi kali ini, mia nampak wajah dia, tapi berbeza sangat kali ni, dimana dia lah wajah yang terakhir yang mia akan tatap sebelum mia tutupkan mata. Means, tu bukan ke petanda dia lah lelaki yang akan bersama mia hingga ke tua nanti? Hanya Allah je tahu apa mia rasa sekarang ni.. Serius, mia hingga sekarang rasa menyesal atas kekhilafan mia terhadap dia.

Mia berani usaha untuk pujuk dia sebab mia nampak dia dalam solat istikarah mia. Mia percaya apa yang Allah aturkan buat mia. Dia la lelaki yang pertama yang buat mia susah nak miliki. Sekarang ni, mia hanya sandarkan doa dekat Allah agar dia terbuka hati untuk terima mia semula. Mia akan dekatkan diri dengan Allah terlebih dahulu, cintakan Allah dan rasul sebelum mia cintai dia. First time mia sandarkan cinta manusia terhadap Allah terlebih dahulu.. Betul la orang kata, perkahwinan adalah satu jalan untuk bersama-sama dengan pasangan untuk menuju ke jalan yang diredhai Allah Taala, bukan hanya untuk didunia semata-mata. So mia percaya akan jodoh Allah aturkan buat kami..

Buat awak Rozman, secara jujurnya, saya ingin memohon ampun dan maaf dari awak atas segala kekhilafan saya sepanjang kita kenal. Hingga sekarang rasa kesal masih berbekas dihati saya sebab kerana kebodohan saya, saya kehilangan awak dalam hidup saya. Tak mungkin ada peluang buat saya kali kedua. Saya bodoh sebab tak reti nak hargai kehadiran awak sebelum ni. Saya dah cuba usaha untuk dapatkan hati awak, tapi saya rasa saya gagal. Saya tahu hati awak sangat susah nak maafkan saya apatah lagi terima saya semula. Jujurnya, saya tak pernah sayangkan mana-mana lelaki macam mana saya sayangkan awak, saya sayangkan awak kerana Allah Taala. Saya rasa putus asa untuk dapatkan hati awak semula. Sampai satu tahap saya terfikir untuk berhenti berharap walaupun awak la insan yang saya mimpikan dalam solat istikarah saya. Mungkin ada lagi satu peluang untuk saya dapatkan awak, bila saya balik pahang tidak lama lagi. Tu usaha saya untuk awak. Saya bukan tidak percaya pada qada dan qadar Allah. Tapi saya hanya manusia biasa awak dan perempuan yang lemah. Saya ni cuma dilahirkan dari tulang rusuk seorang lelaki. Saya hanya perempuan yang perlukan seorang lelaki yang boleh lindung saya, jaga saya dan didik saya ke arah lebih baik. Saya takda kuasa pun untuk menghalalkan awak. Sebab tangan awak yang layak menghalalkan saya, bukan saya. Tapi kalau awak tak berikan saya peluang dan bukakan hati awak untuk saya, mana benarnya solat istikarah itu untuk saya? Saya tak nak paksa awak untuk terima saya semula sebab saya rasa awak je tahu sejauh mana saya sayangkan awak rozman. Saya duduk jauh dari awak. Saya tak tahu nak buat lagi untuk hubungan kita hingga sampai satu tahap, saya nak bawa diri saya jauh dari awak dan semua orang. Saya hanya ada Allah. Hanya pada Allah saya boleh doa agar Allah bukakan hati awak buat saya kali kedua. Saya tak menjanjikan apa-apa. Tapi saya akan cuba jadi yang terbaik untuk awak. Sikit pun saya tak pandang duit, kerjaya dan harta awak. Saya hanya perlukan lelaki yang boleh bahagia kan saya dan sudi sayangkan saya sebagai seorang isteri yang halal buat awak. Saya hanya ikut rentak awak rozman, tapi awak kena la tahu, sampai satu tahap, saya akan give up juga. Saya harap awak faham apa saya cuba sampaikan.. Saya sayang awak rozman. Satu dunia baca blog ni dan satu dunia tahu betapa sayang dan cintanya saya terhadap awak. Terima kasih atas segala kebahagiaan dan pengorbanan awak buat saya. Jaga diri di kuantan. Kerja elok2. Semoga malaikat menjaga awak untuk saya, awak la bakal imam yang saya tunggu sampai bila-bila. Assalamualaikum..

No comments:

Post a Comment