Tuesday 23 October 2012

Kepimpinan baru? InsyaAllah saya akan cuba pikul dengan baik amanah yang diberikan :')

Assalamualaikum. Hye semua :)

Ehem, lama tak update blog ni. Nampak sangat busy kan! Hehehe, ramai cakap mengalahkan PM, yelah mana tak nya, tiap minggu mia ada program, sekarang ni je baru free. Tu pun, dah mula rasa badan ni kurang sihat, lemau pun ada. Yang lebih kelakarnya, boleh pulak mia injured tau. Nak tengok tangan mia yang injured tu?



Ramai yang risau dengan keadaan mia, ada yang tanya, kena apa tangan tu? dah pergi hospital ke? mak dah tahu ke? macam-macam lagi lah pertanyaan yang mia terima daripada orang sekeliling mia. Serius, mia terharuuu :') Jujur mia nak cakap kat sini, mia dah pergi hospital, mia dah x ray tangan mia, mak pun dah tahu keadaan mia, alhamdulilah mia dah okey sikit sekarang. Kenapa jadi macam ni? Hahaha, tu mia tak boleh jawab, nanti mia malu nak cerita kat tempat public macam ni, biasalah kan, budak lasak, macam ni la, well ;p

Okey, stop cakap pasal tangan mia yang injured ni, ada benda lagi penting mia nak story. Hehe. Actually pada 20 Oktober 2012 baru ni, berlangsungnya Annual Grand Meeting (AGM) Kelab Penyayang untuk Sesi 2012/2013. Dengan rasa rendah diri mia nak cakap ni, okey, ehhhh malu pulak nak cakap, tapi satu je mia nak ucap, bersyukur tak terhingga terhadap Allah dengan apa yang Dia bagi dekat mia. Alhamdulilah, mia telah dilantik sebagai Timbalan Presiden Kelab Penyayang UMP Sesi 2012/2013. Happy? For sure lah happy, tapi kena ingat, besar sangat tanggungjawab mia kena pikul selama satu tahun ni. Kalau mia tak mampu pimpin kelab mia dengan baik, Allah akan tanya mia di akhirat nanti. Hurmm, mia bersedia pikul amanah yang Allah berikan. Terima kasih kepada semua MT & Exco Kelab Penyayang serta penasihat sebab percayakan mia untuk pimpin kelab ni. InsyaAllah dengan pengalaman yang mia miliki selama ni dalam kelab persis, akan mia adaptasi kan dalam kelab penyayang. Doakan mia :')

Walau apa pun terjadi, kelab persis tetap family utama mia, takda niat untuk mia makin jauh daripada kelab persis, kelab yang banyak mengajar mia erti kehidupan di universiti, tapi mia ada tanggungjawab lain dalam kelab penyayang. Bukan mia untuk menjauhkan diri, tapi mia ada komitmen lain. Tapi mia janji dengan diri mia, kalau ada program kelab persis, mia akan follow, mia tak nak orang tuduh mia lupa diri. Maafkan mia family kelab persis. Tapi mia nak semua tahu, mia sayangkan family persis sampai bila-bila :')

Now, mia nak share picture sepanjang Annual Grand Meeting (AGM) Kelab Penyayang UMP Sesi 2012/2013 yang berlangsung di Blok WDKU1, UMP Kampus Gambang. Tengok je tau, tak mau download-download gambar ni yea, takut jugak ada secret admire dalam diam-diam curi picture mia diam-diam. Opsss, perasan suda. Hahaha, but never mind! Just beware je ;)







  
Mereka adalah family baru mia, iaitu Kelab Penyayang :')

Mia rasa, sampai disini je story yang mia nak share buat setakat ni, tetiba takda mood sangat nak update blog semenjak ni. Hehe. Btw, thanks sebab sudi jenguk blog mia. Kalau ada update terkini lagi, mia akan update. Love you all :')
 

Sunday 2 September 2012

Friendship forever ^.^

Assalamualaikum, hye peeps ;)

Sihat? Syukur Alhamdulilah kalau korang semua sihat ^.^
I'm happy now :')
Hidup, mestilah kena selalu happy kan, senyum walaupun hati ni sakit, yeah!

Actually, mia excited sangat ni, lagi 4 hari mia balik ke UMP.
Berkarat dah wehh otak ni, nak study, nak freshkan otak ni, please, please :(
Bila duduk kat rumah, terasa macam orang tiada pelajaran.
Yelah, dah la cuti tiga bulan, duduk rumah je, tak buat apa-apa.
Terasa macam diri ni bodoh kejap, hahaha ;p

Okey, bestie mia dah masuk pun UMP hari ni.
Daftar pagi tadi.
Sibuk je mia tanya bilik dia kat mana.
Hahaha, yang mia nak gelak.
Bilik dia sekarang C2 211.
Bilik mia duduk sem lepas C1 211.
Hahaha, beza blok je!
Nice kan percaturan Allah.
Memang dia BFF mia forever kot.
Yelahh, kami sama satu tempat tinggal since darjah tiga.
Sama sekolah rendah.
Then sama sekolah menengah tapi sampai form 3 je.
Lepas PMR mia pindah sekolah.
Then lepas SPM kami buat haluan masing-masing selama satu tahun.
Dia masuk matrik, mia further diploma.
Then, dia memang ada apply UMP untuk further degree dia.
Mia memang still diploma kat UMP.
So, kitaorang dapat lah jumpa dekat UMP tu.
Nice one kan percaturan Allah Taala terhadap persahabatan kami.

