Assalamualaikum. Hye guys :)
SubhanaAllah, Salam Nifsu Syaaban bagi semua umat islam.
Semoga kita dapat mulakan hidup kita dengan buku baru, YA buku yang lebih baik
daripada sebelum ini. Semoga hidup kita terus barakah hendaknya. Percaya, Allah
ada bersama hamba-hambanya. Allah tak akan memberi ujian kepada hambanya andai
hambanya tidak mampu menghadapinya. Keep strong and keep pray.
Allah tahu yang terbaik untuk hambanya. Mia percaya kenapa
Allah telah berikan mia ujian ini. Yes, walaupun dari raut wajah ini, mia nampak
tiada masalah, sebenarnya beribu masalah yang mia hadapi. Tak semua perkara
kita boleh kongsi di tempat umum seperti ini, cukuplah hanya Allah menjadi
tempat rintihan hati ini. Mia percaya, kenapa Allah telah mengambil seorang
demi seorang insan yang mia sayang dalam dunia ni, insan yang mia berpaut dan
amat perlukan dalam kehidupan ini. Mia redha Allah telah mengambil nyawa arwah
ayah diusia muda, dan ketika itu mia berusia 16 tahun, adik kedua, berumur 14
tahun, adik ketiga berusia 10 tahun, adik yang bongsu masih bayi dan mak diusia
38 tahun. Tapi mia tak pernah salahkan Allah sebab mia tahu, Allah sayangkan
ayah, arwah ayah seorang insan dan ayah yang sangat baik. Pernah dengar tak
orang cakap, “Orang yang baik ni, tak lama hidup atas dunia ni, Allah sayang
dia, jadi Allah tarik nyawa dia diusia muda agar dia tak banyak buat dosa atas
dunia ni”. Yes, im agree it.
Hidup sebagai seorang anak yatim, dan hidup tanpa berbapa,
hanya dijaga oleh seorang mak yang berstatus ibu tunggal atau lebih dikenali
janda amat perit. Yes, semua orang boleh menghina, menyerang dan buat apa saja,
sebab kami takda sesiapa yang boleh mempertahankan kami. Mia percaya, setiap
kali orang menghina, mengata dan menyerang keluarga kami, roh arwah ayah
pandang dari dunia lain dari jauh. Pasti arwah ayah sedih dan tak mampu buat
apa-apa. Arwah ayah ada pesan, walau jahat mana pun orang tu buat kat kita,
kita jangan membalasnya, buatlah baik dengannya. Kerana pesan ayah la, akak tak
pernah bersangka buruk dan melawan semula sesiapa yang berkata buruk mengenai
keluarga kita. Kerana akak percaya, anak-anak yatim dan insan teraniaya, Allah
akan lindunginya. Walaupun ayah tiada
lagi melindungi kami, akak percaya, Allah itu ada. Dengan sedikit pencen yang
ayah tinggalkan, kebun getah pusaka yang ayah wasiatkan buat mak dan kami adik
beradik, sudah cukup membuatkan kami untuk terus hidup atas dunia ni. Memang
akak akui, walaupun ramai yang bercakap hidup kami agak mewah, tapi bagi akak,
hidup ni langsung tak lengkap, sebab apa tak lengkap? Sebab ayah tiada. Kalau
Allah minta akak buat satu permintaan atas dunia ni, akak nak minta satu je.
