Thursday 29 December 2011

F.I.N.A.L E.X.A.M L.O.L

im coming home , im coming home ^_^



salam , hyeee semua :))

yeahhh , im feel very happy sebab study week mia akan mia habiskan di rumah . bukan apa , mia stress study kat ump , sekarang ni kan 1 kuantan , pahang tak ada air , termasuk di Gambang , cafe pulak sebuah je buka , ya Allah , siapa la tahan kan . so , mia pun call mak , suruh dia ambil , dengan baiknya dye ambil mia dari ump pagi tadi balik ke rumah , weeee , siapa la tak happy kan ~

okeyy , sekarang mia tak boleh happy sangat lah kan , lagi 4 hari nak final exam . alahaiiii mia , tak sedar lagi ke ??? okeyyy , mia sedar jugak lah dengan final exam ni , so mia take this way , first way mia download soalan past year melalui iportal library ump , buat short notes dan sekarang dah mula baca sikit2 sampai kadang2 tak cukup tidur mia . mia ni bukan cerdik pun , agak tersentap dapat tahu markah coursework , tak ada lah gempak sangat , tapi kalau boleh mia nak dapat pointer tinggi dan dapat dekan untuk sem 1 ni , baru semangat nak teruskan sem seterusnya , susah kot course mia , sebab ada kaitan dengan engineering , so agak lah kan , tapi mia akan cuba yang terbaik :D


study mia , study !!!! 
doakan kejayaan mia untuk final exam ni yea , i will do the best for my future , my late father , my mum and also my family !!! insyaAllah , semoga Allah sentiasa bersama mia di saat mia mengorak langkah ke arah kejayaan , aminnn :)))



Saturday 10 December 2011

cetusan hati seorang insan yang lemah ~

assalamualaikum....

hurmm , kenapa laa mata ni tak boleh lelap pulak dah malam ni . saja nak suruh update blog ni kot . ye laa , hati nak je update blog ni , tapi asyik busy je semenjak ni . mana tak nya , malam semalam ( 10 disember 2011 ) tidur dekat 5 pagi , dup2 bangun hari ni pukul 3.30 petang , huishhh rasa nak jerit je , giler ke apa anak dara bangun lewat macam tu . bukan mia je bangun lewat , tapi semua roomate mia macam tu . tidur lewat pun sebab buat tutorial dan study . hahaha , tapi sebenarnya mia penat semenjak ni . 24 disember 2011 ni dah start study week sebab 3 januari 2012 mia dah start final exam sem 1 . ramai orang tanya , ehhh kenapa baru sem 1 . awak , awak nak tahu tak kenapa mia baru sem 1 , maybe kat U lain dah mula sem 2 kan . okey , biar mia jelaskan , semasa mia masuk ump , mia mula dengan short sem selama 2 bulan dan baru laa selepas itu , mia baru mula sem 1 . setahu mia , kos mia bermulanya batch mia akan menjadi 2 tahun setengah sahaja . bayangkan laaa , sem 5 dah mula latihan industri . sem 1 ni jee dah 18 jam credit per hour . tak masuk sem 2 lagi , sem 2 pulak 19 jam credit per hour . tambahan pula mia plan nak masuk kelas tambahan untuk MUET sebab mia plan nak ambil MUET sem 2 ni . lagiiii laa bertambah fixed jadual mia . mia dapat rasakan , hidup mia di ump hanya study , assignmnet , test , exam , dan result . tu je lahhh yang penting bagi mia . mula-2 mia tak dapat nak kawal hidup mia macam ni sebab asyik study je , lama-2 boleh fikir sendiri sebenarnya , hanya diri sendiri dapat ubah haluan hidup kita . sebenarnya , mia telah satu langkah kaki mia ke arah menuju kejayaan dan hanya tinggal satu langkah je lagi untuk mia capai semua impian mia selama ini . yeahhh , mia kena kuat !!!!!!

huh , ni lagiii satu sebab kenapa mia stress dan penat semenjak ni , ada 5 assignment mia kena buat dan submit before 21 disember 2011 ni , assignment tu adalah subjek APPLICATION DEVELOPMENT WORKSHOP , PROBLEM SOLVING , INTRODUCTION TO IT , ENGLISH FOR TECHNICAL COMMUNICATION DAN ICT COMPETENCY WORKSHOP . huwaaaaaaaa , mana tak stressnya , dalam masa 10 hari mia kena siapkan 5 assignment . mia tak dapat bayangkan apa jadi kat mia andai dah siap semua ni dalam masa yang singkat , siyes , mia boleh masuk wad sebab tekanan rendah dan migrain , tapi mia harap dan mohon sangat Allah pelihara mia daripada mia kena migrain akibat tekanan belajar yang sangat hard . doakan mia dapat siapkan assignment dengan jayanya . sebenarnya mia ada tutorial kena siapkan , tapi alhamdulilah , mia dah setelkan awal-2 sebab mia tak nak serabutkan dengan assignment . doakan yang terbaik untuk mia yea kawan-2 :')

hurmmm , actually mia risau sangat dengan apa yang terjadi pada 11 disember 2011 dimana adanya buat kali kedua temuduga kelab persis ump . hari tu , semasa temuduga pertama memang laa mia lepas , tapi sebelum diserap masuk menjadi betul-2 ahli kelab persis , kami diberi task karnival kerjaya dan keusahawanan ump 2011 edisi 1 yang berlangsung besar-besaran baru ni . mia dah buat yang terbaik bagi task yang telah diberi , dan mia harap sangat temuduga kali kedua pada malam 11 disember 2011 ini mia berjaya diserap masuk sekaligus sebagai ahli kelab persis yang betul . mesti kamu semua pelik kenapa mia beria sangat nak masuk kelab ni , sebab kelab ni laa banyak mengajar mia erti kehidupan , erti kepimpinan dan segalanya . mia banyak belajar daripada kelab ini . ukhwah yang terjalin di antara mia dan senior kelab ini sangat rapat dan mia terasa bahagia bila senior dan mia rapat seolah-olah sebuah keluarga yang besar . mia percaya , Allah memahami apa yang mia mahukan .

