Sunday 19 March 2017

New Life girl!

Assalamualaikum, hye semua! :)

Syukur ke hadrat Allah, masih diberi kesempatan untuk bernafas atas muka bumi ini dan teruskan life as student nurse, haha. Yeahh, seronok sangat. Almost hampir dua tahun mia dalam dunia nursing ni, pejam celik tinggal setahun lagi, insyaAllah tengah tahun depan akan qualified la as staffnursee. Doakan!

Btw, actually mia nak ucapkan tahniah dekat my little brother, number tiga dalam family ataupun orang panggil kedua bongsu sebab berjaya dapat 7A 2B dalam keputusan peperiksaan SPM 2016 yang diumumkan beberapa hari yang lalu. Subjek sains tulen lain macam physics, chemistry dan lukisan kejuruteraan dia dapat A kottt, Additional Math je dia dapat B. Sungguh kakak mu tak percaya dik, hahaha aku tak tahu kau lahir dari mana, genetik mana sebab kakak dan abang kau takde la secerdik kau dik. Hahahaha. Apa pun i wish you all the best my adik. Akak try mohon foundation okay, dan so on la.

Dah masuk semester 4 ni, kami di dedahkan dengan health site dimana posting di klinik kesihatan ibu dan anak area sungai petani kedah ni haaa. Serius, best sangat duduk health site bagi person yang minat komuniti ni, macam mia la. Bayangkan la first day posting klinik kami adalah Klinik Kesihatan Bedong, Kedah, Percaya tak, first day sudah diajar handle case dan injection vacine untuk bayi, so agak seronok la sebenarnya sebab staffnurse dan akak JM bagi kami kepercayaan untuk berikan perkhidmatan even kami masih dalam training. Thanks a lot!

Okay apa-apa mia update lagi okay, doakan mia nak exam mid term osce 23hb march ni dan teori pada minggu depannya! Wish me all the best, bye peeps!

Friday 18 December 2015

Kehidupan terkini, maybe.

Assalamualaikum. Hye semua!

Rasanya dah lama mia tak update blog ni. Okayy. Sebenarnya mia dah habis pun belajar di UMP. Last year, bulan October mia konvo. 

Okay, lain pula jadi kat mia. Sekarang ni mia sambung study Kursus Diploma Kejururawatan under SPA8 di Kolej Kejururawatan Sg Petani, Kedah. Ohh my God, siapa sanga student Science Computer boleh terjerumus dalam bidang Medical. Tapi semua tu dah tertulis kan oleh Allah Taala, after konvo mia tak sempat pun cari kerja guna diploma holder mia tu. Alhamdulilah, buat setakat ni, mia still boleh carry apa yang mia pelajari sekarang, mia rasa mungkin ni jiwa, minat mia selama ni, tapi Allah bagi lambat sedikit sahaja. Apa pun, mia akan tetap tabah untuk habiskan kursus diploma ni. Doakan mia agar menjadi seorang staffnurse yang cekal hadapi dugaan. Maybe next time mia share macam mana mia lulus interview semua tu.

Next time mia akan update blog mia ni, stay tuned guys. Have a nice day.

Friday 13 June 2014

Rintihan hati buat arwah ayah :')

Assalamualaikum. Hye guys :)

SubhanaAllah, Salam Nifsu Syaaban bagi semua umat islam. Semoga kita dapat mulakan hidup kita dengan buku baru, YA buku yang lebih baik daripada sebelum ini. Semoga hidup kita terus barakah hendaknya. Percaya, Allah ada bersama hamba-hambanya. Allah tak akan memberi ujian kepada hambanya andai hambanya tidak mampu menghadapinya. Keep strong and keep pray.

Allah tahu yang terbaik untuk hambanya. Mia percaya kenapa Allah telah berikan mia ujian ini. Yes, walaupun dari raut wajah ini, mia nampak tiada masalah, sebenarnya beribu masalah yang mia hadapi. Tak semua perkara kita boleh kongsi di tempat umum seperti ini, cukuplah hanya Allah menjadi tempat rintihan hati ini. Mia percaya, kenapa Allah telah mengambil seorang demi seorang insan yang mia sayang dalam dunia ni, insan yang mia berpaut dan amat perlukan dalam kehidupan ini. Mia redha Allah telah mengambil nyawa arwah ayah diusia muda, dan ketika itu mia berusia 16 tahun, adik kedua, berumur 14 tahun, adik ketiga berusia 10 tahun, adik yang bongsu masih bayi dan mak diusia 38 tahun. Tapi mia tak pernah salahkan Allah sebab mia tahu, Allah sayangkan ayah, arwah ayah seorang insan dan ayah yang sangat baik. Pernah dengar tak orang cakap, “Orang yang baik ni, tak lama hidup atas dunia ni, Allah sayang dia, jadi Allah tarik nyawa dia diusia muda agar dia tak banyak buat dosa atas dunia ni”. Yes, im agree it.

