Friday 13 June 2014

Rintihan hati buat arwah ayah :')

Assalamualaikum. Hye guys :)

SubhanaAllah, Salam Nifsu Syaaban bagi semua umat islam. Semoga kita dapat mulakan hidup kita dengan buku baru, YA buku yang lebih baik daripada sebelum ini. Semoga hidup kita terus barakah hendaknya. Percaya, Allah ada bersama hamba-hambanya. Allah tak akan memberi ujian kepada hambanya andai hambanya tidak mampu menghadapinya. Keep strong and keep pray.

Allah tahu yang terbaik untuk hambanya. Mia percaya kenapa Allah telah berikan mia ujian ini. Yes, walaupun dari raut wajah ini, mia nampak tiada masalah, sebenarnya beribu masalah yang mia hadapi. Tak semua perkara kita boleh kongsi di tempat umum seperti ini, cukuplah hanya Allah menjadi tempat rintihan hati ini. Mia percaya, kenapa Allah telah mengambil seorang demi seorang insan yang mia sayang dalam dunia ni, insan yang mia berpaut dan amat perlukan dalam kehidupan ini. Mia redha Allah telah mengambil nyawa arwah ayah diusia muda, dan ketika itu mia berusia 16 tahun, adik kedua, berumur 14 tahun, adik ketiga berusia 10 tahun, adik yang bongsu masih bayi dan mak diusia 38 tahun. Tapi mia tak pernah salahkan Allah sebab mia tahu, Allah sayangkan ayah, arwah ayah seorang insan dan ayah yang sangat baik. Pernah dengar tak orang cakap, “Orang yang baik ni, tak lama hidup atas dunia ni, Allah sayang dia, jadi Allah tarik nyawa dia diusia muda agar dia tak banyak buat dosa atas dunia ni”. Yes, im agree it.

