Saturday 10 December 2011

cetusan hati seorang insan yang lemah ~

assalamualaikum....

hurmm , kenapa laa mata ni tak boleh lelap pulak dah malam ni . saja nak suruh update blog ni kot . ye laa , hati nak je update blog ni , tapi asyik busy je semenjak ni . mana tak nya , malam semalam ( 10 disember 2011 ) tidur dekat 5 pagi , dup2 bangun hari ni pukul 3.30 petang , huishhh rasa nak jerit je , giler ke apa anak dara bangun lewat macam tu . bukan mia je bangun lewat , tapi semua roomate mia macam tu . tidur lewat pun sebab buat tutorial dan study . hahaha , tapi sebenarnya mia penat semenjak ni . 24 disember 2011 ni dah start study week sebab 3 januari 2012 mia dah start final exam sem 1 . ramai orang tanya , ehhh kenapa baru sem 1 . awak , awak nak tahu tak kenapa mia baru sem 1 , maybe kat U lain dah mula sem 2 kan . okey , biar mia jelaskan , semasa mia masuk ump , mia mula dengan short sem selama 2 bulan dan baru laa selepas itu , mia baru mula sem 1 . setahu mia , kos mia bermulanya batch mia akan menjadi 2 tahun setengah sahaja . bayangkan laaa , sem 5 dah mula latihan industri . sem 1 ni jee dah 18 jam credit per hour . tak masuk sem 2 lagi , sem 2 pulak 19 jam credit per hour . tambahan pula mia plan nak masuk kelas tambahan untuk MUET sebab mia plan nak ambil MUET sem 2 ni . lagiiii laa bertambah fixed jadual mia . mia dapat rasakan , hidup mia di ump hanya study , assignmnet , test , exam , dan result . tu je lahhh yang penting bagi mia . mula-2 mia tak dapat nak kawal hidup mia macam ni sebab asyik study je , lama-2 boleh fikir sendiri sebenarnya , hanya diri sendiri dapat ubah haluan hidup kita . sebenarnya , mia telah satu langkah kaki mia ke arah menuju kejayaan dan hanya tinggal satu langkah je lagi untuk mia capai semua impian mia selama ini . yeahhh , mia kena kuat !!!!!!

huh , ni lagiii satu sebab kenapa mia stress dan penat semenjak ni , ada 5 assignment mia kena buat dan submit before 21 disember 2011 ni , assignment tu adalah subjek APPLICATION DEVELOPMENT WORKSHOP , PROBLEM SOLVING , INTRODUCTION TO IT , ENGLISH FOR TECHNICAL COMMUNICATION DAN ICT COMPETENCY WORKSHOP . huwaaaaaaaa , mana tak stressnya , dalam masa 10 hari mia kena siapkan 5 assignment . mia tak dapat bayangkan apa jadi kat mia andai dah siap semua ni dalam masa yang singkat , siyes , mia boleh masuk wad sebab tekanan rendah dan migrain , tapi mia harap dan mohon sangat Allah pelihara mia daripada mia kena migrain akibat tekanan belajar yang sangat hard . doakan mia dapat siapkan assignment dengan jayanya . sebenarnya mia ada tutorial kena siapkan , tapi alhamdulilah , mia dah setelkan awal-2 sebab mia tak nak serabutkan dengan assignment . doakan yang terbaik untuk mia yea kawan-2 :')

hurmmm , actually mia risau sangat dengan apa yang terjadi pada 11 disember 2011 dimana adanya buat kali kedua temuduga kelab persis ump . hari tu , semasa temuduga pertama memang laa mia lepas , tapi sebelum diserap masuk menjadi betul-2 ahli kelab persis , kami diberi task karnival kerjaya dan keusahawanan ump 2011 edisi 1 yang berlangsung besar-besaran baru ni . mia dah buat yang terbaik bagi task yang telah diberi , dan mia harap sangat temuduga kali kedua pada malam 11 disember 2011 ini mia berjaya diserap masuk sekaligus sebagai ahli kelab persis yang betul . mesti kamu semua pelik kenapa mia beria sangat nak masuk kelab ni , sebab kelab ni laa banyak mengajar mia erti kehidupan , erti kepimpinan dan segalanya . mia banyak belajar daripada kelab ini . ukhwah yang terjalin di antara mia dan senior kelab ini sangat rapat dan mia terasa bahagia bila senior dan mia rapat seolah-olah sebuah keluarga yang besar . mia percaya , Allah memahami apa yang mia mahukan .

mia tak kan lupakan niat mia untuk datang ump sebenarnya . mia tak mahu kecewakan mak lagi , mia nak tengok mak bahagia dengan kejayaan mia . rinduuu nak jumpa mak , nak borak dengan mak sebelum tidur , even bergayut dalam handphone , mana boleh lepaskan kerinduan ni . mia juga amat merindui insan yang pernah menjaga dan membesarkan mia hingga mia berdiri seperti sekarang iaitu arwah ayah , sudah 3 tahun arwah berlalu meninggalkan mia dan keluarga . namun sikit tidak mematahkan hati mia untuk terus belajar sebab mia still ada mak yang memberi semnagat kepada mia . mia masuk ump hanya 1 je , mia nak bawa pulang segulung ijazah kepada mak mia dan segulung ijazah ke kubur arwah ayah setelah konvo nanti . semoga Allah mendengar rintihan anak yatim iniiii . pada 3 januari 2012 ni genap laaa 3 tahun arwah ayah mia meninggal dunia dan 3 januari 2012 ni jugak laa mia final exam sem 1 . mula-2 mia tersentak jugak bila mendapat tahu tarikh ni mia duduki final exam . tapii mia akan jadikan tarikh ini sebagai pembakar semangat mia nak menjawab exam . mia tak boleh jawab main-2 , mia kena ingat , tarikh ni , tarikh kematian insan paling kau sayang , jangan jadikan tarikh ini tarikh kesedihan arawah ayah kau dalam kubur apabila kau menitiskan air mata tak dapat jawab exam , sedar laahhhh , kau belajar kat ump banyak guna duit peninggalan arwah ayah yang penat lelah bekerja . ingatlah , mana tahu arwah ayah kau meninggal dunia disebabkan sakitnya dia bekerja , tapi dia tak pernah bagitahu kepada anaknya kesakitannya dan maybe demam campak hanya menjadi tanda kenapa dia meninggal dunia dalam masa yang singkat !!!!! mak pernah berkata-kata begini dekat mia , yesss , mia paham maksud mak . mia akan lakukan yang terbaik untuk final exam itu demi tarikh itu , demi arwah ayah , demi my mum dan demi keluarga . doakan kejayaan mia semua . semoga Allah mencucuri rahmat arwah Johari bin Abdul Mubin ~ 15 july 1969 hingga 3 januari 2009 ~

No comments:

Post a Comment