mia tak kan lupakan niat mia untuk datang ump sebenarnya . mia tak mahu kecewakan mak lagi , mia nak tengok mak bahagia dengan kejayaan mia . rinduuu nak jumpa mak , nak borak dengan mak sebelum tidur , even bergayut dalam handphone , mana boleh lepaskan kerinduan ni . mia juga amat merindui insan yang pernah menjaga dan membesarkan mia hingga mia berdiri seperti sekarang iaitu arwah ayah , sudah 3 tahun arwah berlalu meninggalkan mia dan keluarga . namun sikit tidak mematahkan hati mia untuk terus belajar sebab mia still ada mak yang memberi semnagat kepada mia . mia masuk ump hanya 1 je , mia nak bawa pulang segulung ijazah kepada mak mia dan segulung ijazah ke kubur arwah ayah setelah konvo nanti . semoga Allah mendengar rintihan anak yatim iniiii . pada 3 januari 2012 ni genap laaa 3 tahun arwah ayah mia meninggal dunia dan 3 januari 2012 ni jugak laa mia final exam sem 1 . mula-2 mia tersentak jugak bila mendapat tahu tarikh ni mia duduki final exam . tapii mia akan jadikan tarikh ini sebagai pembakar semangat mia nak menjawab exam . mia tak boleh jawab main-2 , mia kena ingat , tarikh ni , tarikh kematian insan paling kau sayang , jangan jadikan tarikh ini tarikh kesedihan arawah ayah kau dalam kubur apabila kau menitiskan air mata tak dapat jawab exam , sedar laahhhh , kau belajar kat ump banyak guna duit peninggalan arwah ayah yang penat lelah bekerja . ingatlah , mana tahu arwah ayah kau meninggal dunia disebabkan sakitnya dia bekerja , tapi dia tak pernah bagitahu kepada anaknya kesakitannya dan maybe demam campak hanya menjadi tanda kenapa dia meninggal dunia dalam masa yang singkat !!!!! mak pernah berkata-kata begini dekat mia , yesss , mia paham maksud mak . mia akan lakukan yang terbaik untuk final exam itu demi tarikh itu , demi arwah ayah , demi my mum dan demi keluarga . doakan kejayaan mia semua . semoga Allah mencucuri rahmat arwah Johari bin Abdul Mubin ~ 15 july 1969 hingga 3 januari 2009 ~

Friday 2 December 2011

dunia ku ~

assalamualaikum semua !!!


anyway thanks sudi baca blog mia ni >.<
actually , mia banyak sangat nak share cerita kat kamu semua . mia penat sangat sebenarnya semenjak ni . sebab apa , bayangkan laaa , 26 dan 27 november baru ni , mia join pertandingan debat naib canselor ump 2011 . huh , penat kot . hari isnin pada 28 november tu pulak mia ada tournament badminton di kejohanan sukfac ump wakil fakulti mia . 3 hari berturut-turut mia ada event kan . dah laa penat tiap-2 hari pergi kuliah pun tak hilang lagi , tup tup tup mia ada event pulak mia involved . hahahaha  . padan muka kau kan !! siapa suruh join --'


kalau mia tak join , tak dapat la markah merit nak duduk kolej kediaman . lagipun , mia rasa sikit pun tak rugi bila mia join program-2 macam ni , banyak sangat perkara yang mia pelajari . busy sangat rasa , mana tak nye , dah tak lama nak habis sem 1 kat ump ni , banyak sangat assignment kena siapkan , projek tu laa , haishhh susah nak cerita . hanya Allah je tahu . tapi Alhamdulilah semua dah setel even mia busy dengan pelbagai program mia join . sampai abang senior ada cakap kat mia taw , " dah-2 laa adik join program , cukup lah setakat sem 1 ni je " . hahaha . yelah abang , adik akan ingat pesan abang --' mesti korang anggap mia join banyak program ni , siyes memang mia ada jugak la join program sampai kekadang mia nak rehatkan badan pun tak cukup . okey sekarang mia akan cerita program yang mia join baru ni yang beri kesan amat dalam pada mia .