Hidup sebagai seorang anak yatim, dan hidup tanpa berbapa, hanya dijaga oleh seorang mak yang berstatus ibu tunggal atau lebih dikenali janda amat perit. Yes, semua orang boleh menghina, menyerang dan buat apa saja, sebab kami takda sesiapa yang boleh mempertahankan kami. Mia percaya, setiap kali orang menghina, mengata dan menyerang keluarga kami, roh arwah ayah pandang dari dunia lain dari jauh. Pasti arwah ayah sedih dan tak mampu buat apa-apa. Arwah ayah ada pesan, walau jahat mana pun orang tu buat kat kita, kita jangan membalasnya, buatlah baik dengannya. Kerana pesan ayah la, akak tak pernah bersangka buruk dan melawan semula sesiapa yang berkata buruk mengenai keluarga kita. Kerana akak percaya, anak-anak yatim dan insan teraniaya, Allah akan lindunginya.  Walaupun ayah tiada lagi melindungi kami, akak percaya, Allah itu ada. Dengan sedikit pencen yang ayah tinggalkan, kebun getah pusaka yang ayah wasiatkan buat mak dan kami adik beradik, sudah cukup membuatkan kami untuk terus hidup atas dunia ni. Memang akak akui, walaupun ramai yang bercakap hidup kami agak mewah, tapi bagi akak, hidup ni langsung tak lengkap, sebab apa tak lengkap? Sebab ayah tiada. Kalau Allah minta akak buat satu permintaan atas dunia ni, akak nak minta satu je. Akak mahukan ayah akak balik. Akak tak nak ayah tiri, tapi akak nak ayah kandung akak. Ayah, ayah tahu tak, sejak ayah tinggalkan kami atas dunia ni, kami semua hilang tempat berpaut. Akak, dan adik-adik semua hilang semangat untuk study, tapi akak tetap teruskan untuk penuhi wasiat ayah, akak dah nak habis belajar ayah, bulan 10 ni akak konvo, dan ayah tahu tak, dalam dewan konvo nanti, ada dua kerusi, satu untuk mak, dan satu lagi untuk ayah. Tapi, takpalah, akak tak mahu teruskan itu. Ayah, tapi akak tengok, firdaus macam hilang semangat, hinggakan nasihat mak tentang belajar dia hiraukan, tapi akak tahu, dia hanya dengar nasihat akak, jadi akak hanya nasihatkan yang termampu untuk adik-adik akak. Alhamdulilah, walaupun akak tengok dia macam hilang semangat untuk belajar, pointer dia di politeknik sangat bagus, 3.0 above. Yes, akak tahu, firdaus antara anak ayah yang ayah cakap since kecil adalah anak yang cerdik. Akak tahu, lepas ayah meninggal dunia, tahun depannya dia hadapi PMR. Dan dua tahun selepas itu, SPM. Ayah boleh bayangkan tak semua anak-anak ayah tempuhi peperiksaan besar tanpa ayah disisi? Ayah tahu tak macam mana perasaan kami untuk lawan perasaan ini? Ayah tahu tak, perit sangat hati kami ini. Tapi akak bangga dengan Fatthur, ayah tahu tak, Fatthur tu anak yang ayah manjakan dari kecil kan? Ayah panggil Fatthur dengan panggilan Baby Man. Ayah tahu tak, akak tak tahu dari mana semangat dia, sepanjang dia sekolah rendah dari tahun 1 hingga 6, dia mendapat keputusan peperiksaan yang sangat bagus hinggakan sewaktu dia nak memasuki tingkatan 1, dia dapat tawaran ke sekolah SMART. Akak tahu, dalam wasiat ayah, ayah nak sangat ada seorang anak dia sekolah di SMART sebab ayah pernah bersekolah disitu. Sehingga kini, dia berulang alik dari rumah dan mak menghantarnya sejak dia di tingkatan 1 hingga tingkatan 3 sekarang. Ayah tahu tak, pada awalnya dia duduk asrama, budak-budak asrama membulinya. Betulkan akak cakap? Hina sangat ke anak-anak yatim macam kami ni ayah sampai sanggup orang buli, hina, mengata, menyumpah serapah dan datang serang ke rumah. Apa dosa kami ayah, ya Allah? Akak percaya, kalau ayah ada sekarang ni, pasti ayah membela kami kan? Ya Allah.. sesungguhnya dengan apa yang jadi, sangat mematangkan mia. Ayah, akak terasa lemah sangat nak melangkah meneruskan hidup-hidup ni. Akak tahu, akak ada satu tanggungjawab yang sangat besar terpaksa dipikul. Ayah tahu tak, sehingga sekarang, akak tengok firdaus dan fatthur langsung tak pandai independent. Ayah pasti risau dengan keadaan anak ayah yang bongsu tu kan? Ayah jangan risau, akak jaga Daniel, walaupun semut pun, akak tak bagi gigit dia. Akak tahu, adik-adik adalah tanggungjawab akak, akak tahu, walaupun ayah tiada, hidup perlu diteruskan, akak perlu menjaga mak dan adik-adik. Akak anak yang sulung, patutnya akak perlu memikirkan keluarga terlebih utama. Maafkan segala kekhilafan akak selama ni.. Ayah, kami tak kaya pun atas dunia ni, kadang2 kami kesempitan wang, tapi Allah maha kuasa, kami masih boleh makan. Sebab dari kecil lagi, ayah ajar kami hidup bersederhana kan? Ayah, akak berharap, walaupun ayah tiada di dunia ini, ayah tak akan lupakan mak, akak, firdaus, fatthur dan Daniel. Walaupun jasad kita sudah terpisah, namun darah yang mengalir dalam tubuh kami, ayah tetap hati kami. Semoga ayah tenang disana. Akak janji, lepas akak habis belajar, akak akan buka perniagaan dan cari kerja tetap, akak akan tanggung mak dan adik-adik. Akak akan buat ayah bangga dengan akak. I will deserve it without you :’)


Orang lain tak kan pernah memahami perasaan seseorang yang perlu menjalani kehidupan tanpa ayah disisi pada usia muda. Kepada orang sekeliling, mengata, kejilah, hinalah, maki serapah la, kami redha kerana kami percaya Allah itu ada. Dan mia akan tetap pada prinsip mia, orang buat jahat sekali pun, mia tak kan membalasnya dan mia tetap buat baik dengannya. Sesungguhnya Allah bersama insan yang teraniaya.  Damailah ayah, semoga Allah menjagamu. Al-Fatihah..