BFF yang mia maksudkan, Noor Hafizah binti Zainal Abidin.
Mia memang sayangkan dia, bukan sebab dia kawan mia.
Tapi bagi mia, dia sahabat dunia akhirat mia.
Mia dapat rasakan mia akan menitiskan air mata kalau mia kehilangan dia.
Sahabat susah dan senang bersama :')

Fizah, jumpa di UMP nanti okey!
Aku balik UMP jumaat ni. Hehe.
Nanti kita makan chicken chop sesama okey :)

Okey, love you bebeh!


Lots of love, Mia <3

Friday 24 August 2012

Azam baru, azam baru, azam baru. InsyaAllah :')

Assalamualaikum, hye peeps ;)

Before that, thanks lah yup sebab sudi baca entry mia kali ni ^.^
Sihat? Macam mana raya korang?
Best? Hope semua berjalan lancar lah yup!
Mia rasa, masih belum terlambat kot kalau mia nak ucapkan ...


Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir & Batin

Mesti korang semua dalam mood raya lagi kan?
Hahaha, mia bukan dalam mood raya dah sekarang.
Tapi mood orang nak kahwin. Hee~
Bukan mia tau kahwin, tapi mak saudara mia yang paling bongsu.
Mak saudara mia kahwin pada 1 sept ni bersamaan hari Sabtu minggu depan.
Kalau ikut kiraan tarikh mia update entry ni lah. Hihihi.
Excited? Maybe lah kot.
Ashu je lah mak saudara mia yang last mia ada, yang tak kahwin lagi.
Yang lain semua dah kahwin.
Mia anak saudara yang paling sulung.
Maybe mia jadi pengapit dia.
Tapi kalau boleh, tak nak lah.
Orang cakap apa, kalau orang tu jadi pengapit, nanti dia cepat kahwin!
Makk aihhh, tak mau lah macam tu kan, seram mia mendengarnya.
Entah lah, tak decide pun lagi siapa jadi pengapit dia.
Mia ingatkan nak jadi photographer pada hari kejadian.
Malas lah nak jadi pengapit-pengapit ni.
Maluu tau. Hahaha. * tetiba blushing
Nak tahu meriah ke tak wedding days tu nanti,
nanti mia update entry lepas hari kejadian tu nanti yupp!

Actually, mia excited nak tulis entry, sebab ni sebenarnya!
Hehe, bukan sebab mia pergi holiday dekat oversea ke ape.
Tapi mia nak bagitahu kat sini, left 15 days my holiday will be end!


Happy? Memang mia happy!
Tak nak dah rasa duduk kat rumah ni lama-lama.
Bukan mia tak hargai time bersama family.
Tapi mia ade sebab kenapa mia tak nak duduk rumah lama-lama.
I have my own reasons why I tell like this!
Hati kalau sakit, tiada siapa yang tahu kan?
Even orang nampak raut wajah mia happy,
Tapi tahu tak disebalik raut wajah mia.
Tersembunyi seribu kesedihan.
Tak perlu lah mia nyatakan apa sebab mia sedih sangat.
Past is past and i must forget it!
Dan mia yakin, kalau mia balik UMP nanti.
Mia dapat lupakan semua tu.
Sebab mia ada kawan-kawan, mia ada cara hidup mia sendiri.
Baik mia enjoy cara hidup mia sebagai seorang student universiti.
Daripada fikir benda yang mengarut.
Betul kan? Selagi kita kejar benda tu, semakin jauh pergi daripada kita.
Jujur mia cakap, mia kecewa dan menyesal dengan semua ni.
Pintu hati mia tertutup dan mustahil akan terbuka buat kali kedua.
Dah biasa hidup Forever Alone ni :')

Okeyy, stop cakap benda yang menyakitkan hati tuu.
Yeayyy, 9 september ni, mia balik UMP.
10 september kuliah dah bermula. Excited? Of course lah!

Banyak azam mia sem baru ni. Nak tahu?
Mia tak janji mia dapat lakukan semua azam mia.
Tapi mia akan cuba untuk lakukan semua azam tu. InsyaAllah :')
Jangan gelak tau, senyum je boleh! :D

-> Solat lima waktu, selalu membaca Al-quran dan lebih kerap pergi Masjid.
-> Makan ayam seminggu sekali je!
-> Tiap petang WAJIB jogging, tak pun ambil angin petang.
-> Tak mau ponteng kuliah, lab atau kelas lagi. Hihihi ;p
-> Setiap malam wajib study dulu.
-> Kurangkan fb, twitter dan blogging.
-> Kurangkan program.
-> Kurangkan hang out.
-> Sediakan file dan buku untuk setiap subjek.
-> Kalau boleh, tidur awal.
-> Kurangkan mesej dan call, kalau nak pun, weekend je!
-> Jangan selalu balik rumah je, duduk UMP lama-lama sikit.
-> No more hard feeling dan couple-couple.
-> Berubah menjadi lebih matang.
-> Lebih serius masa dalam kuliah, lab ataupun class.