Hidup sebagai seorang anak yatim, dan hidup tanpa berbapa, hanya dijaga oleh seorang mak yang berstatus ibu tunggal atau lebih dikenali janda amat perit. Yes, semua orang boleh menghina, menyerang dan buat apa saja, sebab kami takda sesiapa yang boleh mempertahankan kami. Mia percaya, setiap kali orang menghina, mengata dan menyerang keluarga kami, roh arwah ayah pandang dari dunia lain dari jauh. Pasti arwah ayah sedih dan tak mampu buat apa-apa. Arwah ayah ada pesan, walau jahat mana pun orang tu buat kat kita, kita jangan membalasnya, buatlah baik dengannya. Kerana pesan ayah la, akak tak pernah bersangka buruk dan melawan semula sesiapa yang berkata buruk mengenai keluarga kita. Kerana akak percaya, anak-anak yatim dan insan teraniaya, Allah akan lindunginya.  Walaupun ayah tiada lagi melindungi kami, akak percaya, Allah itu ada. Dengan sedikit pencen yang ayah tinggalkan, kebun getah pusaka yang ayah wasiatkan buat mak dan kami adik beradik, sudah cukup membuatkan kami untuk terus hidup atas dunia ni. Memang akak akui, walaupun ramai yang bercakap hidup kami agak mewah, tapi bagi akak, hidup ni langsung tak lengkap, sebab apa tak lengkap? Sebab ayah tiada. Kalau Allah minta akak buat satu permintaan atas dunia ni, akak nak minta satu je. Akak mahukan ayah akak balik. Akak tak nak ayah tiri, tapi akak nak ayah kandung akak. Ayah, ayah tahu tak, sejak ayah tinggalkan kami atas dunia ni, kami semua hilang tempat berpaut. Akak, dan adik-adik semua hilang semangat untuk study, tapi akak tetap teruskan untuk penuhi wasiat ayah, akak dah nak habis belajar ayah, bulan 10 ni akak konvo, dan ayah tahu tak, dalam dewan konvo nanti, ada dua kerusi, satu untuk mak, dan satu lagi untuk ayah. Tapi, takpalah, akak tak mahu teruskan itu. Ayah, tapi akak tengok, firdaus macam hilang semangat, hinggakan nasihat mak tentang belajar dia hiraukan, tapi akak tahu, dia hanya dengar nasihat akak, jadi akak hanya nasihatkan yang termampu untuk adik-adik akak. Alhamdulilah, walaupun akak tengok dia macam hilang semangat untuk belajar, pointer dia di politeknik sangat bagus, 3.0 above. Yes, akak tahu, firdaus antara anak ayah yang ayah cakap since kecil adalah anak yang cerdik. Akak tahu, lepas ayah meninggal dunia, tahun depannya dia hadapi PMR. Dan dua tahun selepas itu, SPM. Ayah boleh bayangkan tak semua anak-anak ayah tempuhi peperiksaan besar tanpa ayah disisi? Ayah tahu tak macam mana perasaan kami untuk lawan perasaan ini? Ayah tahu tak, perit sangat hati kami ini. Tapi akak bangga dengan Fatthur, ayah tahu tak, Fatthur tu anak yang ayah manjakan dari kecil kan? Ayah panggil Fatthur dengan panggilan Baby Man. Ayah tahu tak, akak tak tahu dari mana semangat dia, sepanjang dia sekolah rendah dari tahun 1 hingga 6, dia mendapat keputusan peperiksaan yang sangat bagus hinggakan sewaktu dia nak memasuki tingkatan 1, dia dapat tawaran ke sekolah SMART. Akak tahu, dalam wasiat ayah, ayah nak sangat ada seorang anak dia sekolah di SMART sebab ayah pernah bersekolah disitu. Sehingga kini, dia berulang alik dari rumah dan mak menghantarnya sejak dia di tingkatan 1 hingga tingkatan 3 sekarang. Ayah tahu tak, pada awalnya dia duduk asrama, budak-budak asrama membulinya. Betulkan akak cakap? Hina sangat ke anak-anak yatim macam kami ni ayah sampai sanggup orang buli, hina, mengata, menyumpah serapah dan datang serang ke rumah. Apa dosa kami ayah, ya Allah? Akak percaya, kalau ayah ada sekarang ni, pasti ayah membela kami kan? Ya Allah.. sesungguhnya dengan apa yang jadi, sangat mematangkan mia. Ayah, akak terasa lemah sangat nak melangkah meneruskan hidup-hidup ni. Akak tahu, akak ada satu tanggungjawab yang sangat besar terpaksa dipikul. Ayah tahu tak, sehingga sekarang, akak tengok firdaus dan fatthur langsung tak pandai independent. Ayah pasti risau dengan keadaan anak ayah yang bongsu tu kan? Ayah jangan risau, akak jaga Daniel, walaupun semut pun, akak tak bagi gigit dia. Akak tahu, adik-adik adalah tanggungjawab akak, akak tahu, walaupun ayah tiada, hidup perlu diteruskan, akak perlu menjaga mak dan adik-adik. Akak anak yang sulung, patutnya akak perlu memikirkan keluarga terlebih utama. Maafkan segala kekhilafan akak selama ni.. Ayah, kami tak kaya pun atas dunia ni, kadang2 kami kesempitan wang, tapi Allah maha kuasa, kami masih boleh makan. Sebab dari kecil lagi, ayah ajar kami hidup bersederhana kan? Ayah, akak berharap, walaupun ayah tiada di dunia ini, ayah tak akan lupakan mak, akak, firdaus, fatthur dan Daniel. Walaupun jasad kita sudah terpisah, namun darah yang mengalir dalam tubuh kami, ayah tetap hati kami. Semoga ayah tenang disana. Akak janji, lepas akak habis belajar, akak akan buka perniagaan dan cari kerja tetap, akak akan tanggung mak dan adik-adik. Akak akan buat ayah bangga dengan akak. I will deserve it without you :’)


Orang lain tak kan pernah memahami perasaan seseorang yang perlu menjalani kehidupan tanpa ayah disisi pada usia muda. Kepada orang sekeliling, mengata, kejilah, hinalah, maki serapah la, kami redha kerana kami percaya Allah itu ada. Dan mia akan tetap pada prinsip mia, orang buat jahat sekali pun, mia tak kan membalasnya dan mia tetap buat baik dengannya. Sesungguhnya Allah bersama insan yang teraniaya.  Damailah ayah, semoga Allah menjagamu. Al-Fatihah..

