Friday 2 December 2011

dunia ku ~

assalamualaikum semua !!!


anyway thanks sudi baca blog mia ni >.<
actually , mia banyak sangat nak share cerita kat kamu semua . mia penat sangat sebenarnya semenjak ni . sebab apa , bayangkan laaa , 26 dan 27 november baru ni , mia join pertandingan debat naib canselor ump 2011 . huh , penat kot . hari isnin pada 28 november tu pulak mia ada tournament badminton di kejohanan sukfac ump wakil fakulti mia . 3 hari berturut-turut mia ada event kan . dah laa penat tiap-2 hari pergi kuliah pun tak hilang lagi , tup tup tup mia ada event pulak mia involved . hahahaha  . padan muka kau kan !! siapa suruh join --'


kalau mia tak join , tak dapat la markah merit nak duduk kolej kediaman . lagipun , mia rasa sikit pun tak rugi bila mia join program-2 macam ni , banyak sangat perkara yang mia pelajari . busy sangat rasa , mana tak nye , dah tak lama nak habis sem 1 kat ump ni , banyak sangat assignment kena siapkan , projek tu laa , haishhh susah nak cerita . hanya Allah je tahu . tapi Alhamdulilah semua dah setel even mia busy dengan pelbagai program mia join . sampai abang senior ada cakap kat mia taw , " dah-2 laa adik join program , cukup lah setakat sem 1 ni je " . hahaha . yelah abang , adik akan ingat pesan abang --' mesti korang anggap mia join banyak program ni , siyes memang mia ada jugak la join program sampai kekadang mia nak rehatkan badan pun tak cukup . okey sekarang mia akan cerita program yang mia join baru ni yang beri kesan amat dalam pada mia .


okey , hari tu mia gatal-2 tangan laa bagi nama menerusi email untuk wakil fakulti untuk join tournament sukfac stand for kejohanan sukan antara fakulti ump 2011 . dup-2 nama mia naik kena join jugak tournament ni . mia mula-2 nak tarik diri sebab mia kena beli raket sendiri . bukan kedekut atau apa , tapi sayang woooo duit nak beli . kalau beli pun , bukan nak main lama-2 . kalau jenis mia pulak , kalau beli mesti nak beli yang mahal-2 . bukan apa , ringan sikit nak pukul shuttle tu kan . akhirnya mia join jugak tournament tu dan beli raket tu . fuhhhh , habis jugak laa dekat rm70 untuk raket badminton itu jee . boleh tahan la ringannya . mahal laaa katakan , tapi haram , habis duit aku =.=


ni la raket badminton yang mia maksudkan tu :D
rm 70 wehhh , putih mata mia >.<



never mind , mia dah beli so tak ada guna sesal kan lagi . okeyy , tiba di hari tournament itu , even tournament mula pukul 8.30 pagi , mia dan peserta fakulti mia yang join tournament ni dalam team hadir pada pukul 7.30 pagi . hahahaha . semangat kan kami ??? bukan apa , korang tahu tak , kami masuk tournament ni tanpa latihan langsung , tut tut datang pagi tu terus lawan . dengan semangatnya mia dan yang lain berlatih jap pagi tu , mia tak kesah sangat sebab mia pernah wakil sekolah dulu main badminton tapi den ni dah lama tak main , dah la makin gemuk , mana laa larat nak lompat-2 ni . tapi tak sangka badan mia bukan penghalang segalanya . nak tengok tak macam mana rupa mia duduk dalam gelanggang ??? hahaha . jom-2 tengok . swear taw jangan gelak ^__^



ni mira kechik , mia dan mira main double game
sempat lagi snap pic sebelum masuk gelanggang
peace >.<

ada gaya tak permain malaysia ?? :P

okey , waktu ni turn mia nak pukul shuttle ke pihak lawan
ada cara jugak taw , see kaki mia
ikut peraturan kan :D

actually muka ketakutan tu tapi cover je laa :)
okeyy , dah tengok kan saat-2 mia sebelum dan semasa di court tournament itu sendiri . ohhh , itu pengalaman taw sepanjang mia menjadi mahasiswi ump . yelaa kan , dulu-2 main di peringkat sekolah je , tapi sekarang di peringkat universiti . siyessss weh , jauh sangat beza . ibarat langit dan bumi . mia bukan nak cakap besar , tapi ni merupakan pengalaman amat sukar mia akan miliki lagi selepas ini . mana tahu tahun depan mia dah tak ada rezeki nak join . korang nak tahu , apa kesan yang mia miliki lepas habis tournament ni , fuhhhhh kesannya hingga sekarang mia terasa sakit wehhh . bayangkan la , bayang kan mia injured teruk . 2x mia tergolek jatuh dalam court , memang memalukan . hahaha . plus sakit yang sangat-2 . lepas keluar je daripada gelanggang , mia terpandang laa tangan ni , tahu tak pe jadi . hurmmm :'(

tangan menjadi merah maybe sebab kena hujung raket kot --'

one moreee , dalam gambar tak jelas , tapi depan-2 memang teruk jugak laaa :(
sekarang ni dah masuk empat hari , tapi sakitnya masih terasa , bukan kat nadi je bengkak , separuh badan mia belah kanan sakit kot sampai mia pergi klinik taw . dapat pulak doctor luar negara , ohh ump thanksss la sebab ada doctor luar negara . nasib still paham dye cakap apa . apa pun tak bolehhh =,= even mia injured teruk , mia tak kan putus semangat nak join lagi tournament ni tahun depan sebab kekalahan kami pada tahun ini hanya tipis . hahaha . anyway tahniah team badminton sukfac ump yang mendapat temapt keempat . hidup FACULTY COMPUTER SYSTEM AND SOFTWARE ENGINEERING !!! yeahhh ! sebelum pulang , kami sempat lagi taw snap pic buat kali terakhir . jom laaa tengok , peace :D


kami adalah satu team , yeah !

miss this moment :(

we are championsss !
okey , cukup untuk kejohanan sukfac ump . mia ada cerita kan mia ada join lagi satu tournament iaitu debat naib canselor ump . wooo , mesti tak sangka kan mia masuk debat-2 ni . actually mia masih baru dalam dunia debat ni . keinginan nak belajar memang ada , tapi biar la perlahan , asalkan berjaya membuah hasil . ni antara kenangan sepanjang tournament itu 

kami wakil faculty computer system and software engineering
a.k.a
petakom team !! :D

yeahhh !! hanya tinggal kenangan ^_^
mia rasa banyak dah mia story-2 ni . maaf pada siapa rasa bosan ye . actually ni la kehidupan mia di ump ketika ini . ramai kawan-2 mia cakap yang mia ni selalu busy . alahai kawan-2 , jangan laaa cakap gitu . itulah realiti hidup mia , mia tak suka duduk diam andai perkara itu mendatangkan faedah pada diri mia . okeyy laa , sehingga bertemu kembali . take care semua . wassalam >.<






No comments:

Post a Comment