InsyaAllah, mia akan cuba penuhi semua azam baru mia apabila buka sem baru.
Bukan selama ni mia nakal dan tak pernah serius dalam study.
Tapi kalau boleh, setiap sem tanamkan azam baru.
Sebab siapa lah tak nak pointer setiap sem naik kan.
Pointer, sangat penting pada kami sebagai
seorang student yang sedang belajar di institusi pengajian tinggi awam atau swasta.

Doakan yang terbaik untuk mia yea kawan-kawan :')
Cukuplah hanya mampu membahagiakan hati arwah ayah, emak dan family mia.



" Don't aim for success if you want it,  just do what you love and believe in, and it will come naturally."

Saturday 4 August 2012

Wish you luck guys at UMP. All the best ^^,




Good Friends Are Like Stars,
You Dont Always See Them,
But You Know They Are Always There!


Assalamualaikum, hye kaki bloggers semua ^^,

Masih belum terlambat lagi kot, kalau mia nak ucapkan
" Happy Eid Ramadhan! "
Actually, dah hampir 2 bulan mia cuti semester.
Tinggal lagi sebulan cuti mia.
Yess, UMP memang bagi cuti 3 bulan untuk student dia.
UMP tak kacau waktu puasa dan raya studentnya.
Memang UMP terbaikk lah.
Sebab tu, bangga sangat jadi studentnya :-*

Mia start kuliah sem depan 10 september.
Maybe mia balik UMP 9 september kot.
Tak da maknanya nak balik awal-awal.
Excited jugak kot nak mula sem baru.
Sebab kawan baik mia sejak zaman sekolah dapat offer masuk UMP,
untuk intake degree tahun ni.
Diaorang ni lepasan Matrik Johor.
Lebih-lebih lagi sahabat baik mia ni sorang, yang dulu mia sedih berjauhan dengan dia.
Tapi mula sem depan, dia sama universiti dengan mia, dah la sama fakulti pulak tu.
Siapa lah tak happy kan.
Lepas ni, kalau ada apa-apa masalah,
boleh jumpa je dia,
tak payah nak calling apa bagai.

Meh sini, mia nak share wajah-wajah kawan mia,
yang berjaya untuk intake degree UMP tahun ni.
Sebagai kawan, bangga sangat-sangat!
Even diorang semua dah sambung degree,
tapi mia baru diploma, tipu lah kalau mia tak jealous kan.
Mia sendiri yang ambil keputusan untuk tolak tawaran matrik.
Tanggung sendiri lah. HAHA
Tapi, semua tu da qada dan qadar Allah Taala.
Siapa mia nak tolak kan :')
Suatu hari nanti, tiba jugak giliran mia untuk sambung degree. InsyaAllah :)

Ni kawan mia sejak zaman di bangku zaman sekolah menengah, tapi hingga form3 je la, sebab mia pindah sekolah selepas PMR. Nama dia Rohaziela Binti Rasid. Dia dapat course FIST dekat UMP. Congrates fren! See you soon babe <3

Ni kawan mia jugak, Nur Amina Azmyra binti Hashim. since di bangku sekolah menengah, tapi selepas form3, dia pindah sekolah sains dan mia pun pindah sekolah, lama jugak tak jumpa dia. Tapi bila contact semula, dia dapat course Civil Engineering dekat UMP. Terkejut lah kot, haha ramai benar kawan sekolah lama mia dapat UMP. Btw, tahniah sayang <3


Ni sahabat baik mia sejak kecil lagi, Noor Hafizah binti Zainal Abidin. Kitaorang sama tempat tinggal dulu, sama sekolah rendah, sama sekolah menengah, tapi masa form4 dan form5 berpisah, tu pun sebab mia pindah sekolah, lepas je habis SPM, dia further study dia dekat Kolej Matrikulasi Johor dan mia ambil diploma dekat UMP. Sekarang, dia dapat offer degree dekat UMP course Computer Science (Software Engineering). Dear, see you! :)

Okey, ni kawan mia jugak, Muhammad Aiman,  tapi bukan sama sekolah dengan mia, tapi kitaorang kenal dekat Facebook je, hampir satu tahun jugak kenal dengan dia. Dia sama matrikulasi dengan tiga kawan mia dekat atas ni. Dia dapat offer Mechanical Engineering in Automotif, tapi dekat Kampus Pekan, bukan sama kampus dengan mia. All the best and wish you luck!


Mia rasa, tu je entry mia kali ni.
Btw, tahniah korang sebab dapat offer sambung belajar di universiti teknikal.
Semoga korang berjaya dan mampu jadi seorang engineer yang berjaya.
All the best guys! May Allah bless you all~ :)





Sunday 17 June 2012

Jangan pergi dari hidup kami :'(

Assalamualaikum..