okey , hari tu mia gatal-2 tangan laa bagi nama menerusi email untuk wakil fakulti untuk join tournament sukfac stand for kejohanan sukan antara fakulti ump 2011 . dup-2 nama mia naik kena join jugak tournament ni . mia mula-2 nak tarik diri sebab mia kena beli raket sendiri . bukan kedekut atau apa , tapi sayang woooo duit nak beli . kalau beli pun , bukan nak main lama-2 . kalau jenis mia pulak , kalau beli mesti nak beli yang mahal-2 . bukan apa , ringan sikit nak pukul shuttle tu kan . akhirnya mia join jugak tournament tu dan beli raket tu . fuhhhh , habis jugak laa dekat rm70 untuk raket badminton itu jee . boleh tahan la ringannya . mahal laaa katakan , tapi haram , habis duit aku =.=


ni la raket badminton yang mia maksudkan tu :D
rm 70 wehhh , putih mata mia >.<



never mind , mia dah beli so tak ada guna sesal kan lagi . okeyy , tiba di hari tournament itu , even tournament mula pukul 8.30 pagi , mia dan peserta fakulti mia yang join tournament ni dalam team hadir pada pukul 7.30 pagi . hahahaha . semangat kan kami ??? bukan apa , korang tahu tak , kami masuk tournament ni tanpa latihan langsung , tut tut datang pagi tu terus lawan . dengan semangatnya mia dan yang lain berlatih jap pagi tu , mia tak kesah sangat sebab mia pernah wakil sekolah dulu main badminton tapi den ni dah lama tak main , dah la makin gemuk , mana laa larat nak lompat-2 ni . tapi tak sangka badan mia bukan penghalang segalanya . nak tengok tak macam mana rupa mia duduk dalam gelanggang ??? hahaha . jom-2 tengok . swear taw jangan gelak ^__^



ni mira kechik , mia dan mira main double game
sempat lagi snap pic sebelum masuk gelanggang
peace >.<

ada gaya tak permain malaysia ?? :P

okey , waktu ni turn mia nak pukul shuttle ke pihak lawan
ada cara jugak taw , see kaki mia
ikut peraturan kan :D

actually muka ketakutan tu tapi cover je laa :)
okeyy , dah tengok kan saat-2 mia sebelum dan semasa di court tournament itu sendiri . ohhh , itu pengalaman taw sepanjang mia menjadi mahasiswi ump . yelaa kan , dulu-2 main di peringkat sekolah je , tapi sekarang di peringkat universiti . siyessss weh , jauh sangat beza . ibarat langit dan bumi . mia bukan nak cakap besar , tapi ni merupakan pengalaman amat sukar mia akan miliki lagi selepas ini . mana tahu tahun depan mia dah tak ada rezeki nak join . korang nak tahu , apa kesan yang mia miliki lepas habis tournament ni , fuhhhhh kesannya hingga sekarang mia terasa sakit wehhh . bayangkan la , bayang kan mia injured teruk . 2x mia tergolek jatuh dalam court , memang memalukan . hahaha . plus sakit yang sangat-2 . lepas keluar je daripada gelanggang , mia terpandang laa tangan ni , tahu tak pe jadi . hurmmm :'(

tangan menjadi merah maybe sebab kena hujung raket kot --'

one moreee , dalam gambar tak jelas , tapi depan-2 memang teruk jugak laaa :(
sekarang ni dah masuk empat hari , tapi sakitnya masih terasa , bukan kat nadi je bengkak , separuh badan mia belah kanan sakit kot sampai mia pergi klinik taw . dapat pulak doctor luar negara , ohh ump thanksss la sebab ada doctor luar negara . nasib still paham dye cakap apa . apa pun tak bolehhh =,= even mia injured teruk , mia tak kan putus semangat nak join lagi tournament ni tahun depan sebab kekalahan kami pada tahun ini hanya tipis . hahaha . anyway tahniah team badminton sukfac ump yang mendapat temapt keempat . hidup FACULTY COMPUTER SYSTEM AND SOFTWARE ENGINEERING !!! yeahhh ! sebelum pulang , kami sempat lagi taw snap pic buat kali terakhir . jom laaa tengok , peace :D


kami adalah satu team , yeah !

miss this moment :(

we are championsss !
okey , cukup untuk kejohanan sukfac ump . mia ada cerita kan mia ada join lagi satu tournament iaitu debat naib canselor ump . wooo , mesti tak sangka kan mia masuk debat-2 ni . actually mia masih baru dalam dunia debat ni . keinginan nak belajar memang ada , tapi biar la perlahan , asalkan berjaya membuah hasil . ni antara kenangan sepanjang tournament itu 

kami wakil faculty computer system and software engineering
a.k.a
petakom team !! :D

yeahhh !! hanya tinggal kenangan ^_^
mia rasa banyak dah mia story-2 ni . maaf pada siapa rasa bosan ye . actually ni la kehidupan mia di ump ketika ini . ramai kawan-2 mia cakap yang mia ni selalu busy . alahai kawan-2 , jangan laaa cakap gitu . itulah realiti hidup mia , mia tak suka duduk diam andai perkara itu mendatangkan faedah pada diri mia . okeyy laa , sehingga bertemu kembali . take care semua . wassalam >.<






Tuesday 22 November 2011

saya dan realiti !!

assalamualaikum dan hyeeee :D

actually mia stress jugak kekadang , tapi hanya kat blog je laa mia boleh  luahkan perasaan takut bila luah kat kawan-2 , mereka tak sudi dengar kan . hahaha . anggapan mia je , padahal kawan-2 kat ump ni semua okey termasuk dengan senior-2 . hurmmmm , sebenarnya semenjak mia masuk belajar ni , mia rasa banyak sangat perubahan telah mia lakukan . banyak sangat kot . waktu sekolah dulu kan , mia ni jahat sikit , tapi tak perlu nak cerita kan , lagipun semua manusia pernah buat salahkan ~

