Sunday 19 March 2017

New Life girl!

Assalamualaikum, hye semua! :)

Syukur ke hadrat Allah, masih diberi kesempatan untuk bernafas atas muka bumi ini dan teruskan life as student nurse, haha. Yeahh, seronok sangat. Almost hampir dua tahun mia dalam dunia nursing ni, pejam celik tinggal setahun lagi, insyaAllah tengah tahun depan akan qualified la as staffnursee. Doakan!

Btw, actually mia nak ucapkan tahniah dekat my little brother, number tiga dalam family ataupun orang panggil kedua bongsu sebab berjaya dapat 7A 2B dalam keputusan peperiksaan SPM 2016 yang diumumkan beberapa hari yang lalu. Subjek sains tulen lain macam physics, chemistry dan lukisan kejuruteraan dia dapat A kottt, Additional Math je dia dapat B. Sungguh kakak mu tak percaya dik, hahaha aku tak tahu kau lahir dari mana, genetik mana sebab kakak dan abang kau takde la secerdik kau dik. Hahahaha. Apa pun i wish you all the best my adik. Akak try mohon foundation okay, dan so on la.

Dah masuk semester 4 ni, kami di dedahkan dengan health site dimana posting di klinik kesihatan ibu dan anak area sungai petani kedah ni haaa. Serius, best sangat duduk health site bagi person yang minat komuniti ni, macam mia la. Bayangkan la first day posting klinik kami adalah Klinik Kesihatan Bedong, Kedah, Percaya tak, first day sudah diajar handle case dan injection vacine untuk bayi, so agak seronok la sebenarnya sebab staffnurse dan akak JM bagi kami kepercayaan untuk berikan perkhidmatan even kami masih dalam training. Thanks a lot!

Okay apa-apa mia update lagi okay, doakan mia nak exam mid term osce 23hb march ni dan teori pada minggu depannya! Wish me all the best, bye peeps!