Hye kaki blogger, sihat? Hope everything gonna be okey :')


Same goes with my heart now.. Zero, infinity.. Norfahana binti Maskam, yesss, she is my bestie forever and ever.. Sedih, sedih sangat sebab bakal kehilangan seorang lagi sahabat baik di UMP. Susah sangat nak jumpa sahabat sebaik dia. Yesss, selain dia, mia masih ada kawan lain, tapi dia lah antara kawan yang paling rapat dan selalu share masalah. Tapi sekarang, dia akan pergi tinggalkan kami semua. Sayang, berat sangat hati aku nak lepaskan kawan sebaik kau pergi jauh daripada kami semua? Tapi demi masa depan kau, cita-cita kau nak jadi nurse, kami semua akan tetap support kau daripada belakang :')


Lepas ni, dengan siapa lagi aku nak gelak sama-sama? pergi class? ponteng kelas sesama? borak-borak? hang out sesama? siapa lagi nak jadi driver aku? siapa lagi nak dengar masalah aku?siapa lagi nak sambut birthday aku? pergi program sesama? siapa???? Serius, aku terasa sangat kehilangan kau kawan. Walaupun selama ni kau tengok aku macam tak sayangkan kau as my friend, tapi sebenarnya aku sayang kau giler, sayang sangat! Terasa sangat kehilangan kau. Terkilan sebab tak dapat sambut birthday kau, terkilan tak dapat jumpa kau lagi sem akan datang, terkilan tak dapat borak-borak dengan kau lagi. Tapi ingat tak? Waktu aku buat turun barang masa nak check out, aku sempat jumpa kau dekat tangga, kau kiss pipi aku dan salam aku. Tak sangka, tu laki terakhir aku akan jumpa kau, dengar suara kau, salam kau dan cium pipi kau. Rinduuuu nak dengar kau masuk bilik aku, jerit2 macam mak lampir sebab stress. Aku kehilangan segalanya. Aku pendam hati aku semenjak kau update status, kau berjaya SPA nursing dan daftar 2 julai ni kat Penang. Aku pendam sebab aku tak nak menangis, aku tahan hati aku, aku tak nak fikir yang aku kan kehilangan sorang lagi kawan. Tapi aku tak sanggup nak tahan semua tu, yes, aku tak sanggup berpisah dan kehilangan kau. Kau macam adik beradik aku. Aku tak dapat tahan hati aku daripada terus menangis masa tulis blog ni. Tapi aku tulis blog ni, aku nak kau tahu, aku sayang kau sangat-sangat, aku terasa gilerrr kehilangan kau, terasa tahu takkkk! Aku dah kehilangan kawan yang rapat dengan aku selama ni, kawan yang selama ni berada dekat di mata aku, buat aku happening :'(


Dekna, satu je aku nak kau tahu, aku sayang kau sangat-sangat kawan. Duduk sana nanti, jangan lupakan kami disini. Aku minta ampun dan maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki andai aku ada buat silap kat kau. Terima kasih hadir dalam hidup aku. Bahagia dapat kenal kawan macam kau selama satu tahun ni. Aku tak kan lupakan jasa kau dan kenangan bersama kau. Sekarang, aku ada meen, ezzra dan lakhvin je sem depan yang satu class dengan aku. Sayang, jaga diri tau, belajar elok-elok, yang paling penting, jangan pernah lupakan kami disini. Semoga Allah bersama kamu selamanya. Kau adalah sahabat terbaik yang pernah aku jumpa selama ni. Terima kasih kawan :')










Segala kenangan kita bersama, akan tersimpul rapi dalam hati kami semua :')
Sayang kamu Norfahana Binti Maskam

Thursday 26 April 2012

Program lagi!

Assalamualaikum, hye hye hye semua :)


Yeay, yeay, yeay! Esok mia berprogram lagiii untuk student upsr di Sk Wira, Kuantan Pahang. Sebelum ini, mia berprogram untuk student spm di Smk Maran, Kuantan Pahang juga. Excited? Alhamdulilah, mia dah ready untuk berprogram selama dua hari bermula esok. This weekend, jadual mia sangat fixed, fixed dengan program sebenarnya ;p


Weekend ni juga mia ada program di Sk Wira, Ladies Night Dinner anjuran Perwakilan Kolej Kediaman 3 dan Annual Grand Meeting Kelab Penyayang. Alhamdulilah, pada malam Annual Grand Meeting mia telah dilantik sebagai Vice President kelab ini. Terima kasih sebab percayakan mia. Mia bersyukur, pada usia mia 19 tahun ini, senior percayakan mia untuk handel kelab ini. InsyaAllah mia akan gunakan pengalaman dan pengetahuan mia selama ini untuk menaikkan taraf prestasi kelab ini, insyaAllah dengan izin Allah S.W.T.