Akak mahukan ayah akak balik. Akak tak nak ayah tiri, tapi akak nak ayah
kandung akak. Ayah, ayah tahu tak, sejak ayah tinggalkan kami atas dunia ni,
kami semua hilang tempat berpaut. Akak, dan adik-adik semua hilang semangat
untuk study, tapi akak tetap teruskan untuk penuhi wasiat ayah, akak dah nak
habis belajar ayah, bulan 10 ni akak konvo, dan ayah tahu tak, dalam dewan
konvo nanti, ada dua kerusi, satu untuk mak, dan satu lagi untuk ayah. Tapi,
takpalah, akak tak mahu teruskan itu. Ayah, tapi akak tengok, firdaus macam
hilang semangat, hinggakan nasihat mak tentang belajar dia hiraukan, tapi akak
tahu, dia hanya dengar nasihat akak, jadi akak hanya nasihatkan yang termampu
untuk adik-adik akak. Alhamdulilah, walaupun akak tengok dia macam hilang
semangat untuk belajar, pointer dia di politeknik sangat bagus, 3.0 above. Yes,
akak tahu, firdaus antara anak ayah yang ayah cakap since kecil adalah anak
yang cerdik. Akak tahu, lepas ayah meninggal dunia, tahun depannya dia hadapi
PMR. Dan dua tahun selepas itu, SPM. Ayah boleh bayangkan tak semua anak-anak
ayah tempuhi peperiksaan besar tanpa ayah disisi? Ayah tahu tak macam mana
perasaan kami untuk lawan perasaan ini? Ayah tahu tak, perit sangat hati kami
ini. Tapi akak bangga dengan Fatthur, ayah tahu tak, Fatthur tu anak yang ayah
manjakan dari kecil kan? Ayah panggil Fatthur dengan panggilan Baby Man. Ayah
tahu tak, akak tak tahu dari mana semangat dia, sepanjang dia sekolah rendah
dari tahun 1 hingga 6, dia mendapat keputusan peperiksaan yang sangat bagus
hinggakan sewaktu dia nak memasuki tingkatan 1, dia dapat tawaran ke sekolah
SMART. Akak tahu, dalam wasiat ayah, ayah nak sangat ada seorang anak dia
sekolah di SMART sebab ayah pernah bersekolah disitu. Sehingga kini, dia
berulang alik dari rumah dan mak menghantarnya sejak dia di tingkatan 1 hingga
tingkatan 3 sekarang. Ayah tahu tak, pada awalnya dia duduk asrama, budak-budak
asrama membulinya. Betulkan akak cakap? Hina sangat ke anak-anak yatim macam
kami ni ayah sampai sanggup orang buli, hina, mengata, menyumpah serapah dan
datang serang ke rumah. Apa dosa kami ayah, ya Allah? Akak percaya, kalau ayah
ada sekarang ni, pasti ayah membela kami kan? Ya Allah.. sesungguhnya dengan
apa yang jadi, sangat mematangkan mia. Ayah, akak terasa lemah sangat nak
melangkah meneruskan hidup-hidup ni. Akak tahu, akak ada satu tanggungjawab
yang sangat besar terpaksa dipikul. Ayah tahu tak, sehingga sekarang, akak
tengok firdaus dan fatthur langsung tak pandai independent. Ayah pasti risau
dengan keadaan anak ayah yang bongsu tu kan? Ayah jangan risau, akak jaga Daniel,
walaupun semut pun, akak tak bagi gigit dia. Akak tahu, adik-adik adalah
tanggungjawab akak, akak tahu, walaupun ayah tiada, hidup perlu diteruskan,
akak perlu menjaga mak dan adik-adik. Akak anak yang sulung, patutnya akak
perlu memikirkan keluarga terlebih utama. Maafkan segala kekhilafan akak selama
ni.. Ayah, kami tak kaya pun atas dunia ni, kadang2 kami kesempitan wang, tapi
Allah maha kuasa, kami masih boleh makan. Sebab dari kecil lagi, ayah ajar kami
hidup bersederhana kan? Ayah, akak berharap, walaupun ayah tiada di dunia ini,
ayah tak akan lupakan mak, akak, firdaus, fatthur dan Daniel. Walaupun jasad
kita sudah terpisah, namun darah yang mengalir dalam tubuh kami, ayah tetap
hati kami. Semoga ayah tenang disana. Akak janji, lepas akak habis belajar,
akak akan buka perniagaan dan cari kerja tetap, akak akan tanggung mak dan
adik-adik. Akak akan buat ayah bangga dengan akak. I will deserve it without
you :’)
Orang lain tak kan pernah memahami perasaan seseorang yang
perlu menjalani kehidupan tanpa ayah disisi pada usia muda. Kepada orang
sekeliling, mengata, kejilah, hinalah, maki serapah la, kami redha kerana kami
percaya Allah itu ada. Dan mia akan tetap pada prinsip mia, orang buat jahat
sekali pun, mia tak kan membalasnya dan mia tetap buat baik dengannya.
Sesungguhnya Allah bersama insan yang teraniaya. Damailah ayah, semoga Allah menjagamu.
Al-Fatihah..