Wednesday 28 May 2014

Assalamualaikum, Hye guys :)

Counting the days, tunggu supervisor latihan industri untuk datang melawat. Sistem masih dalam proses, report dan slideshow habuk tak buat lagi. Hurm, sepanjang mia praktikal empat bulan ni, mia sempat buat portal jabatan, basic coding coldfusion dan sekarang tengah go thru dengan sistem borang audit amalan 5s universiti guna software coldfusion. Dalam keadaan tak berapa sihat, entah la, mia rasa macam jiwa kosong sangat. Day, by day, mia sering sakit kepala, demam dan lenguh badan, mungkin betul kata doctor, i need eat the suplement such as vitamin. Mungkin terlampau banyak sangat perkara mia tengah fikirkan. Tak sabar nak habis praktikal. Mia sibuk buat sistem, ada je staf lain panggil buat tolong macam2. Kalau tak tolong, cakap aku praktikal tak buat apa-apa. Tadi tolong akak staf sementara susun fail dalam bilik mesyuarat, lepas tu, supervisor tempat praktikal, supervisor masuk bilik mesyuarat, beliau bagi motivasi sikit, tapi yang paling tersentap, beliau cakap, "Terima kasih Sal kalau awak faham cara saya bekerja dan awak boleh terima arahan yang saya berikan". Jujur, memang beliau banyak cabar mia, beliau terangkan sikit2, tupp terus bagi task. Beliau sangat sibuk. Ya Allah, i need solve my problem as soon as possible sebelum supervisor latihan industri datang melawat, mati aku ya Allah. Entah la, dengan mc tak settle lagi, means tak lekatkan sekali dalam buku log. Entah la, mia rasa lemah sangat2, tak larat nak buat apa2. Maybe, i should be more strong after this even im sick, yes you must strong girl :')

Thursday 20 February 2014

Lifee!

Assalamualaikum. Hyee kaki-kaki bloggers :)

20 February 2014, so along time tak update my blog! Sibuk? Mungkin la. Sekarang ni je free sikit untuk update2 blog ni. Al maklum lah, sekarang ni mia dah start internship, so ada lah peluang nak update blog sikit2 nii.. Okayy, alhamdulilah, akhirnyaa mia dapat pergi internship, untuk pengetahun korang semua, kena PASS all the subject, baru boleh pergi internship, and me? Yeahh, mia PASS semua subject dan lebih2 lagi subject sem lepas. Bayangkan sem lepas mia ambil dua subject programming dan satu lagi Projek Tahun Akhir (PTA). Alhamdulilah, mia dapat A untuk subject PTA tu. Thankss Miss Azlina for the result. Untuk pengetahuan korang, Miss Azlina ni merupakan supervisor untuk PTA mia sem lepas. Sepanjang satu sem, mia selalu jumpa dia, tanya dia macam2, hampir setiap minggu mia akan jumpa dia, tak kan pernah terlupa untuk jumpa dia. Apa yang dia nak, mia akan penuhi. Dan hampir setiap minggu mia akan jumpa client mia, iaitu Jabatan Pembangunan dan Pengurusan Harta UMP. Yes, tanpa mereka, mia tak kan berjaya hingga ke tahap ini. Alhamdulilah ya Allah :)

Okay, actually sekarang mia internship di Pusat Pembangunan Korperat dan Pengurusan Kualiti UMP (PPKPK). Mia bersyukur sebab mia dapat internship di tempat yang agak baik dan selesa ni. Staf kat sini pun baik2, mereka semua panggil mia dengan panggilan adik. Wahh, nampak tak kat situ, betapa sayangnya mereka semua kat mia :') Alhamdulilah, semoga Allah permudahkan urusan mia internship disini selama enam bulan.. Mungkin ada hikmahnya kenapa mia dapat menjalani internship di UMP ni. Encik Wan Azlee, merupakan supervisor untuk internship mia kali ni. Yeah, he is cool person i think. I'm so glad ^_^


Okay, tu je entry mia kali ni. Nanti ada apa2 update lagi, mia akan update okayy. See you all soon! Have a nice day! Bye!

Tuesday 22 October 2013

Rintihan Hati :')

Assalamualaikum, hye kaki bloggers :)

Hurmm, secara jujurnya dah lama tak update blog ni. Serius, tention sikit sem ni, maklum la sem akhir kan, PTA (Projek Tahun Akhir) lagi, tak payah cakap lah. First time jumpa client tadi, nasib baik lah mia bawa SV (supervisor) PTA mia, iaitu lecturer fakulti mia jugak, Miss Azlina, kalau mia tak bawa SV mia sekali, haram mia loading kat bilik mesyuarat tu, cara percakapan dan lontaran idea antara SV dan client boleh tahan jugak, first time kot mia boleh terdiam bab-bab macam ni, macam orang takda confident level. HAHA. Entah la apa SV mia fikirkan dapat anak SV macam mia ni. Actually mia blur lagi dengan projek yang mia akan buat, arghhh ngkasnya projek tu macam sistem la, nama sistem mia akan buat tu, E-JPPH BOOKING BUS SYSTEM. Pastuuuuu yang tak boleh tahan tu, SV mia ni sebelum jadi lecturer, beliau kerja selama 7 tahun sebagai web designer under management macam JPPH tulah. Mampusss den kot, dapat SV memang dah expert, pastuuu client yang meletakkan harapan yang amat tinggi kat mia. Lepasss tu, Jumaat 3 petang, kena present dulu database dekat client, sebelum jumpa client, present kat SV dulu! Sekarang hari Rabu dah, tentioonnnnnn kot, dah la malam ni ada Hand On Test Data Struc. Hurm, i dont know, how to face it :(


PTA lagi, subject Data Struc dan OOP lagi, yes, i must strong this sem. Ingat mia, nak LI kan sem depan, so you must strong mia :') Entahh lah, semenjak operation ni, mia jadi macam selalu letih, bisa-bisa badan, selalu juga sakit sikit2, jadi mia macam tak kuat lagi nak buat kerja berat dan fikir macam2. Ya Allah, hanya Allah saja tahu apa perasaan mia sekarang. Mia perlukan kata-kata semangat daripada someone yang boleh support mia untuk habiskan sem ni, maybe arwah ayah. Yes, arwah ayah :') I miss him so much, yes, im really miss him :( Tapi mia kena kuat juga, mia nak sambung juga degree, demi arwah ayah, yes, demi penuhi hasrat arwah ayah untuk tengok anak sulung dan anak perempuan tunggal dia berjaya. Tapi mia tak kuat dan tak semangat macam mia ambil UPSR dan PMR dulu, semenjak arwah ayah pergi, mia jadi goyah dan tak kuat lagi untuk teruskan pengajian, tapi mia percaya, pasti ada hikmah yang terjadi. Walaupun arwah ayah dah pergi, tapi mia percaya Allah adakan semua ni pasti ada hikmah.