Okey lah, mia tahu, ramai tak suka baca blog mia sebab mia suka taip panjang-panjang. Sampai disini saja story mia kali ni. See you all soon~

Friday 20 April 2012

My world, who care? :)

Assalamualaikum ;)


Hey hey hey hey kaki bloggers semua, thankss sebab sudi cuci mata singgah sekejap di blog mia.. Mia hargainya.. This week, week yang paling stress untuk mia, banyak sangat test dan quiz. Sometimes mia terasa down nak belajar course mia ni. Siapa suruh pilih universiti teknikal kan? Padan muka ==' Tapi mia kena bangkit dengan semua ni, dekat sini tiada sesiapa yang dapat guide mia untuk belajar meskipun mia kadang-kadang alpa. My mum di rumah, mana tahu mia buat apa kat sini kan. Mia belajar hanya demi dua perkara, perkara pertama demi memenuhi wasiat arwah ayah mia dan masa depan mia. Kalau bukan sebab dua perkara ni, dah lama mia down kot.


A few days ago, i will attend for test the data communication and networking, which is have  two path only and every sigle path totally 25 mark. Multiple with two path, totally around 50 marks right? Okeyy, first path mia okey, Alhamdulilah, i got 21 marks per 25. But, in path two, ohhh shit you know? I got this answers, but i dont know to put the answer in picket tracer! Damn it! I got 0 mark you know?? Ohh, my mood feel very spoiled and feel want to died! But i konw, this is skill base exam 1, the next test, will has skill base exam 2. I will pray with my self, i will do the best in skill base exam 2. Maybe i must study very very very hard for skor it! Yeah, you can do it gurl! Okey, stop talk about that. Past is past.


Next, a few minutes ago, im check my course result in ecomm ump for the result operating system subject. Thankss God, im not trust it!! Alhamdulilah, im got the higher mark, thankss God, im happy for that! I know, i can do it and get very higher result than result im get it now if im study hard from now before my final exam.


Ehh, apahal tetiba tulis dalam blog ni kan, maaf lah bagi sesiapa yang tak paham yea! Memang sengaja pun tak nak bagi paham, sebab benda tu complicated sangat. Ahahaha! Actually dekat sebulan dah tak balik rumah, Oh God, im miss my family deeply :'( Esok malam ada pemilihan exco tertinggi untuk Kelab Penyayang UMP. Sure-sure tak boleh balik rumah daa weekend ni. Next week pula, mia ada program di SK Wira, Sg Lembing, Kuantan Pahang selama dua hari. Then malam tu nanti, ada Ladies Night Dinner anjuran Kolej Kediaman yang mia tinggal sekarang. Temanya arab, memang gempak lah kot nanti. Mia dah ada plan nak pakai baju apa dan for sure lah mia pakai purdah.. Hee..


Okeylah, sampai disini saja story mia kali ni. Kalau mia ada apa-apa lagi story nak share dengan kaki bloggers semua, mia akan update okey! Thankss visit my blog guys! Love you all~

Monday 12 March 2012

~Saya dan Student Life~

Hyeee, assalamualaikum peeps ;)

Sihat? Hope everything gonna be okey ^_^
Lama tak story kat blog, kalau mia update blog mia, maknanya ada lah story yang mia mahu ceritakan.. Mia rinduuuu nak balik rumah, tapi apabila fikirkan tanggungjawab sebagai seorang student yang sedang belajar, terpaksa berjauhan dengan family seketika. Alahaii, touching kejap tetiba kan :P

Okeyyy, sabtu baru ni, mia join lagi satu program under kelab mia iaitu KURSUS PEMANTAPAN DIRI PRD DAN JPP KMPH di Universiti Malaysia Pahang. Thankss kepada senior mia sebab sudi ajak mia dan percaya pada mia untuk jadi fasilitator bersama mereka. Student Kolej Matrikulasi Pahang yang join program ini semua sama umur dengan mia dan ada yang tua satu tahun je. Tapi yang kelakarnya, mereka panggil mia dengan panggilan akak dan waktu bersalaman, mereka nak cium tangan mia, cepat-cepat mia tarik sebab kami adalah sama umur lah, hahaha, kami gelak ramai-ramai seketika :D

Sewaktu slot sharing tentang course dalam sesi bersoal jawab, ada seorang student ni bertanya tentang course yang mia ambil, tak sangka soalan itu mia yang perlu jawab sebab mia tahu jawapannya. Huwaaa, bohong la mia cakap mia tak ketar, dah la mereka tu sama umur dengan mia, cakap pula depan-depan khalayak mereka yang hampir 200 orang. Mia tahu, mereka student matrikulasi dan mia hanya student diploma. Tak perlu bangga sebenarnya menjadi student matrik sebab kami pun ada dapat offer letter matrik, termasuk mia sendiri, mia tolak offer letter tu sebab mia tahu tahap otak mia macam mana. Dan ingin mia tekankan, student matrikulasi dan diploma sama je level, takda pun beza. Mia tak pernah rendah diri dengan status student diploma sebab Allah memang dah tulis yang mia lebih sesuai memilih diploma untuk further study compare dengan matrikulasi.

