Sunday 12 February 2012

Sejenak bercamping di ulu sungai ^o^


Assalamualaikum dan Hey-hey peeps !! ;)

Sihat tak? Mia harap semua sihat :D
Anyway thankss sudi baca blog mia yang tak seberapa ni kan.
Mia ada something nak cerita ni, tak ada la hot sangat kan,
Biasa-biasa je, tapi bagi mia sangat bermakna.
Apa mia boleh kata, sweet moment until died ;)

8 hingga 11 February 2012 baru ni, mia pergi camping under Kelab Persis.
Mia pergi camping di Kela Adventure Camp, Raub, Pahang.
Mesti tertanya kan, kat mana lah tempat tu kan?
Okey, setahu mia, tempat itu di ulu sungai, di area lereng Banjaran Titiwangsa.
Whooo, mesti teruja kan dengar.
Tapi seriusly, tempat sangat best.
Tempat camping kami, betul-betul tepi sungai.
Tambahan pula, chalet yang mia dapat sebelah sungai je.
Nak tahu rupa chalet mia kena tidur tu?
Meh la tengok kat bawah ni ^o^

COMEL KAN CHALET NI
CHALET NI DIPERBUAT DARIPADA BULUH :D

Sampai je kat sana, perkara pertama mia buat, mia snap picture sekitar camping ni.
Mia dan kawan-kawan memang kaki bergambar tau.
Teruja sampai di tempat baru.
Lebih-lebih lagi yang pergi ni, semua generasi 4 Kelab Persis UMP ;)
Mia rapat sangat dengan mereka semua.
Mia rasakan mereka semua seolah keluarga baru mia.
Banyak sangat aktiviti kami lakukan.
Tapi agak sedih la, mia tak dapat join jungle tracking sebab mia sakit kepala sewaktu disana.
Tapi yang aktiviti boleh dikatakan hard dan mencabar bagi mia adalah
Night Walking dan Water Confident.
Tapi yang paling enjoy bagi mia iaitu water confident.
Apa tak nya, dari pukul 9 pagi hingga 1 tengah hari kami berendam didalam sungai.
Kami sempat meredah sungai.
Kami terapung di dalam sungai mengikut arus deras.
Release tention apabila berada di atas dasar sungai itu.
Enjoy jugak even badan ni sakit kena batu sungai.
Menjerit-jerit bila buntut dan badan terkena batu sungai.
Hahahaha, macam budak-budak kan.
Tapi actually serius mia cakap.
Mia happy sangat-sangat.
Tapi kat sana, sepanjang mia sakit.
Orang yang menjaga camping tu.
Sangat take care dengan mia.
Waktu mia free, mia pergi borak dengan pakcik dan pemilik camping tu.
Enjoy sangat dapat borak dengan mereka.
Mereka tanya tau latar belakang mia.
Mia seronok berborak dengan mereka.
Masa mia kena migrain tu, mia tak boleh la makan labu kuning.
Makcik yang masakan untuk mia tu.
Sanggup buatkan sayur kobis lemak yang baru untuk mia.
Ya Allah, sanggup makcik tu masak kan untuk mia.
Sumpah sedap!
Tangan mia luka tau, kena berus besi.
Ada seorang pakcik tu, dia take care sangat dengan mia.
Selalu panggil mia dengan panggilan " Anak Abah ".
Malu mia tauu. Padahal mia rinduuu sangat dengan kasih sayang seorang ayah.
Pagi tu, mia nak isi la minyak gamat, mia pergi la kat dapur camping tu.
Masa tu pakcik tu ada taw.
Masa mia nak isi ubat, pakcik tu siap cakap lagi.
" Nak, meh sini abah letakkan ubat "
Ya Allah, rinduuunye dengan panggilan itu :'(
Mia hanya tersenyum.
Pakcik tu pun cakap.
Anak jadi anak angkat pakcik je lah.
Nak tak?
Lantas aku hanya mengangguk tanda setuju.
Mia ada ambil picture dengan ayah angkat mia tau.
Kat bawah ni gambar dia.

YANG SEBELAH KANAN NI LAH AYAH ANGKAT BARU MIA :)

Di bawah ada gambar yang mahu mia share kan dengan kamu semua.
Ini lah kegembiraan kami bercamping di Ulu Sungai ini :)























Serius, mia enjoy sangat-sangat dengan program ini.
Setinggi tahniah dan terima kasih kepada semua Persis UMP
atas kejayaan menjayakan camping ini.
Di sini lah mia dapat rasai jalinan kasih sayang antara
kawan-kawan baru mia.
Even kami semua baru kenal, mia rasa mereka lah kawan yang terbaik pernah mia jumpa dan kenal.
Jujur mia katakan mia happy dan bersyukur dengan kehidupan mia di ump sekarang.
Thankss Allah sebab kurniakan mia dengan semua ini :')

Esok, bermulalah kehidupan mia sebagai mahasiswa di ump semula.
Esok bersamaan 13 February tarikh keramat perkuliahan semester baru buat mia.
Mia bersyukur dengan result baru mia.
Alhamdulilah, takda repeat paper dan capai target mia.
Terima kasih ya Allah sekali lagi.
Sebelum mia undurkan diri mia.
Mia ucapkan terima kasih untuk family baru mia iaitu
Kelab Persis UMP.
Kerana kelab ini lah, mia terasa begitu bahagia.
Terima kasih sekali lagi.
Disini ada satu lagi picture menggambarkan bahawa kami adalah
SATU KELUARGA KELAB PERSIS UMP







No comments:

Post a Comment