Sunday 19 February 2012

Aku lemah :'(


Assalamualaikum semua ;)

Penat, hurmm. Mia penat sangat. Hanya Allah je tahu. Hari ni, 19 February 2012 tepat pukul 6.30 petang mia tiba di UMP Gambang. Semalam mia balik rumah, walaupun sekejap sangat masa mia balik rumah, tapi mia balik demi tanggungjawab mia terhadap keluarga. Semenjak pemergian arwah ayah menghadap illahi, mak mia kurang pendirian dalam membuat keputusan. Apa jua keputusan, terpaksa mia putuskan. Kasihan mak mia, seawal umurnya 37 tahun, mak mia sudah kehilangan suami tercinta. Mia tak kuat sebenarnya. Baru ni, pada hari Rabu minggu lepas, mia temankan mak mia pergi PPD untuk mengambil surat tawaran adik mia. Mak mia nak naik bus, tapi mia tak izinkan. Mia tak sanggup untuk biarkan mak mia naik bas seorang diri bersama adik mia yang masih kecil. Mia tak nak tengok mak mia bersendirian tanggung beban semua ini. Walaupun mia belajar di universiti yang dekat dengan rumah mia, tiada alasan untuk mia berkata yang mia tiada masa untuk sewakan kereta untuk temankan untuk ambil surat itu. Mak mia berkeras melarang mia untuk sewakan kereta sebab mak mia tahu mia ada kelas time tu. Mia tetap bertegas yang mia akan sewakan kereta dan temankan mak pergi ambil surat itu. Mia boleh temankan mak ambil surat itu sebab pada pukul 10 pagi mia kuliah mia sudah habis. Semua terjadi sebab kereta mak excident bulan lepas dan masih terdampar di bengkel. Sebuah kereta Myvi yang langgar kereta mak mia daripada belakang. Ya Allah, hanya Allah je tahu hati mia rasa bila terdengar mak mia kena langgar kereta yang mak mia pandu. Kalau terjadi apa-apa kat mak mia, memang mia tak kan maafkan orang itu sampai mia mati. Jujur mia cakap, tercabar naluri hati seorang anak apabila terdengar berita mak mia kemalangan. Mia tak nak kehilangan mak seperti mana mia kehilangan arwah ayah. Mia sayang sangat kat mak mia.

Semalam, sampai saja di rumah, mak ajak mia pergi bengkel tengok kereta dia. Mia hanya turuti meskipun waktu mia baru sampai kat rumah. Sampai di bengkel, mia ternampak kereta mia terdampar di bengkel itu. Alhamdulilah, kereta mia sudah siap, cuma tunggu insurans kereta membuat pembayaran. Selepas itu, mia pergi temankan mak mia carikan barang adik mia untuk masuk asrama. Serius, mia penat sangat drive motor, hanya Allah je tahu. Tapi mia tak mau tunjukkan kepenatan mia di hadapan mak mia, biarlah hanya diri mia yang tahu. Mia ingatkan baliknya mia di rumah sudah tiada problem lagi yang mak mia hadapi, rupanya masih ada problem yang besar, patut lah mia rasa nak sangat balik rumah minggu ni. Mia terasa sangat, orang yang mia ingat boleh harapkan boleh hantar adik mia daftar ke sekolah isnin ni akan hantar adik mia, tapi rupanya tak!!!!!!!!! Walaupun orang itu ada pertalian darah dengan mia. Perlu ke berkira dengan perkara-perkara macam ni. Mia tak kisah la, selagi mia bernyawa, mia boleh hantar adik mia daftar ke sekolah isnin ni. Mia tak perlukan pertolongan dan simpati daripada kamu-kamu semua. Mia akan ingat sampai mati, mia akan buktikan yang mia boleh belajar berdikari tanpa pertolongan sesiapa pun meskipun keluarga rapat mia!!!!! Mia boleh berkorban apa saja demi keluarga mia. Mia akan pastikan adik-adik mia berjaya dan mak mia hidup sempurna walaupun kami tiada arwah ayah disisi lagi. Mia dah tak nak fikir sesiapa lagi selepas ini, bagi mia keluarga mia segalanya. Kesal dan sedih dengan sikap insan-insan tertentu. Mia redha dan ingin ucapkan terima kasih sebab buat keluarga mia macam ni. Kini, mia sedar tanggungjawab mia besar dalam family mia. Mia penat dengan semua ini sebenarnya. Mia akan tetap tabahkan hati mia untuk jaga family mia. Mia akan berubah jadi seorang anak yang lebih pentingkan keluarga berbanding diri mia. Mia tak mampu nak pendam semua ini lagi. Mia amat berterima kasih kepada sahabat mia iaitu NORFAHANA BINTI MASKAM sebab sudi jadi teman susah dan senang mia. Serius, mia sayangkan dia sangat-sangat. Kalau dia tiada, mia tak tahu macam mana mia nak teruskan hidup di UMP andai perkara ini terjadi dalam hidup mia. Thankss sayang sebab sudi jadi driver aku esok untuk hantar adik aku daftar sekolah esok. Serius, aku akan ingat jasa kau sampai mati. Aku sayang sangat kau kawan. Aku tak nak kehilangan kau kawan. Aku sayang kau :'(

Mood :: Ya Allah, permudahkan jalan hambamu ini :(

2 comments:

  1. sayang,,orang kate,,bcinte bia 1,bkwan bia rmai,,aq x pnah mmilih ntuk bkwan,,aq pon syg smwe kawan2 aq,,susah bia la sme2,mane tau,,aq tlg ko,n 1ri t aq susah ko tlg aq lak,,senang pon same2 ye lah,,kte bkwan,,aq happy tngok kawan2 aq hpy,,our frensship will never end syg,,remember that,,ape2 pon sntiae tabah mnghdapi sgle cobaan,,smwe nie ujian,,aq sbgai kawan ko akan sntiase suport ko ky =)

    ReplyDelete