Thursday, 26 April 2012

Program lagi!

Assalamualaikum, hye hye hye semua :)


Yeay, yeay, yeay! Esok mia berprogram lagiii untuk student upsr di Sk Wira, Kuantan Pahang. Sebelum ini, mia berprogram untuk student spm di Smk Maran, Kuantan Pahang juga. Excited? Alhamdulilah, mia dah ready untuk berprogram selama dua hari bermula esok. This weekend, jadual mia sangat fixed, fixed dengan program sebenarnya ;p


Weekend ni juga mia ada program di Sk Wira, Ladies Night Dinner anjuran Perwakilan Kolej Kediaman 3 dan Annual Grand Meeting Kelab Penyayang. Alhamdulilah, pada malam Annual Grand Meeting mia telah dilantik sebagai Vice President kelab ini. Terima kasih sebab percayakan mia. Mia bersyukur, pada usia mia 19 tahun ini, senior percayakan mia untuk handel kelab ini. InsyaAllah mia akan gunakan pengalaman dan pengetahuan mia selama ini untuk menaikkan taraf prestasi kelab ini, insyaAllah dengan izin Allah S.W.T.


Okey lah, mia tahu, ramai tak suka baca blog mia sebab mia suka taip panjang-panjang. Sampai disini saja story mia kali ni. See you all soon~

Friday, 20 April 2012

My world, who care? :)

Assalamualaikum ;)


Hey hey hey hey kaki bloggers semua, thankss sebab sudi cuci mata singgah sekejap di blog mia.. Mia hargainya.. This week, week yang paling stress untuk mia, banyak sangat test dan quiz. Sometimes mia terasa down nak belajar course mia ni. Siapa suruh pilih universiti teknikal kan? Padan muka ==' Tapi mia kena bangkit dengan semua ni, dekat sini tiada sesiapa yang dapat guide mia untuk belajar meskipun mia kadang-kadang alpa. My mum di rumah, mana tahu mia buat apa kat sini kan. Mia belajar hanya demi dua perkara, perkara pertama demi memenuhi wasiat arwah ayah mia dan masa depan mia. Kalau bukan sebab dua perkara ni, dah lama mia down kot.


A few days ago, i will attend for test the data communication and networking, which is have  two path only and every sigle path totally 25 mark. Multiple with two path, totally around 50 marks right? Okeyy, first path mia okey, Alhamdulilah, i got 21 marks per 25. But, in path two, ohhh shit you know? I got this answers, but i dont know to put the answer in picket tracer! Damn it! I got 0 mark you know?? Ohh, my mood feel very spoiled and feel want to died! But i konw, this is skill base exam 1, the next test, will has skill base exam 2. I will pray with my self, i will do the best in skill base exam 2. Maybe i must study very very very hard for skor it! Yeah, you can do it gurl! Okey, stop talk about that. Past is past.


Next, a few minutes ago, im check my course result in ecomm ump for the result operating system subject. Thankss God, im not trust it!! Alhamdulilah, im got the higher mark, thankss God, im happy for that! I know, i can do it and get very higher result than result im get it now if im study hard from now before my final exam.


Ehh, apahal tetiba tulis dalam blog ni kan, maaf lah bagi sesiapa yang tak paham yea! Memang sengaja pun tak nak bagi paham, sebab benda tu complicated sangat. Ahahaha! Actually dekat sebulan dah tak balik rumah, Oh God, im miss my family deeply :'( Esok malam ada pemilihan exco tertinggi untuk Kelab Penyayang UMP. Sure-sure tak boleh balik rumah daa weekend ni. Next week pula, mia ada program di SK Wira, Sg Lembing, Kuantan Pahang selama dua hari. Then malam tu nanti, ada Ladies Night Dinner anjuran Kolej Kediaman yang mia tinggal sekarang. Temanya arab, memang gempak lah kot nanti. Mia dah ada plan nak pakai baju apa dan for sure lah mia pakai purdah.. Hee..


Okeylah, sampai disini saja story mia kali ni. Kalau mia ada apa-apa lagi story nak share dengan kaki bloggers semua, mia akan update okey! Thankss visit my blog guys! Love you all~

Monday, 12 March 2012

~Saya dan Student Life~

Hyeee, assalamualaikum peeps ;)

Sihat? Hope everything gonna be okey ^_^
Lama tak story kat blog, kalau mia update blog mia, maknanya ada lah story yang mia mahu ceritakan.. Mia rinduuuu nak balik rumah, tapi apabila fikirkan tanggungjawab sebagai seorang student yang sedang belajar, terpaksa berjauhan dengan family seketika. Alahaii, touching kejap tetiba kan :P