Jangan nak pandang rendah dengan course mia sebab majoriti course mia student pure science termasuk dengan mia sendiri dan kami bangga menjadi student Universiti Malaysia Pahang. So, tak ada istilah perlu malu dengan universiti kami walaupun ramai tak pernah dengar nama unverisiti mia. Tapi untuk pengetahuan semua, universiti mia adalah antara 5 universiti teknikal di Malaysia, dimana student yang di ajar lebih kepada lab bukan more kepada teori. Bukan niat nak bangga diri, tapi tolong jangan pandang student universiti kami dengan low profile. Okey, FULLSTOP.

Mia ada ceritakan kat atas yang mia dikehendaki menjawab soalan salah seorang student matrikulasi pahang berkaitan course mia. Nak tengok bukti, jap yeeee, buktinya ada di bawah tauu ;)
 
Saya lah yang pegang microphone tu ^_^









 Di bawah ni banyak lagi picture mia. Picture yang kat bawah ni pula menunjukkan mia sedang conduct refreshment di atas stage di khalayak orang ramai. Bohong lah tak ketar lutut ni :3




Okeyyy, sekarang mia akan upload semua picture yang terjadi sewaktu hari kejadian, bagi mia ni pengalaman pertama di mana mia terpaksa handel student sama umur dengan mia dan menjadi fasilitator untuk prgram student matrikulasi, mia hargai pengalaman ini dan akan mia simpan rapi dalam hati mia :))












Yes, mia happy dengan program ini ;)
Serius, mia enjoy dengan life student mia di Universiti Malaysia Pahang. Kalau boleh, tak nak tukar universiti lain. Sayang nak tinggal segalanya disini. Kalau bolehh, mia nak habiskan degree mia di universiti ni. Yup, we are proud to be UMP'iansss!!

Mia rasa sampai disini saja celoteh mia kali ni, kalau mia ada masa, mia akan story lagi. Banyak assignment mia kena submit sebelum semester break ni. Mia dah mula tahu macam mana nak manage jadual mia disini. Mia dah mula biasakan diri mia untuk uruskan diri ni tanpa orang yang tersayang iaitu arwah ayah mia. Mia mampu hidup berdikari tanpa bergantung pada siapa-siapa. Selagi mia mampu berdiri dengan teguh menggunakan kaki mia sendiri, mia pasti lakukan. Dalam hidup mia yang paling penting sekarang adalah family mia, study mia dan kejayaan hidup mia. Mia akan pastikan semua itu pasti menjadi realiti suatu hari nanti. Doakan mia, Wassalam semua, see you all soon ;)

Wednesday 7 March 2012

Who care about me?!!

Assalamualaikum, hye peeps ;)

Thankss sudi baca blog mia yang tak seberapa ni..
Banyak story yang mia mahu sharekan dengan kamu semua, kalau tak nak tahu, boleh tekan keluar daripada page ni okey sayangg :D :D :D
Serius, semenjak ni hidup mia tak berapa terurus :(
Sem baru ni, banyak subject yang tough, tahu tak makna tough tu????
Yelahh, kalau dah tahu tough tu mia, study lah kan T__T

Minggu ni saja, banyak quiz online dekat moodle, assignment dalam kumpulan dan individu, hand on test lagi dan banyak lagi homework patut mia setelkan semenjak ni!!
Mia tertekan dan penat, sampai nak balas mesej kawan2 pun mia tak sempat.. :(
 

Saturday 25 February 2012

Saya sayang kedua-duanya :'(


Assalamualaikum semua ;)


" Mia ni kan asyik busy je kan dengan program tu lah, meeting tu lah dan macam-macam lah, biasa lah budak HOT "