Wednesday 28 May 2014

Assalamualaikum, Hye guys :)

Counting the days, tunggu supervisor latihan industri untuk datang melawat. Sistem masih dalam proses, report dan slideshow habuk tak buat lagi. Hurm, sepanjang mia praktikal empat bulan ni, mia sempat buat portal jabatan, basic coding coldfusion dan sekarang tengah go thru dengan sistem borang audit amalan 5s universiti guna software coldfusion. Dalam keadaan tak berapa sihat, entah la, mia rasa macam jiwa kosong sangat. Day, by day, mia sering sakit kepala, demam dan lenguh badan, mungkin betul kata doctor, i need eat the suplement such as vitamin. Mungkin terlampau banyak sangat perkara mia tengah fikirkan. Tak sabar nak habis praktikal. Mia sibuk buat sistem, ada je staf lain panggil buat tolong macam2. Kalau tak tolong, cakap aku praktikal tak buat apa-apa. Tadi tolong akak staf sementara susun fail dalam bilik mesyuarat, lepas tu, supervisor tempat praktikal, supervisor masuk bilik mesyuarat, beliau bagi motivasi sikit, tapi yang paling tersentap, beliau cakap, "Terima kasih Sal kalau awak faham cara saya bekerja dan awak boleh terima arahan yang saya berikan". Jujur, memang beliau banyak cabar mia, beliau terangkan sikit2, tupp terus bagi task. Beliau sangat sibuk. Ya Allah, i need solve my problem as soon as possible sebelum supervisor latihan industri datang melawat, mati aku ya Allah. Entah la, dengan mc tak settle lagi, means tak lekatkan sekali dalam buku log. Entah la, mia rasa lemah sangat2, tak larat nak buat apa2. Maybe, i should be more strong after this even im sick, yes you must strong girl :')

Thursday 20 February 2014

Lifee!

Assalamualaikum. Hyee kaki-kaki bloggers :)

20 February 2014, so along time tak update my blog! Sibuk? Mungkin la. Sekarang ni je free sikit untuk update2 blog ni. Al maklum lah, sekarang ni mia dah start internship, so ada lah peluang nak update blog sikit2 nii.. Okayy, alhamdulilah, akhirnyaa mia dapat pergi internship, untuk pengetahun korang semua, kena PASS all the subject, baru boleh pergi internship, and me? Yeahh, mia PASS semua subject dan lebih2 lagi subject sem lepas. Bayangkan sem lepas mia ambil dua subject programming dan satu lagi Projek Tahun Akhir (PTA). Alhamdulilah, mia dapat A untuk subject PTA tu. Thankss Miss Azlina for the result. Untuk pengetahuan korang, Miss Azlina ni merupakan supervisor untuk PTA mia sem lepas. Sepanjang satu sem, mia selalu jumpa dia, tanya dia macam2, hampir setiap minggu mia akan jumpa dia, tak kan pernah terlupa untuk jumpa dia. Apa yang dia nak, mia akan penuhi. Dan hampir setiap minggu mia akan jumpa client mia, iaitu Jabatan Pembangunan dan Pengurusan Harta UMP. Yes, tanpa mereka, mia tak kan berjaya hingga ke tahap ini. Alhamdulilah ya Allah :)

Okay, actually sekarang mia internship di Pusat Pembangunan Korperat dan Pengurusan Kualiti UMP (PPKPK). Mia bersyukur sebab mia dapat internship di tempat yang agak baik dan selesa ni. Staf kat sini pun baik2, mereka semua panggil mia dengan panggilan adik. Wahh, nampak tak kat situ, betapa sayangnya mereka semua kat mia :') Alhamdulilah, semoga Allah permudahkan urusan mia internship disini selama enam bulan.. Mungkin ada hikmahnya kenapa mia dapat menjalani internship di UMP ni. Encik Wan Azlee, merupakan supervisor untuk internship mia kali ni. Yeah, he is cool person i think. I'm so glad ^_^


Okay, tu je entry mia kali ni. Nanti ada apa2 update lagi, mia akan update okayy. See you all soon! Have a nice day! Bye!