mia bersyukur kenapa Allah tempatkan mia di ump niiii . kenapa mia cakap macam tu , even mia ada problem , pasti mia ada kawan-2 di sisi , kakak dan abang senior yang baik , kawan-2 dari sekolah lama pun still contact dengan mia dan dalam handphone pula , mia ada seorang kawan memang teman susah senang miaa . sebab tu mia cakap , mia bersyukur sangat . hidup mia di ump lebih baik dari zaman sekolah dulu-2 . mia tak mau cerita pe jadi kat sekolah dulu masa mia form 4 hingga form 5 waktu tu mia pindah sekolah baru tu pun sebab arwah ayah meninggal dunia mia pindah sekolah . lain pula pada zaman sekolah rendah dan sekolah menengah masa form 1 until form3 . hanya pada zaman tu je laa mia rasa apa itu ERTI PERSAHABATAN . kat ump ni , mia ramai jugak laa kawan . tapi tak ada la ramai sangat kan , cukup lah bagi mia bila mia pergi mana-2 , mereka kenal mia dan tegur mia dan yang paling penting bila nak buat group work ada orang sudi bekerjasama dengan mia dan mahu ada orang sudi partner dengan mia . cukup laa , mia dah fobia dengan apa jadi masa zaman sekolah dulu . mia tahu mia tak ada la sempurna sangat nak dapat kan kawan-2 yang ramai . if mia teruk , tak pandai menghargai kawan , kenapa mia duduk di ump , mia boleh hidup , mia ada kawan-2 yang senang dengan mia , senior-2 pun baik dan okey dengan mia . tak ada orang yang ada masalah dengan mia . tapi kenapa zaman sekolah lain , kenapa ?????? kadang-2 mia terfikir , kenapa semua ni terjadi , mia ingat lagi , masa zaman sekolah , mia selalu ngadu kat mak sambil menangis , tapi bila mia kat ump , balik kat rumah je mesti mia cerita tentang kawan-2 di ump yang mia happy ramai kawan-2 . mak mia pun cakap , " mak dah cakap kan , kalau awak baik dan pandai jaga hati orang , pandai jaga mulut tanpa goreskan hati siapa-2 , awak pergi mana-2 awak tak kan ada masalah dan semua orang akan berkawan dengan awak dan bolehhhh la hidup :D ". yesss , betul cakap mak mia , betul !!!!!!!!!

even mia dah ada kawan-2 baru , mia tak pernah lupa kawan-2 lama . swear  , mia rinduuuuu gilerr dengan kawan-2 dari SK TANJUNG BATU , SMK NENASI , PUSAT TUISYEN ANZ , NOR FAIZATUL AKMAL BINTI ABDUL HALIM dan SMK MAT KILAU ( tapiiii tak semua , hamya segelintir jee )

now , mia nak cerita apa aktiviti  mia buat kat ump . hahaha . setakat ni dah la 3x mia ponteng kelass , maaf ye mak , bukan apa , akak penat sangat-2 laa . hahaha . kalau mak tahu ni , habiss la den . never mind , mesti mak paham . hahaha . okeyyyy , blog ni ditulis pada 22 nov kan ??? nak tahu tak , start dari mia masuk ump masa bulan 6 hingga tarikh ni , banyak sangat aktiviti mia dah join event ump . lama-2 mia duduk ump , banyak sangat perkara yang mia belajar lebih-2 lagi mia join kelab persis . jujur mia cakap , mia bersyukur + menghargai + bangga sebab mia diberi peluang join club ni . tak mampu nak ucapkan dengan kata-2 , sebab club ni mia belajar banyak perkara . ya Allah , tak tahu nak cakap cam ne , thankssss sangat-2 kepada abang dan kakak senior kelab persis sebab terima mia dalam interview hari tuuu .


ni la logo kelab yang mia join tu , yang banyak mengajar mia :D

mia anggap apa yang miliki dan mia kecapi pada saat ni , mia sangat bersyukur . tapi banyak lagi perkara mia kena belajar . mia baru 18 tahun , umur mia masih muda , masih setahun jagung , terlalu jauh lagi perjalanan hidup mia ni . mia kena kuatkan semangat , kena !!! mia belajar kat ump lebih kurang 2 tahun lagi , mia kena belajar involve kan diri dengan pelbagai aktiviti di ump ni agar mia jadi lebih matang . mia kena belajar untuk jadi diri sendiri . doakan mia akan banyak berubah . mia akan berubah jadi wanita yang lebih baik demi Allah , diri sendiri , arwah ayah mia  , my mum dan my family . ni sahaja entry daripada mia kali ni . see you all soon . byeee :D

Saturday 12 November 2011

saya tidak kuat Ya Allah :'(

Assalamualaikum..


hurmmm , mia tak tahu la kenapa mia rasa tak sedap hati semenjak ni . maybe mia stress kot semenjak ni . ye laa kan , banyak sangat assignment mia kena siapkan dalam masa yang singkat , test dan exam yang tak henti2 diadakan oleh lecterur . siapa cakap hidup kat u mudah ?? bukan semudah jangkaan orang di luar sana . tiada yang dibanggakan sangat bila dah masuk u ni , even kita dah berjaya masuk u , belum tentu kita akan berjaya dalam hidup kita . kat u ni laa lagi banyak benda kita perlu belajar . sebenarnya , ia lagi mematangkan diri kita . mia bukan apa , mia ni bukan sihat macam orang lain , kalau mia push diri mia nak study , nanti mia akan sakit kepala . macam mana lagi mia nak buat ? mia tahu keadaan mia macam ni , mia akan fokus dalam kelas apa yang lecturer ajar . eh , eh siapa tak takut kan , kalau dapat pointer rendah , kena buang dari u , malu laaa maruah diri sendiri kalau orang tanya kenapa tak habis belajar . siapa tak fikir semua tu . tapi tahu laa , mia tertekan duduk kat u sebenarnya . memang ramai orang cakap , syukur laa kau dapat masuk u . alaaa , kau cerdik , memang la dapat masuk u . hurmmm tapi yang tanggung , diri mia sendiri . mana la mia tak stress , kos mia ni daripada 3 tahun jadi 2 tahun setengah . dah la 19 kredit hour . perghhh , gilerr tu :(


