Wednesday 25 January 2012

new life :')


Hye , hye kamu yang cantik dan handsome ^o^

Hurm , actually mia bosan , sebab tu tangan rajin nak tulis entry2 ni , kalau kat ump , takde masa sebab busy dengan kuliah dan assignment . Sekejap je masa dah berlalu , tahun ni mia dah berumur 19 tahun . 13 February 2012 bermulalah semester 2 mia di ump . Sebelum ni mia ada semester 0 dan semester 1 . Tak sangka sekejap sangat masa berlalu . Masa yang berlalu amat pantas sehingga mia tak sedar , mia dah menempuh kehidupan mia hampir tiga tahun tanpa arwah ayah mia . Air mata ini seakan sudah kering untuk menangis demi arwah ayah mia . Ramai orang sekeliling mia cakap yang mereka lihat kehidupan mia seakan bahagia , kalau orang yang tak tahu tentang mia sudah kehilangan arwah ayah , mesti mereka akan cakap yang tiada apa2 yang berlaku dalam hidup mia . Mia tak nak orang kesian dengan mia , mia tak nak hidup atas belas kasihan orang ramai . Mia mampu boleh hidup di atas muka bumi ini dengan ilmu yang di dada untuk mencipta kejayaan mia sendiri . Mia tak nak hidup di atas simpati orang ramai , hidup dengan duit orang ramai hulur atas dasar mia anak yatim . Mia tak nak ! Mia boleh mencipta kejayaan di ump dan membawa pulang segulung ijazah untuk keluarga mia . Segulung ijazah itu mampu memenuhi impian mia untuk menjadi seorang engineer yang berjaya yang boleh mengubah hidup mia dan keluarga dengan lebih sempurna :')

Cukuplah mia main2 masa semester 1 baru ini , bukan niat nak main2 , maybe mia terkejut sebab first time belajar cara universiti . Tapi sekarang mia dah paham macam mana cara belajar yang betul . Mia akan lebih tekun untuk belajar semester 2 ini . Mia takut tunggu keputusan final exam semester 1 . Ramai yang cakap , semester 1 senang . Tapi orang semua tak rasa memang lah , boleh lah cakap senang kan . Mia yang tanggung semua ini , jadual belajar sangat padat . Kelas bermula pada pukul 8 pagi hingga 6 petang . Tiap2 hari macam ini , siapa yang tak penat kan . Assignment yang banyak belum tahu lagi . Mia tengok jam kredit bagi semester 2 lebih padat sebenarnya . Mia akan cekalkan hati mia untuk tempuh semua ini . Bagi mia , selagi mia belum berjaya menggenggam segulung ijazah , mia tak kan berhenti belajar dan berputus asa . Mia akan balas jasa emak mia selama ini dan pengorbanan arwah ayah mia . Semester baru ini , mia akan mulakan azam baru mia . Yes , mia akan belajar dengan tekun meskipun tiada sokongan daripada arwah ayah !!! :'(


life must go on :')


No comments:

Post a Comment