Monday 23 January 2012

Dalam diam , saya mahukan semua ini ya Allah :')


hey hey awak semua , assalamualaikum :D

Okey , actually mia bosan sepanjang cuti sem sekarang , so tak ada apa nak buat kat rumah , kalau nak kerja , siapa la nak ambil kita ni kerja dalam masa sebulan . So , mia hanya tolong atuk berniaga kat pasar malam . Mia tak malu pun , malah mia bangga sebab atuk mia memang dah berniaga kat pasar malam selama berpuluh tahun lamanya . Best sangat bila berniaga kat pasar malam ni . Tapi mia tahu tak semua minat pergi pasar malam , antara sebabnya apa class cari makanan kat pasar malam , baik pergi KFC , McD , PIZZA , RASA MAS , SECRET RECIPE dan banyak lagi lah , ada jugak yang tak minat pergi pasar malam sebab tak suka tempat yang ramai orang . Mia tak kisah , sebab itu hak masing2 kan . Tapi kalau boleh , mia nak cari lah future husband yang kaki pasar malam ni . HAHA . Cakap pasal future husband ni , ramai yang tanya mia , actually mia minat lelaki macam mana , ciri2 tu macam mana . Nak tahu ? Kalau nak boleh la baca entry ni sampai habis , kalau tak suka , boleh pangkah page ni , easy right ^o^

Okey , biar mia list kan ciri2 itu semua :D

  • Mesti lah mia mahukan future husband mia beragama islam , tapi sebenarnya mia lebih minat lelaki cina mualaf , mia suka lelaki bermata sepet sebab macam mia :)
  • Mia minat lelaki yang kurus dan kulit gelap2 . Tak nak lah kurus macam lidi kan , at least sedap jugak mata memandang kan . Mia tak nak pun yang perfect sebab mia bukan perempuan yang perfect pun ;)
  • Kalau boleh , mia nak lelaki tu ada education , kalau boleh at least sama level education dengan mia . Mia bukan memilih , tapi mia juga fikir masa depan mia . Kalau tanya sesiapa pun , diaorang pasti cakap macam mia cakap ni . Hee ~
  • Then , yang paling penting bagi mia , dapat terima family mia , mia kan dah tiada arwah ayah , jadi mia mahukan lelaki yang boleh jaga family mia dan dijadikan tempat bergantung , sebab mia anak sulung , jadi mia perlukan semua ini ;)
  • Kalau boleh , mia tak nak lelaki yang anak sulung , sebabnya mia pun anak sulung , jika kami sesama anak sulung , agak susah sebab masing2 kena jadi ketua keluarga . Tapi kalau jodoh , terima je lah , pasti ada hikmah semua ini kan :D
  • Mia nak sangat lelaki yang kaki pasar malam , dan satu kepala dengan mia . Mia kurang suka lelaki yang terlampau lurus dan ikut cakap mia sebab mia tak nak jadi queen control bila kahwin nanti . HAHA lol :D
  • Mia paling tak suka dan benci lelaki suka marah mia sesuka hati , cemburu tak tentu pasal dan paling teruk , bila tak paham keadaan mia yang masih belajar =='
  • Mia lebih minat lelaki tua pada mia lima tahun dan ke atas , sebab mak mia ada pesan , kalau mia bersalin nanti , muka perempuan kan akan nampak lebih tua , so bila dah bersalin jangan risau , suami tak kan cari lelaki , sebab muka kita dan dia lebih kurang sama tuanya walaupun kita muda daripada dia . HAHA , mia tak cakap , tapi orang yang lebih makan garam daripada mia iaitu ibu tercinta :D
  •  Mia tak minat lelaki yang terlampau touching ni , mia minat yang garang2 ni . Baru gentle sikit kan , kalau tak , gaduh sikit nak menangis kan . Kalau kahwin tak tahu pulak kan apa yang jadinya . Mia nak sangat lelaki itu boleh dijadikan teman berrbicara , abang , kawan baik mesikpun dia seorang suami mia suatu hari nanti :)
  • Seperti wanita yang lain , mia nak sangat bakal suami mia tu sudah khatam Al-Quran , sebab mia pun dah beberapa kali khatam , dan ada pegangan agama yang boleh didik mia , mia tak harap pun dapat bakal suami yang sangat teguh pegangan agamanya , cukuplah hanya masih ada pegangan agama di dalam diri sendiri .
  • Kurang suka dengan lelaki yang romantik , sebab mesti lelaki itu ada pengalaman masa muda2 dulu , mana tahu buaya darat kan ;)
  • Mia kalau boleh , tak nak lelaki yang sudah pernah disentuh oleh mana2 perempuan , ingat lelaki je ke nak perempuan macam nii ? :P
  • Kalau mia tahu jaga batas pergaulan mia dengan lelaki lain , mia nak bakal suami mia pun macam tu , tapi mia percaya , lelaki yang baik , hanya untuk perempuan yang baik :D
  • Mia nak bakal suami mia orang jauh , sebab apa , kalau raya nanti boleh jalan negeri orang kan . Kalau boleh , nak lah bakal suami mia masih ada kedua ibu bapanya sebab mia kan dah kehilangan arwah ayah , jadi mia boleh tumpang kasih sayang daripada ayah mertua :'(
  • Lastly , mia nak lelaki yang boleh terima mia seadanya , sayang dan cintakan mia . Lelaki itu juga boleh didik mia ke jalan yang benar sebab mia sudah kehilangan arwah ayah tercinta untuk mendidik mia , jadi mia amat mengharapkan bakal suami mia boleh dijadikan tempat mia dan keluarga mia bergantung .
  • Bagi mia , family mia lagi penting daripada siapa bakal suami mia . Selagi mia tak bertemu dengan lelaki seperti di atas , mia rela tidak berkahwin sebab mia tak nak family mia terabai . Selepas kematian arwah ayah mia , mia tahu semua tanggungjawab digalas di bahu mia . Jadi , mia rasakan semua ini amat penting .

~ true love come from truth heart ~


Mia bukan jenis memilih , mia juga bukan mahukan semua yang sempurna , tetapi sebagai seorang kaum hawa di dunia ini , semua ini idaman mia memiliki lelaki yang boleh memimpin mia ke jalan yang benar dan lurus disisi Allah s.w.t .

Mia sedar , mia hanya manusia biasa , mia hanya mampu berdoa dan redha segala ketentuan Allah takdirkan kepada mia sejak mia di dalam rahim ibu mia lagi . Tapi mia tetap mencari cinta sejati itu . Tapi bukan sekarang , mia hanya mimpikan semua ini agar menjadi kenyataan buat sementara waktu , andai tiba jodoh mia , mia tahu semua mimpi ini menjadi kenyataan . Mia masih muda untuk memiliki semua ini , bagi mia pelajaran itu lebih penting , selagi mia tak membawa pulang segulung ijazah daripada Universiti Malaysia Pahang , tempat mia menuntut ilmu ini sekarang untuk dibawa ke kubur arwah ayah dan membuktikan kepada orang sekeliling bahawa tanpa arwah ayah , mia masih boleh berjaya , mia tak akan kahwin . Yes , itu janji mia . Tapi dalam diam , setiap hari mia mendoakan mia akan bertemu jodoh yang baik untuk mia dan family mia . Semoga Allah mempermudahkan mia untuk jalani kehidupan di atas dunia ini tanpa arwah ayah tercinta . Amin :')

1 comment: