Monday 16 January 2012

disebalik sebuah kebahagiaan :(

hidup tidak semestinya indah ..
keindahan dan kebahagiaan hanya pinjaman semata-mata daripada Allah S.W.T untuk umatnya , siapa kita untuk menolaknya ..
manis sangat sesebuah pertemuan dan pahit jugak sesebuah perpisahan , tapi siapa kita untuk menolak andai takdir telah tertulis begitu ?

awak , saya ingin berbicara apa yang telah lama terbuku di hati saya ini , mungkin awak pun tidak akan paham , saya harap awak sudi maafkan saya :(

awak , saya tahu saya gagal jadi yang terbaik untuk awak , bukan jua perempuan yang baik untuk awak , saya jahat sebab dah hancurkan hati awak , tapi siapa saya untuk lawan hati ini andai takdir telah tertulis kita tidak boleh bersama dan cinta ini bukan untuk awak , maafkan saya awak meskipun hati ini dah cuba untuk sayang dan menerima kehadiran awak dalam hidup saya . saya dah cuba sedaya upaya selama 1 bulan lebih ini , namun saya gagal awak , berat hati saya nak luahkan kat awak yang saya gagal sayangkan awak dalam hidup saya , saya takut awak kecewa dengan saya , namun saya gagahi diri saya malam ini untuk berterus terang dengan awak , saya cuba meskipun saya tahu hati awak terluka , saya tak nak awak terasa saya mainkan awak , saya tak pernah terlintas untuk curang atau mainkan perasaan awak , saya dah cuba untuk terima dan sayang awak , tapi SAYA GAGAL AWAK , SAYA GAGAL !!!!!!!!!!!!! :'(

awak , hati saya sudah sepi dan kosong hampir satu tahun , awak tahu tak macam mana bila hati dah kosong , zero ??? awak tahu kan , jangan paksa diri saya lagi , saya bukan jenis perempuan mudah jatuh cinta dan sukakan seseorang lelaki , kalau saya perempuan jenis macam tu , dah lama saya jadi playgirl . saya tak mampu terima mana2 lelaki dalam hidup saya selama ini selepas saya pernah dikecewakan oleh seorang lelaki pernah sayang dua tahun yang lalu , saya cuba buka hati ini , namun saya gagal , awak , tolong jangan berharap apa2 lagi pada saya , tak mungkin hati saya akan terbuka untuk mana2 lelaki , biarlah saya hidup dengan hidup saya , hidup tanpa seorang lelaki , andai sampai seru , saya akan memilih siapa jodoh saya , tapi bukan masa kini . kekadang saya tiada masa untuk layan awak , saya busy dengan assignment , test , tutorial dan kehidupan saya di kampus , saya tahu awak duduk matrik lagi busy daripada saya , tapi saya tak boleh terlampau tertekan dimana saya kena bahagikan masa saya dengan study dan awak , kadang2 awak tak paham saya , awak nak saya selalu disisi awak , tapi awak tak tahu , saya busy sangat2 sampai kadang2 nak rehat pun tak sempat , tapi awak tak pernah paham even saya dah jelaskan kat awak , maybe silap saya jugak sebab saya tak pandai bahagikan masa , tapi awak , saya gagal untuk bahagikan semua tu , saya sukar nak fokuskan kepada study saya , saya minta maaf awak , saya gagal untuk semua ini :(

saya harap awak rela lepaskan saya , lepaskan saya demi masa depan kita berdua . saya tak tahu nasib saya pada sem 2 , jadual saya maybe makin fixed , saya takut saya tiada masa nak text dengan awak di handphone , saya tak dapat layan awak lagi , saya rasa saya bukan perempuan yang terbaik untuk awak , maybe ade perempuan yang jauh lebih baik daripada saya , tapi awak sendiri kena mencarinya ..

awak , awak terlalu baik dengan saya , tapi hanya saya tidak pandai menilai semua ini , mugkin saya buta . awak , ingatlah , lelaki yang baik , hanya untuk perempuan yang baik .. saya harap selepas ini , kita hanya boleh jadi kawan , kawan yang baik , bukan musuh . saya doakan semoga awak akan jumpa perempuan yang jauh ebih baik daripada saya , perempuan yang boleh jaga awak , saya tak kisah andai ijazah nanti awak nak mohon ump , saya tak pernah halang awak untuk mohon ump walaupun di ump ada saya , saya hanya mampu doakan yang terbaik untuk awak . maafkan saya dari hujung rambut hingga hujung kaki Muhamad Faizal , saya banyak sangat dosa terhadap awak , saya harap awak dapat teruskan hidup awak tanpa saya dengan bahagia . terima kasih sebab sudi sayangkan saya selama ini , saya hargai segala pengorbanan awak terhadap saya selama ini , maafkan saya awak , semoga Allah permudahkan hari2 awak tanpa saya selepas ini . jaga diri awak , assalamualaikumm :(


No comments:

Post a Comment