Sebak, sebak sangatt. Dah lama nak tulis entry ni, tapi tak terluah, akhirnya malam ni terluah juga. At least lega sikit hati ni. Esok pagi kena bangun awal. Banyak lagi kerja perlu dilaksanakan. Yes, aku tak boleh leka dalam dunia aku. InsyaAllah, semoga Allah berikan aku jalan :')


Awak, maybe suatu hari nanti? :')

Thursday 2 May 2013

Disebalik senyuman :)

Assalamualaikum, Hye peeps ;)

Sykur, syukur, syukur, terima kasih Ya Allah! :)
Alhamdulilah, akhirnya berakhir juga Program Berkala Hulurkan Cahaya Kasih @ Permata Camar!
Jujur, mia rasa sangat gembira, lega, puas hati sebab usaha mia,
MT dan Exco serta Ahli Kelab Penyayang akhirnya berbuahkan hasil!
Salute macam mana sebenarnya kami boleh mengadakan program ini secara berkala
selama enam bulan NON STOP okay!
Setiap dua minggu sekali, pasti ada muka student UMP daripada Kelab Penyayang
akan mengadakan program di Penempatan Anak-Anak Yatim Permata Camar-Nadwah
di Pantai Sepat, Kuantan, Pahang. HAHA :)
26 dan 27 April 2013, merupakan program last berkala kami adakan.
Yang specialnya, anak-anak yatim ni kami bawa datang ke UMP Gambang.
Bak kata orang, ubah angin sekali sekala.
Nak tengok antara sweet moment program terakhir ni?

Meh scroll down sikit, banyak gambar kat bawah ni, hehe :)





Tuesday 23 October 2012

Kepimpinan baru? InsyaAllah saya akan cuba pikul dengan baik amanah yang diberikan :')

Assalamualaikum. Hye semua :)

Ehem, lama tak update blog ni. Nampak sangat busy kan! Hehehe, ramai cakap mengalahkan PM, yelah mana tak nya, tiap minggu mia ada program, sekarang ni je baru free. Tu pun, dah mula rasa badan ni kurang sihat, lemau pun ada. Yang lebih kelakarnya, boleh pulak mia injured tau. Nak tengok tangan mia yang injured tu?



Ramai yang risau dengan keadaan mia, ada yang tanya, kena apa tangan tu? dah pergi hospital ke? mak dah tahu ke? macam-macam lagi lah pertanyaan yang mia terima daripada orang sekeliling mia. Serius, mia terharuuu :') Jujur mia nak cakap kat sini, mia dah pergi hospital, mia dah x ray tangan mia, mak pun dah tahu keadaan mia, alhamdulilah mia dah okey sikit sekarang. Kenapa jadi macam ni? Hahaha, tu mia tak boleh jawab, nanti mia malu nak cerita kat tempat public macam ni, biasalah kan, budak lasak, macam ni la, well ;p

Okey, stop cakap pasal tangan mia yang injured ni, ada benda lagi penting mia nak story. Hehe. Actually pada 20 Oktober 2012 baru ni, berlangsungnya Annual Grand Meeting (AGM) Kelab Penyayang untuk Sesi 2012/2013. Dengan rasa rendah diri mia nak cakap ni, okey, ehhhh malu pulak nak cakap, tapi satu je mia nak ucap, bersyukur tak terhingga terhadap Allah dengan apa yang Dia bagi dekat mia. Alhamdulilah, mia telah dilantik sebagai Timbalan Presiden Kelab Penyayang UMP Sesi 2012/2013. Happy? For sure lah happy, tapi kena ingat, besar sangat tanggungjawab mia kena pikul selama satu tahun ni. Kalau mia tak mampu pimpin kelab mia dengan baik, Allah akan tanya mia di akhirat nanti. Hurmm, mia bersedia pikul amanah yang Allah berikan. Terima kasih kepada semua MT & Exco Kelab Penyayang serta penasihat sebab percayakan mia untuk pimpin kelab ni. InsyaAllah dengan pengalaman yang mia miliki selama ni dalam kelab persis, akan mia adaptasi kan dalam kelab penyayang. Doakan mia :')

Walau apa pun terjadi, kelab persis tetap family utama mia, takda niat untuk mia makin jauh daripada kelab persis, kelab yang banyak mengajar mia erti kehidupan di universiti, tapi mia ada tanggungjawab lain dalam kelab penyayang. Bukan mia untuk menjauhkan diri, tapi mia ada komitmen lain. Tapi mia janji dengan diri mia, kalau ada program kelab persis, mia akan follow, mia tak nak orang tuduh mia lupa diri. Maafkan mia family kelab persis. Tapi mia nak semua tahu, mia sayangkan family persis sampai bila-bila :')

Now, mia nak share picture sepanjang Annual Grand Meeting (AGM) Kelab Penyayang UMP Sesi 2012/2013 yang berlangsung di Blok WDKU1, UMP Kampus Gambang. Tengok je tau, tak mau download-download gambar ni yea, takut jugak ada secret admire dalam diam-diam curi picture mia diam-diam. Opsss, perasan suda. Hahaha, but never mind! Just beware je ;)







  
Mereka adalah family baru mia, iaitu Kelab Penyayang :')

Mia rasa, sampai disini je story yang mia nak share buat setakat ni, tetiba takda mood sangat nak update blog semenjak ni. Hehe. Btw, thanks sebab sudi jenguk blog mia. Kalau ada update terkini lagi, mia akan update. Love you all :')
 

Sunday 2 September 2012

Friendship forever ^.^

Assalamualaikum, hye peeps ;)

Sihat? Syukur Alhamdulilah kalau korang semua sihat ^.^
I'm happy now :')
Hidup, mestilah kena selalu happy kan, senyum walaupun hati ni sakit, yeah!