Alahaiii kawan, makan dalam yea ayat kamu?? Hahaha, mia hanya mampu tergelak je. Memang mia busy pun semenjak ni, sampai terpaksa cancel beberapa program. Setakat ni, mia cancel dua program semata-mata mia mahukan rest dan ada program lain terpaksa mia fokuskan. Mia lebih utamakan program daripada kelab mia iaitu Kelab Persis daripada kelab lain. Maafkan mia terpaksa buat pilihan begini. Haha, ayat tak bolehh bla kot. Okeyy, weekend minggu ni je mia dapat rilex kan badan mia. Minggu lepas mia sibuk setelkan pertukaran sekolah adik mia yang Form 1. Mia tahu mak mia perlukan mia dalam saat2 begini. Sepatutnya arwah ayah ada disisi mak sewaktu situasi begini. Walaupun mak mia tak pernah ucap yang dia perlukan mia, tapi mia tahu mak mia perlukan mia sebab dia akan text mia suruh mia call dia semula. Mia pun call lah mak tanya kenapa, dia pun cerita lah adik dapat tawaran sekolah SMART, sekolah yang top 25 dalam Malaysia, yeahhh mia terharu dengan adik mia. Alhamdulilah ;) Mia pun cakap takpelah mak, nanti akak habis kelas, akak balik teman mak, mak mia hanya mengiyakan saja kata2 mia, dari situ mia tahu dia perlukan mia. Waktu dalam kereta, dia ada cakap kat mia, "nanti ijazah sambung je lah kat Universiti Malaysia Pahang tu, tak payah nak tukar U lain2. Kalau jadi apa2 macam ni, tak ada lah mak susah. Maybe orang lain tak ada masalah, tapi bagi mak masalah kalau awak duduk jauh". Hurmm, mia paham maksud mak mia. Mia ingatkan dah setel selepas adik masuk sekolah baru tu, baru sehari masuk sekolah tu terus mak call mia cakap adik menangis, mak minta mia call cakap sendiri dengan adik apa masalah dia. Mia tergelak adik menangis dengar dia cakap yang dia rasa bodoh bila masuk kelas tu sebab student2 tu semua speaking BI. Mia nasihat kat adik, mia cakap cmni, kalau adik akak bodoh, adik akak tak terpilih masuk sekolah kluster cemerlang tu dan duduk kelas pertama. Mia nasihatkan adik mia sehingga terasa sebak di dada mia. Mia minta adik mia set kan niat di hati untuk belajar demi arwah ayah dan masa depan keluarga kami. Sedangkan mia pun set kan niat mia begitu, mia nak sangat adik2 mia berjaya, mia mahu adik mia ikut jejak mia ke menara gading, mia tahu hanya itu cara untuk kami adik beradik membuat mak mia rasa gembira. Mia akan cuba menjadi pendengar yang baik dan penasihat yang baik untuk adik2 mia. Itu janji mia sebab mia tahu, adik2 mia pasti perlukan mia walaupun mereka tak pernah ungkapkan dengan kata2 depan mia. Semenjak ni, mia melihat wajah mak mia sudah banyak berubah, mia nampak mak mia terlampau bahagia sebab adik mia dapat masuk sekolah kluster dan mia masuk UMP. Sekarang, hanya tinggal adik mia yang Form 5 yang akan menduduki SPM tahun ni, mia hanya mampu doakan yang terbaik untuk adik mia yang ni. Mia tahu dia boleh buat sebab dia lah satu-satunya adik mia paling cerdik semenjak dari darjah 1 lagi, arwah ayah mia sangat sayangkan dia. Waktu makan bersama dengan mak mia baru ni, mak mia adik ucap "Mak bangga sangat sebab akak dan fatthur dah berjaya. Sekarang tinggal adik awak yang Form 5 tu je sekarang, tapi mak tahu, dia boleh buat yang terbaik. Kalau anak2 mak semua berjaya, mak dapat buktikan kat semua orang, mak gunakan duit peninggalan arwah ayah awak untuk masa depan anak2 mak dan mak boleh besarkan anak2 mak dengan baik tanpa seorang suami di sisi". Tersentuh hati seorang anak sulung mendengar rintihan hati seorang emak berbicara begitu. Mia tahu, harapan mak mia sangat tinggi terhadap kami adik beradik. Mia janji dalam diri mia, mia akan pentingkan kebahagiaan ibu mia berbanding perkara yang lain. InsyaAllah :)

Hurmm, stop talk about that. Weekend ni je mia dapat rehatkan badan dan otak mia. Patutnya weekend  ni mia ada Kem Fesilitator selama 3 hari. Tapi mia terpaksa cancel kan sebab mia kenangkan assignment yang banyak tak setel lagi dan next week banyak quiz. Rabu minggu depan, mia ada meeting dengan pihak sekolah SMK Maran bagi program yang akan dijalankan pada bulan hadapan. Sabtu tu pula, pagi mia ada talk untuk assignment. Selesai talk petang tu, mia bertolak dari UMP ke SK Gali di Raub untuk student di sana dan bermalam di sana. Banyak lagi program mia kena join sampai terpaksa catat kat kalender tarikh yang mia busy tu. Hahaha. Sebab tu kawan2 mia marah, asal nak pergi mana2, mia kena tengok kalender dulu. Maaf, mia pun tak tahu kenapa mia jadi sebusy ini. Untuk program SMK Maran, mia akan jadi Ketua Fasilitator. Berat tanggungjawab terpaksa mia galas, tapi mia akan jadikan semua ini sebagai pengalaman ;)

Banyak pula mia bebel di atas ni kan, tapi sebelum mia habiskan story mia, mia nak share sedikit gambar wajah insan yang paling mia sayang dalam mia, iaitu arwah ayah mia.


" Ayah, akak rindukan ayah sangat2. Akak rindu nak kucup dahi dan pipi ayah. Akak rindu nak salam dan peluk ayah. Akak rindu nak dengar suara ayah, akak rindukan nasihat ayah. Ayah, akak janji, akak akan pulang dengan segulung ijazah dan akak akan buktikan anak ayah akan berjaya meskipun ayah tiada lagi disisi akak. Akak tak pernah lupa ayah, ayah sentiasa di hati akak. Setiap langkah akak meniti kehidupan akak, nama arwah ayah sentiasa meniti di bibir akak. Akak doakan agar arwah ayah bahagia di alam sana, semoga Allah menjaga insan yang paling akak sayang ni dengan baik. Ayah tiada ganti dalam hidup akak. Akak hanya ada seorang ayah je dalam hati akak. I really miss you ayah :'("

Sunday 19 February 2012

Aku lemah :'(


Assalamualaikum semua ;)

