Tuesday 23 October 2012

Kepimpinan baru? InsyaAllah saya akan cuba pikul dengan baik amanah yang diberikan :')

Assalamualaikum. Hye semua :)

Ehem, lama tak update blog ni. Nampak sangat busy kan! Hehehe, ramai cakap mengalahkan PM, yelah mana tak nya, tiap minggu mia ada program, sekarang ni je baru free. Tu pun, dah mula rasa badan ni kurang sihat, lemau pun ada. Yang lebih kelakarnya, boleh pulak mia injured tau. Nak tengok tangan mia yang injured tu?



Ramai yang risau dengan keadaan mia, ada yang tanya, kena apa tangan tu? dah pergi hospital ke? mak dah tahu ke? macam-macam lagi lah pertanyaan yang mia terima daripada orang sekeliling mia. Serius, mia terharuuu :') Jujur mia nak cakap kat sini, mia dah pergi hospital, mia dah x ray tangan mia, mak pun dah tahu keadaan mia, alhamdulilah mia dah okey sikit sekarang. Kenapa jadi macam ni? Hahaha, tu mia tak boleh jawab, nanti mia malu nak cerita kat tempat public macam ni, biasalah kan, budak lasak, macam ni la, well ;p

Okey, stop cakap pasal tangan mia yang injured ni, ada benda lagi penting mia nak story. Hehe. Actually pada 20 Oktober 2012 baru ni, berlangsungnya Annual Grand Meeting (AGM) Kelab Penyayang untuk Sesi 2012/2013. Dengan rasa rendah diri mia nak cakap ni, okey, ehhhh malu pulak nak cakap, tapi satu je mia nak ucap, bersyukur tak terhingga terhadap Allah dengan apa yang Dia bagi dekat mia. Alhamdulilah, mia telah dilantik sebagai Timbalan Presiden Kelab Penyayang UMP Sesi 2012/2013. Happy? For sure lah happy, tapi kena ingat, besar sangat tanggungjawab mia kena pikul selama satu tahun ni. Kalau mia tak mampu pimpin kelab mia dengan baik, Allah akan tanya mia di akhirat nanti. Hurmm, mia bersedia pikul amanah yang Allah berikan. Terima kasih kepada semua MT & Exco Kelab Penyayang serta penasihat sebab percayakan mia untuk pimpin kelab ni. InsyaAllah dengan pengalaman yang mia miliki selama ni dalam kelab persis, akan mia adaptasi kan dalam kelab penyayang. Doakan mia :')

Walau apa pun terjadi, kelab persis tetap family utama mia, takda niat untuk mia makin jauh daripada kelab persis, kelab yang banyak mengajar mia erti kehidupan di universiti, tapi mia ada tanggungjawab lain dalam kelab penyayang. Bukan mia untuk menjauhkan diri, tapi mia ada komitmen lain. Tapi mia janji dengan diri mia, kalau ada program kelab persis, mia akan follow, mia tak nak orang tuduh mia lupa diri. Maafkan mia family kelab persis. Tapi mia nak semua tahu, mia sayangkan family persis sampai bila-bila :')

Now, mia nak share picture sepanjang Annual Grand Meeting (AGM) Kelab Penyayang UMP Sesi 2012/2013 yang berlangsung di Blok WDKU1, UMP Kampus Gambang. Tengok je tau, tak mau download-download gambar ni yea, takut jugak ada secret admire dalam diam-diam curi picture mia diam-diam. Opsss, perasan suda. Hahaha, but never mind! Just beware je ;)







  
Mereka adalah family baru mia, iaitu Kelab Penyayang :')

Mia rasa, sampai disini je story yang mia nak share buat setakat ni, tetiba takda mood sangat nak update blog semenjak ni. Hehe. Btw, thanks sebab sudi jenguk blog mia. Kalau ada update terkini lagi, mia akan update. Love you all :')
 

No comments:

Post a Comment