Actually, mia excited sangat ni, lagi 4 hari mia balik ke UMP.
Berkarat dah wehh otak ni, nak study, nak freshkan otak ni, please, please :(
Bila duduk kat rumah, terasa macam orang tiada pelajaran.
Yelah, dah la cuti tiga bulan, duduk rumah je, tak buat apa-apa.
Terasa macam diri ni bodoh kejap, hahaha ;p

Okey, bestie mia dah masuk pun UMP hari ni.
Daftar pagi tadi.
Sibuk je mia tanya bilik dia kat mana.
Hahaha, yang mia nak gelak.
Bilik dia sekarang C2 211.
Bilik mia duduk sem lepas C1 211.
Hahaha, beza blok je!
Nice kan percaturan Allah.
Memang dia BFF mia forever kot.
Yelahh, kami sama satu tempat tinggal since darjah tiga.
Sama sekolah rendah.
Then sama sekolah menengah tapi sampai form 3 je.
Lepas PMR mia pindah sekolah.
Then lepas SPM kami buat haluan masing-masing selama satu tahun.
Dia masuk matrik, mia further diploma.
Then, dia memang ada apply UMP untuk further degree dia.
Mia memang still diploma kat UMP.
So, kitaorang dapat lah jumpa dekat UMP tu.
Nice one kan percaturan Allah Taala terhadap persahabatan kami.

BFF yang mia maksudkan, Noor Hafizah binti Zainal Abidin.
Mia memang sayangkan dia, bukan sebab dia kawan mia.
Tapi bagi mia, dia sahabat dunia akhirat mia.
Mia dapat rasakan mia akan menitiskan air mata kalau mia kehilangan dia.
Sahabat susah dan senang bersama :')

Fizah, jumpa di UMP nanti okey!
Aku balik UMP jumaat ni. Hehe.
Nanti kita makan chicken chop sesama okey :)

Okey, love you bebeh!


Lots of love, Mia <3

Friday 24 August 2012

Azam baru, azam baru, azam baru. InsyaAllah :')

Assalamualaikum, hye peeps ;)

Before that, thanks lah yup sebab sudi baca entry mia kali ni ^.^
Sihat? Macam mana raya korang?
Best? Hope semua berjalan lancar lah yup!
Mia rasa, masih belum terlambat kot kalau mia nak ucapkan ...


Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir & Batin

Mesti korang semua dalam mood raya lagi kan?
Hahaha, mia bukan dalam mood raya dah sekarang.
Tapi mood orang nak kahwin. Hee~
Bukan mia tau kahwin, tapi mak saudara mia yang paling bongsu.
Mak saudara mia kahwin pada 1 sept ni bersamaan hari Sabtu minggu depan.
Kalau ikut kiraan tarikh mia update entry ni lah. Hihihi.
Excited? Maybe lah kot.
Ashu je lah mak saudara mia yang last mia ada, yang tak kahwin lagi.
Yang lain semua dah kahwin.
Mia anak saudara yang paling sulung.
Maybe mia jadi pengapit dia.
Tapi kalau boleh, tak nak lah.
Orang cakap apa, kalau orang tu jadi pengapit, nanti dia cepat kahwin!
Makk aihhh, tak mau lah macam tu kan, seram mia mendengarnya.
Entah lah, tak decide pun lagi siapa jadi pengapit dia.
Mia ingatkan nak jadi photographer pada hari kejadian.
Malas lah nak jadi pengapit-pengapit ni.
Maluu tau. Hahaha. * tetiba blushing
Nak tahu meriah ke tak wedding days tu nanti,
nanti mia update entry lepas hari kejadian tu nanti yupp!

Actually, mia excited nak tulis entry, sebab ni sebenarnya!
Hehe, bukan sebab mia pergi holiday dekat oversea ke ape.
Tapi mia nak bagitahu kat sini, left 15 days my holiday will be end!


Happy? Memang mia happy!
Tak nak dah rasa duduk kat rumah ni lama-lama.
Bukan mia tak hargai time bersama family.
Tapi mia ade sebab kenapa mia tak nak duduk rumah lama-lama.
I have my own reasons why I tell like this!
Hati kalau sakit, tiada siapa yang tahu kan?
Even orang nampak raut wajah mia happy,
Tapi tahu tak disebalik raut wajah mia.
Tersembunyi seribu kesedihan.
Tak perlu lah mia nyatakan apa sebab mia sedih sangat.
Past is past and i must forget it!
Dan mia yakin, kalau mia balik UMP nanti.
Mia dapat lupakan semua tu.
Sebab mia ada kawan-kawan, mia ada cara hidup mia sendiri.
Baik mia enjoy cara hidup mia sebagai seorang student universiti.
Daripada fikir benda yang mengarut.
Betul kan? Selagi kita kejar benda tu, semakin jauh pergi daripada kita.
Jujur mia cakap, mia kecewa dan menyesal dengan semua ni.
Pintu hati mia tertutup dan mustahil akan terbuka buat kali kedua.
Dah biasa hidup Forever Alone ni :')

Okeyy, stop cakap benda yang menyakitkan hati tuu.
Yeayyy, 9 september ni, mia balik UMP.
10 september kuliah dah bermula. Excited? Of course lah!