Penat, hurmm. Mia penat sangat. Hanya Allah je tahu. Hari ni, 19 February 2012 tepat pukul 6.30 petang mia tiba di UMP Gambang. Semalam mia balik rumah, walaupun sekejap sangat masa mia balik rumah, tapi mia balik demi tanggungjawab mia terhadap keluarga. Semenjak pemergian arwah ayah menghadap illahi, mak mia kurang pendirian dalam membuat keputusan. Apa jua keputusan, terpaksa mia putuskan. Kasihan mak mia, seawal umurnya 37 tahun, mak mia sudah kehilangan suami tercinta. Mia tak kuat sebenarnya. Baru ni, pada hari Rabu minggu lepas, mia temankan mak mia pergi PPD untuk mengambil surat tawaran adik mia. Mak mia nak naik bus, tapi mia tak izinkan. Mia tak sanggup untuk biarkan mak mia naik bas seorang diri bersama adik mia yang masih kecil. Mia tak nak tengok mak mia bersendirian tanggung beban semua ini. Walaupun mia belajar di universiti yang dekat dengan rumah mia, tiada alasan untuk mia berkata yang mia tiada masa untuk sewakan kereta untuk temankan untuk ambil surat itu. Mak mia berkeras melarang mia untuk sewakan kereta sebab mak mia tahu mia ada kelas time tu. Mia tetap bertegas yang mia akan sewakan kereta dan temankan mak pergi ambil surat itu. Mia boleh temankan mak ambil surat itu sebab pada pukul 10 pagi mia kuliah mia sudah habis. Semua terjadi sebab kereta mak excident bulan lepas dan masih terdampar di bengkel. Sebuah kereta Myvi yang langgar kereta mak mia daripada belakang. Ya Allah, hanya Allah je tahu hati mia rasa bila terdengar mak mia kena langgar kereta yang mak mia pandu. Kalau terjadi apa-apa kat mak mia, memang mia tak kan maafkan orang itu sampai mia mati. Jujur mia cakap, tercabar naluri hati seorang anak apabila terdengar berita mak mia kemalangan. Mia tak nak kehilangan mak seperti mana mia kehilangan arwah ayah. Mia sayang sangat kat mak mia.

Semalam, sampai saja di rumah, mak ajak mia pergi bengkel tengok kereta dia. Mia hanya turuti meskipun waktu mia baru sampai kat rumah. Sampai di bengkel, mia ternampak kereta mia terdampar di bengkel itu. Alhamdulilah, kereta mia sudah siap, cuma tunggu insurans kereta membuat pembayaran. Selepas itu, mia pergi temankan mak mia carikan barang adik mia untuk masuk asrama. Serius, mia penat sangat drive motor, hanya Allah je tahu. Tapi mia tak mau tunjukkan kepenatan mia di hadapan mak mia, biarlah hanya diri mia yang tahu. Mia ingatkan baliknya mia di rumah sudah tiada problem lagi yang mak mia hadapi, rupanya masih ada problem yang besar, patut lah mia rasa nak sangat balik rumah minggu ni. Mia terasa sangat, orang yang mia ingat boleh harapkan boleh hantar adik mia daftar ke sekolah isnin ni akan hantar adik mia, tapi rupanya tak!!!!!!!!! Walaupun orang itu ada pertalian darah dengan mia. Perlu ke berkira dengan perkara-perkara macam ni. Mia tak kisah la, selagi mia bernyawa, mia boleh hantar adik mia daftar ke sekolah isnin ni. Mia tak perlukan pertolongan dan simpati daripada kamu-kamu semua. Mia akan ingat sampai mati, mia akan buktikan yang mia boleh belajar berdikari tanpa pertolongan sesiapa pun meskipun keluarga rapat mia!!!!! Mia boleh berkorban apa saja demi keluarga mia. Mia akan pastikan adik-adik mia berjaya dan mak mia hidup sempurna walaupun kami tiada arwah ayah disisi lagi. Mia dah tak nak fikir sesiapa lagi selepas ini, bagi mia keluarga mia segalanya. Kesal dan sedih dengan sikap insan-insan tertentu. Mia redha dan ingin ucapkan terima kasih sebab buat keluarga mia macam ni. Kini, mia sedar tanggungjawab mia besar dalam family mia. Mia penat dengan semua ini sebenarnya. Mia akan tetap tabahkan hati mia untuk jaga family mia. Mia akan berubah jadi seorang anak yang lebih pentingkan keluarga berbanding diri mia. Mia tak mampu nak pendam semua ini lagi. Mia amat berterima kasih kepada sahabat mia iaitu NORFAHANA BINTI MASKAM sebab sudi jadi teman susah dan senang mia. Serius, mia sayangkan dia sangat-sangat. Kalau dia tiada, mia tak tahu macam mana mia nak teruskan hidup di UMP andai perkara ini terjadi dalam hidup mia. Thankss sayang sebab sudi jadi driver aku esok untuk hantar adik aku daftar sekolah esok. Serius, aku akan ingat jasa kau sampai mati. Aku sayang sangat kau kawan. Aku tak nak kehilangan kau kawan. Aku sayang kau :'(

Mood :: Ya Allah, permudahkan jalan hambamu ini :(