Saturday 25 February 2012

Saya sayang kedua-duanya :'(


Assalamualaikum semua ;)


" Mia ni kan asyik busy je kan dengan program tu lah, meeting tu lah dan macam-macam lah, biasa lah budak HOT "

Alahaiii kawan, makan dalam yea ayat kamu?? Hahaha, mia hanya mampu tergelak je. Memang mia busy pun semenjak ni, sampai terpaksa cancel beberapa program. Setakat ni, mia cancel dua program semata-mata mia mahukan rest dan ada program lain terpaksa mia fokuskan. Mia lebih utamakan program daripada kelab mia iaitu Kelab Persis daripada kelab lain. Maafkan mia terpaksa buat pilihan begini. Haha, ayat tak bolehh bla kot. Okeyy, weekend minggu ni je mia dapat rilex kan badan mia. Minggu lepas mia sibuk setelkan pertukaran sekolah adik mia yang Form 1. Mia tahu mak mia perlukan mia dalam saat2 begini. Sepatutnya arwah ayah ada disisi mak sewaktu situasi begini. Walaupun mak mia tak pernah ucap yang dia perlukan mia, tapi mia tahu mak mia perlukan mia sebab dia akan text mia suruh mia call dia semula. Mia pun call lah mak tanya kenapa, dia pun cerita lah adik dapat tawaran sekolah SMART, sekolah yang top 25 dalam Malaysia, yeahhh mia terharu dengan adik mia. Alhamdulilah ;) Mia pun cakap takpelah mak, nanti akak habis kelas, akak balik teman mak, mak mia hanya mengiyakan saja kata2 mia, dari situ mia tahu dia perlukan mia. Waktu dalam kereta, dia ada cakap kat mia, "nanti ijazah sambung je lah kat Universiti Malaysia Pahang tu, tak payah nak tukar U lain2. Kalau jadi apa2 macam ni, tak ada lah mak susah. Maybe orang lain tak ada masalah, tapi bagi mak masalah kalau awak duduk jauh". Hurmm, mia paham maksud mak mia. Mia ingatkan dah setel selepas adik masuk sekolah baru tu, baru sehari masuk sekolah tu terus mak call mia cakap adik menangis, mak minta mia call cakap sendiri dengan adik apa masalah dia. Mia tergelak adik menangis dengar dia cakap yang dia rasa bodoh bila masuk kelas tu sebab student2 tu semua speaking BI. Mia nasihat kat adik, mia cakap cmni, kalau adik akak bodoh, adik akak tak terpilih masuk sekolah kluster cemerlang tu dan duduk kelas pertama. Mia nasihatkan adik mia sehingga terasa sebak di dada mia. Mia minta adik mia set kan niat di hati untuk belajar demi arwah ayah dan masa depan keluarga kami. Sedangkan mia pun set kan niat mia begitu, mia nak sangat adik2 mia berjaya, mia mahu adik mia ikut jejak mia ke menara gading, mia tahu hanya itu cara untuk kami adik beradik membuat mak mia rasa gembira. Mia akan cuba menjadi pendengar yang baik dan penasihat yang baik untuk adik2 mia. Itu janji mia sebab mia tahu, adik2 mia pasti perlukan mia walaupun mereka tak pernah ungkapkan dengan kata2 depan mia. Semenjak ni, mia melihat wajah mak mia sudah banyak berubah, mia nampak mak mia terlampau bahagia sebab adik mia dapat masuk sekolah kluster dan mia masuk UMP. Sekarang, hanya tinggal adik mia yang Form 5 yang akan menduduki SPM tahun ni, mia hanya mampu doakan yang terbaik untuk adik mia yang ni. Mia tahu dia boleh buat sebab dia lah satu-satunya adik mia paling cerdik semenjak dari darjah 1 lagi, arwah ayah mia sangat sayangkan dia. Waktu makan bersama dengan mak mia baru ni, mak mia adik ucap "Mak bangga sangat sebab akak dan fatthur dah berjaya. Sekarang tinggal adik awak yang Form 5 tu je sekarang, tapi mak tahu, dia boleh buat yang terbaik. Kalau anak2 mak semua berjaya, mak dapat buktikan kat semua orang, mak gunakan duit peninggalan arwah ayah awak untuk masa depan anak2 mak dan mak boleh besarkan anak2 mak dengan baik tanpa seorang suami di sisi". Tersentuh hati seorang anak sulung mendengar rintihan hati seorang emak berbicara begitu. Mia tahu, harapan mak mia sangat tinggi terhadap kami adik beradik. Mia janji dalam diri mia, mia akan pentingkan kebahagiaan ibu mia berbanding perkara yang lain. InsyaAllah :)

Hurmm, stop talk about that. Weekend ni je mia dapat rehatkan badan dan otak mia. Patutnya weekend  ni mia ada Kem Fesilitator selama 3 hari. Tapi mia terpaksa cancel kan sebab mia kenangkan assignment yang banyak tak setel lagi dan next week banyak quiz. Rabu minggu depan, mia ada meeting dengan pihak sekolah SMK Maran bagi program yang akan dijalankan pada bulan hadapan. Sabtu tu pula, pagi mia ada talk untuk assignment. Selesai talk petang tu, mia bertolak dari UMP ke SK Gali di Raub untuk student di sana dan bermalam di sana. Banyak lagi program mia kena join sampai terpaksa catat kat kalender tarikh yang mia busy tu. Hahaha. Sebab tu kawan2 mia marah, asal nak pergi mana2, mia kena tengok kalender dulu. Maaf, mia pun tak tahu kenapa mia jadi sebusy ini. Untuk program SMK Maran, mia akan jadi Ketua Fasilitator. Berat tanggungjawab terpaksa mia galas, tapi mia akan jadikan semua ini sebagai pengalaman ;)

Banyak pula mia bebel di atas ni kan, tapi sebelum mia habiskan story mia, mia nak share sedikit gambar wajah insan yang paling mia sayang dalam mia, iaitu arwah ayah mia.


" Ayah, akak rindukan ayah sangat2. Akak rindu nak kucup dahi dan pipi ayah. Akak rindu nak salam dan peluk ayah. Akak rindu nak dengar suara ayah, akak rindukan nasihat ayah. Ayah, akak janji, akak akan pulang dengan segulung ijazah dan akak akan buktikan anak ayah akan berjaya meskipun ayah tiada lagi disisi akak. Akak tak pernah lupa ayah, ayah sentiasa di hati akak. Setiap langkah akak meniti kehidupan akak, nama arwah ayah sentiasa meniti di bibir akak. Akak doakan agar arwah ayah bahagia di alam sana, semoga Allah menjaga insan yang paling akak sayang ni dengan baik. Ayah tiada ganti dalam hidup akak. Akak hanya ada seorang ayah je dalam hati akak. I really miss you ayah :'("

1 comment:

  1. Insyallah mia akan berjaya nanti.....jgn fikir sgt pasal cinta " lelaki " mia dah cakap dalam ni nak target utk dpt ijazah kan.......lelaki tu tolak tepi dulu..kalau ade jodoh x kemana.....Al fatihah buat arwah ayah ye...sedih bace ni =(

    ReplyDelete