tapiiiiii , mia kena bangkit , mia tak boleh terus give up macam ni . mia rasa , mia perlukan masa untuk sesuaikan diri untuk jalani hidup di u ni . hurmm . tak ada orang paham apa mia rasa . mia perlukan sangat sokongan oleh arwah ayah tersayang . mia dah lama tak dengar kata-2 semangat oleh arwah . memang la orang cakap , sabar mia , yang hidup pasti akan mati , Allah sayangkan arwah ayah mia , sebab tu Allah ambil nyawa arwah dengan cepat . tapi siapa tahu isi hati mia ?? jeritan hati mia !! mia rindukan semua tu . mia dapat rasa jiwa mia makin lama , makin kosong . hurmm , ayah akak rinduuu ayah :'(


ayahhhh , anakmu amat merindui mu :(
sampai mati ayah , sampai mati akak sayangkan ayah
akak sayangggggg ayah :'(
macam mana mia nak bangkit daripada semua ini !!!! dunia , tolong jawab , macam mana mia nak pulihkan hati mia , semangat mia untuk teruskan hidup . Ya Allah , mia lemah , mia lemah nak teruskan hidup tanpa arwah ayah mia . mia perlukan arwah ayah . tolonggg izinkan mia untuk bermimpikan arwah ayah mia hanya beberapa ssat ya Allah :'(

Thursday 10 November 2011

susah dan perit sebuah kehidupan seorang student yang baru setahun jagung

kawan-2 yang banyak bantu mia untuk jayakan program di RuPTAR pada 29 october yang lalu (",)
kami adalah satu kumpulan :D

ketika ini saya dan khairul sedang sibuk merebut microphone untuk bercakap . heee ~
tak ada laa , just joke only
actually gambar ni la membuktinya yang saya tengah handel event first time yang sangat besar yang pernah saya handel :D




assalamualaikum :D

hari ni , mia yang mata sepet ni nak ceritakan event yang paling besar pernah handel dalam hidup mia . even event ni sudah berlaku pada 29 october 2011 , tapi still segar di dalam ingatan . actually mia bosan duduk rumah sebab sekarang tengah cuti raya haji , nanti dah balik ump , maybe tak dapat cara dah blog ni . hee ~

okey-2 . now mia akan ceritakan sedikit demi sedikit . kenapa mia kena buat program macam ni kan ?? mesti ramai yang pelik , sedangkan mia baru masuk ump dan berusia 18 tahun , tapi kenapa mia kena handel program macam ni kan . okey-2 , biar mia jawab , ishhh , diam yea . hehe . actually , kami diberi task oleh lecturer subjek islamic and asian civilisations untuk buat projek , discuss punya discuss , mia dan kumpulan yang lain pilih nak buat khidmat komuniti . sebab pe ?? kami memang suka buat kebajikan ni . hehehe . so , mia pun decide nak buat kat rumah anak yatim di Pekan Pahang dimana event ini di incharge by my self . haha . tak payah nak bangga sangat actually , berat taw tanggungjawab , bukan senang untuk senang . lama jugak la kami plan nak buat program ni , susah taw nak buat event macam ni . mana tak nya , mia kena buat propasal , buat budget , fikir nak cari duit mana , usaha untuk cari kenderaan pergi ke sana masa hari kejadian , buat modul untuk setiap aktiviti , bahagikan tugas ahli-2 . fuhhh , banyak lagi laa . kalau nak diceritakan , memang banyak sangat laa , nanti kesian pulak korang dengan miaa . hehe . alhamdulilah , berkat kesabaran kami dan keikhlasan kami terhadap anak-2 yatim ni , kami dapat sponsor dari pihak ump wang ringgit dan 15 buah komputer untuk disumbangkan kepda pihak rumah anak yatim itu . ya Allah , tika itu , hanya Allah tahu , betapa syukurnya hati kami ni .

sehari sebelum kejadian ini , kami mengadakan meeting lagi sekali . rupanya banyak sangat kurang tanpa kami sedar . aku bersyukur sangat sebab ada insan yang sudi membantu aku untuk selesaikan masalah aku ni . thanks a lot to abang khairul , abang nazar dan kak aqilah sebab banyak bantu mia , mereka sanggup turun padang ikut mia sepanjang program ni . siyes , banyak lagi mia patut belajar oleh mereka . mia memang respect giler la dengan diaorang , even diaorang banyak makan garam dari mia , mereka langsung tak lokek ilmu dengan mia . mia sayang mereka bertigaa !! esoknya program , mia dapat mesej daripada warden rumah ank yatim itu , projector telah diambil oleh penyelia rumah tersebut , yaAllah , macam mana la kami nak cari projector di lewat malam macam tu . siyes , mula-2 memang kami putus harapan , kenapa ?? sebab program kami amat memerlukan projector tu untuk tayangan video tu semuaa . tapi mia percaya , Allah sentiasa ada untuk mia , akhirnya punya la usaha kami semua dan berkat doa bersama , kami dapat pinjam dengan MPP ump . syukur sangat , MPP ump sudi pinjamkan kepada kami . kamu semua tengok kan , betapa banyaknya rintangan terpaksa kami lalui . hanya 1 je mia nak pesan , even kita da problem sekali pun , jangan la giive up sebab DOA SENJATA ORANG MUKMIN :D

