Monday 12 March 2012

~Saya dan Student Life~

Hyeee, assalamualaikum peeps ;)

Sihat? Hope everything gonna be okey ^_^
Lama tak story kat blog, kalau mia update blog mia, maknanya ada lah story yang mia mahu ceritakan.. Mia rinduuuu nak balik rumah, tapi apabila fikirkan tanggungjawab sebagai seorang student yang sedang belajar, terpaksa berjauhan dengan family seketika. Alahaii, touching kejap tetiba kan :P

Okeyyy, sabtu baru ni, mia join lagi satu program under kelab mia iaitu KURSUS PEMANTAPAN DIRI PRD DAN JPP KMPH di Universiti Malaysia Pahang. Thankss kepada senior mia sebab sudi ajak mia dan percaya pada mia untuk jadi fasilitator bersama mereka. Student Kolej Matrikulasi Pahang yang join program ini semua sama umur dengan mia dan ada yang tua satu tahun je. Tapi yang kelakarnya, mereka panggil mia dengan panggilan akak dan waktu bersalaman, mereka nak cium tangan mia, cepat-cepat mia tarik sebab kami adalah sama umur lah, hahaha, kami gelak ramai-ramai seketika :D

Sewaktu slot sharing tentang course dalam sesi bersoal jawab, ada seorang student ni bertanya tentang course yang mia ambil, tak sangka soalan itu mia yang perlu jawab sebab mia tahu jawapannya. Huwaaa, bohong la mia cakap mia tak ketar, dah la mereka tu sama umur dengan mia, cakap pula depan-depan khalayak mereka yang hampir 200 orang. Mia tahu, mereka student matrikulasi dan mia hanya student diploma. Tak perlu bangga sebenarnya menjadi student matrik sebab kami pun ada dapat offer letter matrik, termasuk mia sendiri, mia tolak offer letter tu sebab mia tahu tahap otak mia macam mana. Dan ingin mia tekankan, student matrikulasi dan diploma sama je level, takda pun beza. Mia tak pernah rendah diri dengan status student diploma sebab Allah memang dah tulis yang mia lebih sesuai memilih diploma untuk further study compare dengan matrikulasi.

Jangan nak pandang rendah dengan course mia sebab majoriti course mia student pure science termasuk dengan mia sendiri dan kami bangga menjadi student Universiti Malaysia Pahang. So, tak ada istilah perlu malu dengan universiti kami walaupun ramai tak pernah dengar nama unverisiti mia. Tapi untuk pengetahuan semua, universiti mia adalah antara 5 universiti teknikal di Malaysia, dimana student yang di ajar lebih kepada lab bukan more kepada teori. Bukan niat nak bangga diri, tapi tolong jangan pandang student universiti kami dengan low profile. Okey, FULLSTOP.

Mia ada ceritakan kat atas yang mia dikehendaki menjawab soalan salah seorang student matrikulasi pahang berkaitan course mia. Nak tengok bukti, jap yeeee, buktinya ada di bawah tauu ;)
 
Saya lah yang pegang microphone tu ^_^









 Di bawah ni banyak lagi picture mia. Picture yang kat bawah ni pula menunjukkan mia sedang conduct refreshment di atas stage di khalayak orang ramai. Bohong lah tak ketar lutut ni :3




Okeyyy, sekarang mia akan upload semua picture yang terjadi sewaktu hari kejadian, bagi mia ni pengalaman pertama di mana mia terpaksa handel student sama umur dengan mia dan menjadi fasilitator untuk prgram student matrikulasi, mia hargai pengalaman ini dan akan mia simpan rapi dalam hati mia :))












Yes, mia happy dengan program ini ;)
Serius, mia enjoy dengan life student mia di Universiti Malaysia Pahang. Kalau boleh, tak nak tukar universiti lain. Sayang nak tinggal segalanya disini. Kalau bolehh, mia nak habiskan degree mia di universiti ni. Yup, we are proud to be UMP'iansss!!

Mia rasa sampai disini saja celoteh mia kali ni, kalau mia ada masa, mia akan story lagi. Banyak assignment mia kena submit sebelum semester break ni. Mia dah mula tahu macam mana nak manage jadual mia disini. Mia dah mula biasakan diri mia untuk uruskan diri ni tanpa orang yang tersayang iaitu arwah ayah mia. Mia mampu hidup berdikari tanpa bergantung pada siapa-siapa. Selagi mia mampu berdiri dengan teguh menggunakan kaki mia sendiri, mia pasti lakukan. Dalam hidup mia yang paling penting sekarang adalah family mia, study mia dan kejayaan hidup mia. Mia akan pastikan semua itu pasti menjadi realiti suatu hari nanti. Doakan mia, Wassalam semua, see you all soon ;)

No comments:

Post a Comment