Banyak azam mia sem baru ni. Nak tahu?
Mia tak janji mia dapat lakukan semua azam mia.
Tapi mia akan cuba untuk lakukan semua azam tu. InsyaAllah :')
Jangan gelak tau, senyum je boleh! :D

-> Solat lima waktu, selalu membaca Al-quran dan lebih kerap pergi Masjid.
-> Makan ayam seminggu sekali je!
-> Tiap petang WAJIB jogging, tak pun ambil angin petang.
-> Tak mau ponteng kuliah, lab atau kelas lagi. Hihihi ;p
-> Setiap malam wajib study dulu.
-> Kurangkan fb, twitter dan blogging.
-> Kurangkan program.
-> Kurangkan hang out.
-> Sediakan file dan buku untuk setiap subjek.
-> Kalau boleh, tidur awal.
-> Kurangkan mesej dan call, kalau nak pun, weekend je!
-> Jangan selalu balik rumah je, duduk UMP lama-lama sikit.
-> No more hard feeling dan couple-couple.
-> Berubah menjadi lebih matang.
-> Lebih serius masa dalam kuliah, lab ataupun class.

InsyaAllah, mia akan cuba penuhi semua azam baru mia apabila buka sem baru.
Bukan selama ni mia nakal dan tak pernah serius dalam study.
Tapi kalau boleh, setiap sem tanamkan azam baru.
Sebab siapa lah tak nak pointer setiap sem naik kan.
Pointer, sangat penting pada kami sebagai
seorang student yang sedang belajar di institusi pengajian tinggi awam atau swasta.

Doakan yang terbaik untuk mia yea kawan-kawan :')
Cukuplah hanya mampu membahagiakan hati arwah ayah, emak dan family mia.



" Don't aim for success if you want it,  just do what you love and believe in, and it will come naturally."

Saturday 4 August 2012

Wish you luck guys at UMP. All the best ^^,




Good Friends Are Like Stars,
You Dont Always See Them,
But You Know They Are Always There!


Assalamualaikum, hye kaki bloggers semua ^^,

Masih belum terlambat lagi kot, kalau mia nak ucapkan
" Happy Eid Ramadhan! "
Actually, dah hampir 2 bulan mia cuti semester.
Tinggal lagi sebulan cuti mia.
Yess, UMP memang bagi cuti 3 bulan untuk student dia.
UMP tak kacau waktu puasa dan raya studentnya.
Memang UMP terbaikk lah.
Sebab tu, bangga sangat jadi studentnya :-*

Mia start kuliah sem depan 10 september.
Maybe mia balik UMP 9 september kot.
Tak da maknanya nak balik awal-awal.
Excited jugak kot nak mula sem baru.
Sebab kawan baik mia sejak zaman sekolah dapat offer masuk UMP,
untuk intake degree tahun ni.
Diaorang ni lepasan Matrik Johor.
Lebih-lebih lagi sahabat baik mia ni sorang, yang dulu mia sedih berjauhan dengan dia.
Tapi mula sem depan, dia sama universiti dengan mia, dah la sama fakulti pulak tu.
Siapa lah tak happy kan.
Lepas ni, kalau ada apa-apa masalah,
boleh jumpa je dia,
tak payah nak calling apa bagai.

Meh sini, mia nak share wajah-wajah kawan mia,
yang berjaya untuk intake degree UMP tahun ni.
Sebagai kawan, bangga sangat-sangat!
Even diorang semua dah sambung degree,
tapi mia baru diploma, tipu lah kalau mia tak jealous kan.
Mia sendiri yang ambil keputusan untuk tolak tawaran matrik.
Tanggung sendiri lah. HAHA
Tapi, semua tu da qada dan qadar Allah Taala.
Siapa mia nak tolak kan :')
Suatu hari nanti, tiba jugak giliran mia untuk sambung degree. InsyaAllah :)

Ni kawan mia sejak zaman di bangku zaman sekolah menengah, tapi hingga form3 je la, sebab mia pindah sekolah selepas PMR. Nama dia Rohaziela Binti Rasid. Dia dapat course FIST dekat UMP. Congrates fren! See you soon babe <3

Ni kawan mia jugak, Nur Amina Azmyra binti Hashim. since di bangku sekolah menengah, tapi selepas form3, dia pindah sekolah sains dan mia pun pindah sekolah, lama jugak tak jumpa dia. Tapi bila contact semula, dia dapat course Civil Engineering dekat UMP. Terkejut lah kot, haha ramai benar kawan sekolah lama mia dapat UMP. Btw, tahniah sayang <3


Ni sahabat baik mia sejak kecil lagi, Noor Hafizah binti Zainal Abidin. Kitaorang sama tempat tinggal dulu, sama sekolah rendah, sama sekolah menengah, tapi masa form4 dan form5 berpisah, tu pun sebab mia pindah sekolah, lepas je habis SPM, dia further study dia dekat Kolej Matrikulasi Johor dan mia ambil diploma dekat UMP. Sekarang, dia dapat offer degree dekat UMP course Computer Science (Software Engineering). Dear, see you! :)

Okey, ni kawan mia jugak, Muhammad Aiman,  tapi bukan sama sekolah dengan mia, tapi kitaorang kenal dekat Facebook je, hampir satu tahun jugak kenal dengan dia. Dia sama matrikulasi dengan tiga kawan mia dekat atas ni. Dia dapat offer Mechanical Engineering in Automotif, tapi dekat Kampus Pekan, bukan sama kampus dengan mia. All the best and wish you luck!


Mia rasa, tu je entry mia kali ni.
Btw, tahniah korang sebab dapat offer sambung belajar di universiti teknikal.
Semoga korang berjaya dan mampu jadi seorang engineer yang berjaya.
All the best guys! May Allah bless you all~ :)





Sunday 17 June 2012

Jangan pergi dari hidup kami :'(

Assalamualaikum..