esoknya program , di gambang hujan sangat lebat , dalam hati mia , macam mana ni , nak pergi bustop dalam keadaan hujan lebat yang dimana kami terpaksa bawa hamper , projector dan semua alatan sepanjang program untuk naik bus . Allah amat sayangkan hambanya , driver bus kami rela masuk kat kawasan kolej kediaman kami untuk mengambil kami di situ agar kami tak hujan . thanks pakcik , semoga Allah membalas jasa pakcik :D kami tiba lewat sikit , tapi program tetap berjalan lancar . mia happy tengok program yang mia plan dah lama dan siang malam mia fikir , telah berjalan dengan sempurna . mia just involve awal-2 , tu pun time nak perkenalkan diri . lama-2 tu mia tak involve , sebab mia prepare untuk handel slot yang terakhir iaitu slot muhasabah cinta . slot yang menangis-2 tu . hahaha . actually kan , mia yang handel slot tu , mia pulak bercakap sampai terduduk mia di lantai dan selak dah menangis-2 ni . adik-2 yang kena saiko oleh mia ni , dah mearaung-2 sebab baru sedar dengan salah masing-2 . macam mana la mai tak menangis , yelaa kan , mia pun anak yatim macam mereka semua , jadi mia dapat rasa macam mana diaorang rasa . dasyat kan mia , macam mana la mia boleh buat semua orang berada di sekeliling mia sebak . hehe . nak tahu kenapa ?? ayat apa mia guna , BIAR LAH RAHSIA ~ ^__^


sehari suntuk kami bersama adik-2 rumah penyayang itu , memang kenangan terindah bagi mia dan kengkawan semua . kami semua memang rapat . pilu dan hati melihat keadaan mereka . hurmmm

actually , mia nak ucapkan thanks a lot to kawan-2 mia yang telah bersama-2 menjayakan program ini dengan mia . mia memang terharu dengan kerjasama mereka terhadap program ni . mereka hormat mia dan dengar arahan mia , sampai mia rasa segan dengan mereka . mia bukan la big boss suka arah-2 ni , tapi mia just mahukan yang terbaik . hee ~ maaf dan ampun dipinta andai sepanjang sebelum dan selepas program ni berlangsung , mia ada buat sesiapa yang terasa . tapi percaya laaa , mia tak akan mampu menjayakan program ini tanpa kamu semuaa . swear , sayang kamu semuaa , thanks you so muchhhh >.<

okey laa , sampai disini coretan daripada mia . disini , mia ada tinggalkan sedikit gambar untuk tatapan semua . thanks sudi baca celoteh mia ni :D



emy , afifah , nur , dekna dan meen :))
thanks korang sebab sentiasa berada disisi mia tika saat mia perlukan kalian >.<


nur , ainul , ojen , khairul , meen , ah wan , aizuddin , syfiq , nabil , abang nazar , kak qilah , aizat , emy , abang khairul , dekna , fadzil dan afifah (",)
thanks you so much for you all !!
im appreciate it !


ini lah saya :))
begini lah keadaan saya yang selalu memikirkan masalah yang melanda :D
tapi bak kata kawan-2 saya " chill la mia "  ^__^

Tuesday 8 November 2011





kami ada lah kawan baik :)
mereka ni semua classmate saya
swear , saya sayang mereka :D



ke mana sahaja kami pergi , kami akan bersama - sama  :)





mereka ni semua kawan-2 saya jugak !!



kawan susah dan senang saya :D



~frenz forever - ketika ini kami semua pergi program di UIA sesama ~




ni izzah , kawan saya dari Sabah , comel kan dye  :)
dye baik sangat dengan saya
sayang kamuuu :)


ni kawan-2 saya jugakkk . saya sayang mereka bertiga taw :D
mereka suka buat saya ketawa
thankss sudi kawan dengan mia :')

assalamualaikum semua ..

hye , hye !! hari ni mia teruja sikit , sebab mia akan ceritakan sedikit kehidupan mia di UMP . hurmm , actually mia happy dan bersyukur dengan hidup mia sekarang . nak tahu kenapa ?? cube tengok pictures-2 di atas ni , tu laa kawan-2 baru mia . heee ~ saya sayang mereka . tahu tak , semenjak mia kawan dengan mereka la , hidup mia ceria kembali macam dulu-2 . mia rindu sangat dengan apa itu erti sebuah persahabatan , even kami semua baru kenal , tapi kami macam adik-beradik . mereka la sentiasa susah dan senang bersama mia . jika mia ada problem , mereka tak pernah tinggalkan mia keseorangan . susah sangat nak jumpa kawan-2 sebaik mereka . hurmm , mia rasa , tanpa mereka , mia akan hidup sorang-2 di ump tuh :(

mia sayang mereka , sayang mereka lebih dari nyawa mia sendiri , kerana mereka la , mia boleh hidup di ump , mia tak pernah susah atau sedih sepanjang di ump . nak tahu kenapa , sebab mereka-2 dalam gambar ni laa . maybe mia ego , mia tak pernah luah depan-2 yang mia happy dapat kenal dengan kamu semua . yes , sure , mia bersyukur dan hargai perkenalan kita semua . mia harap sangat hubungan kita semua sebagai seorang rakan akan kekal . even kita baru kenal , tapi mia rase kita semua dah lama kenal taw !! mia tak pernah nyesal jumpa dengan kamu semua , mia happy sangat tauuu ^_______^

even kami lain background , ada yang anak orang kaya , ada yang sederhana , tapi mereka tak pernah berlagak dan bangga diri , sebab tu la mia suka kawan dengan mereka semua . kemana sahaja mia pergi , pasti ada mereka . thanks Allah sebab temukan mia dengan mereka . hurmm , maybe dengan cara ni sahaja yang buktikan mia bersyukur dapat kawan-2 macam mereka . mia dah anggap mereka macam adik beradik mia . sayang kamuuu semuaa :)))



sebelah kanan ni , kawan baik saya , dia la teman setia tika saya susah dan senang :)
nama dia Aiman , belajar kat kolej matrikulasi johor
hope we are frenz forever (",)
hehe . mesti tertanyakan siapa pulak mamat ni . eehhh , jangan salah paham tau , orang yang saya maksudkan belah kanan ni taw , bukan belah kiri . heee ~ dye ni kawan mia jugak taw , nak cakap kawan pun , entah laa . tapi kami baru kenal la sebelum raya puasa baru ni . aku suka satu je dengan dye , dye jenis strict sikit taw . first time aku kawan dengan dye , memang tiap hari la makan dalam , tengok muka pun tahu macam poyo kan . hahahaha . actually dye ni tegas sikit , tapi takpe la kan , dye ni cerdik jugakkk la . dah la ambil sains teknikal kat matrik . mia respect dye , sebab dye lain dari yang lain . dye bukan macam lelaki perah mia jumpa laa . walaupun dye jenis strict , tapi dye la satu2 insan yang selalu dengar problem mia . hurmm , dye memang memahami mia . tapi mia anggap dye cuma kawan baik mia jee . tak anggap pun lebih-2 . aiman , thanks sudi jadi kawan mia tika susah dan senang . sayang kau kawan :D

mia rasa cukuplah setakat ni , hope kamu semua kenal la kawan-2 baru mia ni . swear , kerana mereka la   , mia kuat untuk teruskan hidupp . mereka banyak menceriakan hidup mia . semoga allah merahmati kalian semua . friendship forever :))

Wednesday 12 October 2011

karnival kerjaya dan keusahawanan UMP ( KAKK UMP )

ehem , assalamualaikum dan hye semua .


actually , nak ucapkan thanks sangat-sangat sebab sudi baca blog aku ni . maaf ada yang kurang , biasa la baru belajar kan :) ermmm , entry kali ni aku nak cakap sikit tentang kakkump ni . sebelum aku terjebak dalam kakkump ni , actually aku pergi interview sebuah kelab ni tau , kelab tu nama persis . tak sangka jugak macam mane aku boleh past interview tu . hahaha . tapi dalam hati ni bersyukur sangat-2 taw , at least aku ade join kelab kat ump ni . aku akui , aku masih baru di ump ni , baru berapa bulan masuk ump ni . aku ni ibarat baby baru lahir dari dunia untuk melihat universiti . maybe ni takdir Allah s.w.t kepada aku . Allah mesti nak jadikan aku seorang yang lebih matang dan seorang remaja yang pandai berdikari selepas pemergian arwah ayah aku . sebelum aku ni sah jadi ahli kelab persis tu , aku telah diberi task untuk kakkump ni la . aku telah terpilih untuk menjadi AJK Sambutan , Jemputan & Protokol . mesti terpukau kan dengar jawatan ajk yang aku penggang . wah , siapa tak rasa bertuah kan , ajk aku ni la sambut vip dan tetamu . aku sangat bersyukur sebab dapat ketua unit ajk yang baik . aku tak ada masalah dengan ketua aku . tapi biasa la penat seperti my mum cakap laa setiap kali aku ngadu yang aku penat " biasa la akak , tak ada benda yang tak penat dalam dunia ni " . yes , betul kata my mum . walaupun penat dan asyik busy dengan kerja , tapi banyak sangat benda yang aku belajar dan semua itu tak mungkin aku akan peroleh jika tak join club-2 begini . seperti Puan Paridah cakap la , " biasa la mia , sekarang je awak belajar dan peroleh pengalaman dengan benda-2 macam ni . nanti semua ni la awak akan tempuh di alam pekerjaan " . hurmmm , kalau fikir balik . memang betul pun kata-2 orang yang terlebih makan garam daripada aku ni . aku patut besyukur , dengan join kakkump ni la aku ada ADVANCE sikit daripada pelajar lain . at least , memang tak rugi pun aku luangkan masa dengan perkara-2 macam ni . baikkan aku busy kan diri aku dengan libatkan club-2 macam ni daripada aku buat benda tak berfaedah . aku terasa lain selepas masuk ump , aku tak tahu kenapa aku banyak berubah selepas masuk ump ni . maybe Allah sayang aku dan Allah jauhkan aku daripada perkara tidak sepatutnya . pasti ada hikmah semua ni . sekarang , aku bersyukur dengan hidup aku meskipun dalam hati aku ada ruang kekosongan iaitu perasaan rindu terhadap arwah ayah . kakkump ni akan berlangsung pada 14 hingga 16 oktober 2011 di Berjaya Megamall , Kuantan , Pahang . conclusionnya , bulan oktober la bulan paling busy bagi aku . thats all from me , bye :)