Hye kaki blogger, sihat? Hope everything gonna be okey :')


Same goes with my heart now.. Zero, infinity.. Norfahana binti Maskam, yesss, she is my bestie forever and ever.. Sedih, sedih sangat sebab bakal kehilangan seorang lagi sahabat baik di UMP. Susah sangat nak jumpa sahabat sebaik dia. Yesss, selain dia, mia masih ada kawan lain, tapi dia lah antara kawan yang paling rapat dan selalu share masalah. Tapi sekarang, dia akan pergi tinggalkan kami semua. Sayang, berat sangat hati aku nak lepaskan kawan sebaik kau pergi jauh daripada kami semua? Tapi demi masa depan kau, cita-cita kau nak jadi nurse, kami semua akan tetap support kau daripada belakang :')


Lepas ni, dengan siapa lagi aku nak gelak sama-sama? pergi class? ponteng kelas sesama? borak-borak? hang out sesama? siapa lagi nak jadi driver aku? siapa lagi nak dengar masalah aku?siapa lagi nak sambut birthday aku? pergi program sesama? siapa???? Serius, aku terasa sangat kehilangan kau kawan. Walaupun selama ni kau tengok aku macam tak sayangkan kau as my friend, tapi sebenarnya aku sayang kau giler, sayang sangat! Terasa sangat kehilangan kau. Terkilan sebab tak dapat sambut birthday kau, terkilan tak dapat jumpa kau lagi sem akan datang, terkilan tak dapat borak-borak dengan kau lagi. Tapi ingat tak? Waktu aku buat turun barang masa nak check out, aku sempat jumpa kau dekat tangga, kau kiss pipi aku dan salam aku. Tak sangka, tu laki terakhir aku akan jumpa kau, dengar suara kau, salam kau dan cium pipi kau. Rinduuuu nak dengar kau masuk bilik aku, jerit2 macam mak lampir sebab stress. Aku kehilangan segalanya. Aku pendam hati aku semenjak kau update status, kau berjaya SPA nursing dan daftar 2 julai ni kat Penang. Aku pendam sebab aku tak nak menangis, aku tahan hati aku, aku tak nak fikir yang aku kan kehilangan sorang lagi kawan. Tapi aku tak sanggup nak tahan semua tu, yes, aku tak sanggup berpisah dan kehilangan kau. Kau macam adik beradik aku. Aku tak dapat tahan hati aku daripada terus menangis masa tulis blog ni. Tapi aku tulis blog ni, aku nak kau tahu, aku sayang kau sangat-sangat, aku terasa gilerrr kehilangan kau, terasa tahu takkkk! Aku dah kehilangan kawan yang rapat dengan aku selama ni, kawan yang selama ni berada dekat di mata aku, buat aku happening :'(


Dekna, satu je aku nak kau tahu, aku sayang kau sangat-sangat kawan. Duduk sana nanti, jangan lupakan kami disini. Aku minta ampun dan maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki andai aku ada buat silap kat kau. Terima kasih hadir dalam hidup aku. Bahagia dapat kenal kawan macam kau selama satu tahun ni. Aku tak kan lupakan jasa kau dan kenangan bersama kau. Sekarang, aku ada meen, ezzra dan lakhvin je sem depan yang satu class dengan aku. Sayang, jaga diri tau, belajar elok-elok, yang paling penting, jangan pernah lupakan kami disini. Semoga Allah bersama kamu selamanya. Kau adalah sahabat terbaik yang pernah aku jumpa selama ni. Terima kasih kawan :')










Segala kenangan kita bersama, akan tersimpul rapi dalam hati kami semua :')
Sayang kamu Norfahana Binti Maskam

Thursday 26 April 2012

Program lagi!

Assalamualaikum, hye hye hye semua :)


Yeay, yeay, yeay! Esok mia berprogram lagiii untuk student upsr di Sk Wira, Kuantan Pahang. Sebelum ini, mia berprogram untuk student spm di Smk Maran, Kuantan Pahang juga. Excited? Alhamdulilah, mia dah ready untuk berprogram selama dua hari bermula esok. This weekend, jadual mia sangat fixed, fixed dengan program sebenarnya ;p


Weekend ni juga mia ada program di Sk Wira, Ladies Night Dinner anjuran Perwakilan Kolej Kediaman 3 dan Annual Grand Meeting Kelab Penyayang. Alhamdulilah, pada malam Annual Grand Meeting mia telah dilantik sebagai Vice President kelab ini. Terima kasih sebab percayakan mia. Mia bersyukur, pada usia mia 19 tahun ini, senior percayakan mia untuk handel kelab ini. InsyaAllah mia akan gunakan pengalaman dan pengetahuan mia selama ini untuk menaikkan taraf prestasi kelab ini, insyaAllah dengan izin Allah S.W.T.


Okey lah, mia tahu, ramai tak suka baca blog mia sebab mia suka taip panjang-panjang. Sampai disini saja story mia kali ni. See you all soon~

Friday 20 April 2012

My world, who care? :)

Assalamualaikum ;)


Hey hey hey hey kaki bloggers semua, thankss sebab sudi cuci mata singgah sekejap di blog mia.. Mia hargainya.. This week, week yang paling stress untuk mia, banyak sangat test dan quiz. Sometimes mia terasa down nak belajar course mia ni. Siapa suruh pilih universiti teknikal kan? Padan muka ==' Tapi mia kena bangkit dengan semua ni, dekat sini tiada sesiapa yang dapat guide mia untuk belajar meskipun mia kadang-kadang alpa. My mum di rumah, mana tahu mia buat apa kat sini kan. Mia belajar hanya demi dua perkara, perkara pertama demi memenuhi wasiat arwah ayah mia dan masa depan mia. Kalau bukan sebab dua perkara ni, dah lama mia down kot.


A few days ago, i will attend for test the data communication and networking, which is have  two path only and every sigle path totally 25 mark. Multiple with two path, totally around 50 marks right? Okeyy, first path mia okey, Alhamdulilah, i got 21 marks per 25. But, in path two, ohhh shit you know? I got this answers, but i dont know to put the answer in picket tracer! Damn it! I got 0 mark you know?? Ohh, my mood feel very spoiled and feel want to died! But i konw, this is skill base exam 1, the next test, will has skill base exam 2. I will pray with my self, i will do the best in skill base exam 2. Maybe i must study very very very hard for skor it! Yeah, you can do it gurl! Okey, stop talk about that. Past is past.


Next, a few minutes ago, im check my course result in ecomm ump for the result operating system subject. Thankss God, im not trust it!! Alhamdulilah, im got the higher mark, thankss God, im happy for that! I know, i can do it and get very higher result than result im get it now if im study hard from now before my final exam.


Ehh, apahal tetiba tulis dalam blog ni kan, maaf lah bagi sesiapa yang tak paham yea! Memang sengaja pun tak nak bagi paham, sebab benda tu complicated sangat. Ahahaha! Actually dekat sebulan dah tak balik rumah, Oh God, im miss my family deeply :'( Esok malam ada pemilihan exco tertinggi untuk Kelab Penyayang UMP. Sure-sure tak boleh balik rumah daa weekend ni. Next week pula, mia ada program di SK Wira, Sg Lembing, Kuantan Pahang selama dua hari. Then malam tu nanti, ada Ladies Night Dinner anjuran Kolej Kediaman yang mia tinggal sekarang. Temanya arab, memang gempak lah kot nanti. Mia dah ada plan nak pakai baju apa dan for sure lah mia pakai purdah.. Hee..


Okeylah, sampai disini saja story mia kali ni. Kalau mia ada apa-apa lagi story nak share dengan kaki bloggers semua, mia akan update okey! Thankss visit my blog guys! Love you all~

Monday 12 March 2012

~Saya dan Student Life~

Hyeee, assalamualaikum peeps ;)

Sihat? Hope everything gonna be okey ^_^
Lama tak story kat blog, kalau mia update blog mia, maknanya ada lah story yang mia mahu ceritakan.. Mia rinduuuu nak balik rumah, tapi apabila fikirkan tanggungjawab sebagai seorang student yang sedang belajar, terpaksa berjauhan dengan family seketika. Alahaii, touching kejap tetiba kan :P

Okeyyy, sabtu baru ni, mia join lagi satu program under kelab mia iaitu KURSUS PEMANTAPAN DIRI PRD DAN JPP KMPH di Universiti Malaysia Pahang. Thankss kepada senior mia sebab sudi ajak mia dan percaya pada mia untuk jadi fasilitator bersama mereka. Student Kolej Matrikulasi Pahang yang join program ini semua sama umur dengan mia dan ada yang tua satu tahun je. Tapi yang kelakarnya, mereka panggil mia dengan panggilan akak dan waktu bersalaman, mereka nak cium tangan mia, cepat-cepat mia tarik sebab kami adalah sama umur lah, hahaha, kami gelak ramai-ramai seketika :D

Sewaktu slot sharing tentang course dalam sesi bersoal jawab, ada seorang student ni bertanya tentang course yang mia ambil, tak sangka soalan itu mia yang perlu jawab sebab mia tahu jawapannya. Huwaaa, bohong la mia cakap mia tak ketar, dah la mereka tu sama umur dengan mia, cakap pula depan-depan khalayak mereka yang hampir 200 orang. Mia tahu, mereka student matrikulasi dan mia hanya student diploma. Tak perlu bangga sebenarnya menjadi student matrik sebab kami pun ada dapat offer letter matrik, termasuk mia sendiri, mia tolak offer letter tu sebab mia tahu tahap otak mia macam mana. Dan ingin mia tekankan, student matrikulasi dan diploma sama je level, takda pun beza. Mia tak pernah rendah diri dengan status student diploma sebab Allah memang dah tulis yang mia lebih sesuai memilih diploma untuk further study compare dengan matrikulasi.

Jangan nak pandang rendah dengan course mia sebab majoriti course mia student pure science termasuk dengan mia sendiri dan kami bangga menjadi student Universiti Malaysia Pahang. So, tak ada istilah perlu malu dengan universiti kami walaupun ramai tak pernah dengar nama unverisiti mia. Tapi untuk pengetahuan semua, universiti mia adalah antara 5 universiti teknikal di Malaysia, dimana student yang di ajar lebih kepada lab bukan more kepada teori. Bukan niat nak bangga diri, tapi tolong jangan pandang student universiti kami dengan low profile. Okey, FULLSTOP.

Mia ada ceritakan kat atas yang mia dikehendaki menjawab soalan salah seorang student matrikulasi pahang berkaitan course mia. Nak tengok bukti, jap yeeee, buktinya ada di bawah tauu ;)
 
Saya lah yang pegang microphone tu ^_^









 Di bawah ni banyak lagi picture mia. Picture yang kat bawah ni pula menunjukkan mia sedang conduct refreshment di atas stage di khalayak orang ramai. Bohong lah tak ketar lutut ni :3




Okeyyy, sekarang mia akan upload semua picture yang terjadi sewaktu hari kejadian, bagi mia ni pengalaman pertama di mana mia terpaksa handel student sama umur dengan mia dan menjadi fasilitator untuk prgram student matrikulasi, mia hargai pengalaman ini dan akan mia simpan rapi dalam hati mia :))












Yes, mia happy dengan program ini ;)
Serius, mia enjoy dengan life student mia di Universiti Malaysia Pahang. Kalau boleh, tak nak tukar universiti lain. Sayang nak tinggal segalanya disini. Kalau bolehh, mia nak habiskan degree mia di universiti ni. Yup, we are proud to be UMP'iansss!!

Mia rasa sampai disini saja celoteh mia kali ni, kalau mia ada masa, mia akan story lagi. Banyak assignment mia kena submit sebelum semester break ni. Mia dah mula tahu macam mana nak manage jadual mia disini. Mia dah mula biasakan diri mia untuk uruskan diri ni tanpa orang yang tersayang iaitu arwah ayah mia. Mia mampu hidup berdikari tanpa bergantung pada siapa-siapa. Selagi mia mampu berdiri dengan teguh menggunakan kaki mia sendiri, mia pasti lakukan. Dalam hidup mia yang paling penting sekarang adalah family mia, study mia dan kejayaan hidup mia. Mia akan pastikan semua itu pasti menjadi realiti suatu hari nanti. Doakan mia, Wassalam semua, see you all soon ;)