Tuesday 11 October 2011

aku rindu kau sahabat :'(



ni la antara kenangan kami keluar bersama . tapi sekarang kami berpisah sebab dye belajar kat matrik johor dan aku belajar kat universiti malaysia pahang . may Allah bless our friendship forever n ever :(

ni la sahabat aku yang paling aku sayang dalam dunia ni , ya Allah jangan la pisahkan kami lagi . aku tak kuat hidup tanpa kawan aku sorang ni . swear , aku rindu kau :'( ~ noor hafizah ~
ermmm , sayu tiba-2 bila duduk seorang macam ni . badan aku memang sakit dan aku terasa begitu penat semenjak masuk sem 1 ni . sementara menanti malam nak study , tiba-2 la teringat kat seorang sahabat aku yang paling aku sayang sangat-2 . rinduu giler nak jumpa kau kawan . kau tahu tak , semenjak kau masuk matrik johor , aku duduk ump , kita terus tak jumpa . sedih kadang-2 , kenapa aku dah lama tak dapat bersua muka dengan kau . kau tahu tak , aku kat sini , kalau sedih , aku tak tahu nak luah kat siapa . aku mesti teringat kat kau . kau la sahabat mati aku , tak ada orang dapat gantikan tempat kau di hati aku . sumpah wehh , aku rindu kau sangat-2 . aku harap raya haji ni , aku dapat jumpa kau . aku nak peluk kau , aku nak tatap wajah kau . sakit hati ni bila tahan rindu kat kau . aku harap , kau tak kan lupa aku , kita dah kawan dari darjah tiga , susah senang kita bersama , tapi sekarang kenapa kau tak contact lagi ?? aku tahu , kau busy nak exam final sem 1 kan ? aku paham . buat elok-2 ye kawan , aku doakan kejayaan kawan aku . kalau ada orang sakitkan hati kau , bagitahu yea . aku nak bagitahu , hanya kau sahabat dunia dan akhirat aku . kalau boleh , aku tak nak kau disakiti oleh siapa-2 sebab aku sayang kau sangat-2 . fizahhh , aku sedih dan sunyi hidup tanpa kau disisi . aku rasa dekat tiga tahun kita berpisah . aku harap kau tak lupa aku . sepanjang aku pindah dari perumahan kita tinggal bersama , aku kawan dengan beribu orang pun , aku tak pernah jumpa sahabat sebaik kau . even aku ada hidup aku sekarang , kawan-2 yang baru , aku tak pernah lupa kau . aku takut , aku tak dapat jumpa kau lagi . tapi kau ingat la , sampai mati aku sayang kau . aku harap , lepas kau baca entry aku ni , kau tahu betapa sayangnya aku kat kau . aku tak tahu nak cakap apa lagi , setiap kali kenang kan kau , tiba-2 terasa diri ni rindu sangat kat kau . siapa tak rindu kawan yang tempt selama ni aku sedih dan suka sama-2 . aku harap , hubungan persahabatan kita kekal sampai bila-2 . jaga diri yea , jangan pernah lupa aku kat sini . jujur , aku sayang kau sangat-2 Noor Hafizah bte Zainal Abidin :'(

Monday 10 October 2011

siapakah aku ?


ehem , assalamualaikum dan hye semua :)


Nama diberi Salmiah Binti Johari . Umur baru 18 tahun !! still muda . hahaha . aku biasa-2 je , tak ada laa apa yang best sangat tentang diri aku ni . bagi aku laa , tahun ni sangat bermakna , aku dapat menjejakkan diri ke menara gading . siapa la tak nak masuk universiti kan . dulu-2 selalu jugak terfikir , aku nak jugak masuk universiti dan berjaya macam orang lain . arwah ayah la orang paling excited yang nak aku masuk universiti , yela , aku perempuan sulung dan contoh kepada adik-2 . setiap orang pasti idamkan masa masuk universiti , nak mak dan ayah hantarkan . aku pulak ??? hurmmm , aku dah tak ada ayah . ayah aku meninggal dunia di saat aku berjaya , di saat aku memerlukan arwah ayah dalam hidup aku . semasa masuk universiti awal bulan enam baru ni , mak la satu-2 insan yang hantar aku di menara gading . nenek dan keluarga yang lain jugak ada datang untuk aku masuk universiti . tapi hati ni , langsung tak happy sebab aku rasa ade something yang kosong dalam hidup aku ni . korang tahu tak apa ?? aku perlukan arwah ayah aku di saat aku meniti kejayaan . aku tak kuat untuk tempuh semua ni tanpa arwah ayah aku . aku perlukan kekuatan dalam hidup aku . memang betul , aku tetap ada mak aku , tapi hati aku tetap kosong tanpa ARWAH AYAH aku !!!!!!! tapi seperti orang cakap , Allah lebih sayangkan arwah ayah kau mia , chill . hurmm , but im proud with my self , aku berjaya penuhi hasrat arwah ayah aku nak tengok aku masuk menara gading . sekarang aku menuntut di universiti malaysia pahang dalam bidang engineer . ya Allah , kuatkan hati aku untuk teruskan kehidupan aku yang penuh suka dan duka ini :')

11 october 2011 ~

assalamualaikum .
ni kali pertama aku join dunia blogging ni . haha . sebelum ni tak pernah terfifkir pun , ni semua gara-2 assignment aku terjebak dunia blogging . ni testing je , nanti aku update yang baru , bye :)