Okeyyy, sabtu baru ni, mia join lagi satu program under kelab mia iaitu KURSUS PEMANTAPAN DIRI PRD DAN JPP KMPH di Universiti Malaysia Pahang. Thankss kepada senior mia sebab sudi ajak mia dan percaya pada mia untuk jadi fasilitator bersama mereka. Student Kolej Matrikulasi Pahang yang join program ini semua sama umur dengan mia dan ada yang tua satu tahun je. Tapi yang kelakarnya, mereka panggil mia dengan panggilan akak dan waktu bersalaman, mereka nak cium tangan mia, cepat-cepat mia tarik sebab kami adalah sama umur lah, hahaha, kami gelak ramai-ramai seketika :D

Sewaktu slot sharing tentang course dalam sesi bersoal jawab, ada seorang student ni bertanya tentang course yang mia ambil, tak sangka soalan itu mia yang perlu jawab sebab mia tahu jawapannya. Huwaaa, bohong la mia cakap mia tak ketar, dah la mereka tu sama umur dengan mia, cakap pula depan-depan khalayak mereka yang hampir 200 orang. Mia tahu, mereka student matrikulasi dan mia hanya student diploma. Tak perlu bangga sebenarnya menjadi student matrik sebab kami pun ada dapat offer letter matrik, termasuk mia sendiri, mia tolak offer letter tu sebab mia tahu tahap otak mia macam mana. Dan ingin mia tekankan, student matrikulasi dan diploma sama je level, takda pun beza. Mia tak pernah rendah diri dengan status student diploma sebab Allah memang dah tulis yang mia lebih sesuai memilih diploma untuk further study compare dengan matrikulasi.

Jangan nak pandang rendah dengan course mia sebab majoriti course mia student pure science termasuk dengan mia sendiri dan kami bangga menjadi student Universiti Malaysia Pahang. So, tak ada istilah perlu malu dengan universiti kami walaupun ramai tak pernah dengar nama unverisiti mia. Tapi untuk pengetahuan semua, universiti mia adalah antara 5 universiti teknikal di Malaysia, dimana student yang di ajar lebih kepada lab bukan more kepada teori. Bukan niat nak bangga diri, tapi tolong jangan pandang student universiti kami dengan low profile. Okey, FULLSTOP.

Mia ada ceritakan kat atas yang mia dikehendaki menjawab soalan salah seorang student matrikulasi pahang berkaitan course mia. Nak tengok bukti, jap yeeee, buktinya ada di bawah tauu ;)
 
Saya lah yang pegang microphone tu ^_^









 Di bawah ni banyak lagi picture mia. Picture yang kat bawah ni pula menunjukkan mia sedang conduct refreshment di atas stage di khalayak orang ramai. Bohong lah tak ketar lutut ni :3




Okeyyy, sekarang mia akan upload semua picture yang terjadi sewaktu hari kejadian, bagi mia ni pengalaman pertama di mana mia terpaksa handel student sama umur dengan mia dan menjadi fasilitator untuk prgram student matrikulasi, mia hargai pengalaman ini dan akan mia simpan rapi dalam hati mia :))












Yes, mia happy dengan program ini ;)
Serius, mia enjoy dengan life student mia di Universiti Malaysia Pahang. Kalau boleh, tak nak tukar universiti lain. Sayang nak tinggal segalanya disini. Kalau bolehh, mia nak habiskan degree mia di universiti ni. Yup, we are proud to be UMP'iansss!!

Mia rasa sampai disini saja celoteh mia kali ni, kalau mia ada masa, mia akan story lagi. Banyak assignment mia kena submit sebelum semester break ni. Mia dah mula tahu macam mana nak manage jadual mia disini. Mia dah mula biasakan diri mia untuk uruskan diri ni tanpa orang yang tersayang iaitu arwah ayah mia. Mia mampu hidup berdikari tanpa bergantung pada siapa-siapa. Selagi mia mampu berdiri dengan teguh menggunakan kaki mia sendiri, mia pasti lakukan. Dalam hidup mia yang paling penting sekarang adalah family mia, study mia dan kejayaan hidup mia. Mia akan pastikan semua itu pasti menjadi realiti suatu hari nanti. Doakan mia, Wassalam semua, see you all soon ;)

Wednesday, 7 March 2012

Who care about me?!!

Assalamualaikum, hye peeps ;)

Thankss sudi baca blog mia yang tak seberapa ni..
Banyak story yang mia mahu sharekan dengan kamu semua, kalau tak nak tahu, boleh tekan keluar daripada page ni okey sayangg :D :D :D
Serius, semenjak ni hidup mia tak berapa terurus :(
Sem baru ni, banyak subject yang tough, tahu tak makna tough tu????
Yelahh, kalau dah tahu tough tu mia, study lah kan T__T

Minggu ni saja, banyak quiz online dekat moodle, assignment dalam kumpulan dan individu, hand on test lagi dan banyak lagi homework patut mia setelkan semenjak ni!!
Mia tertekan dan penat, sampai nak balas mesej kawan2 pun mia tak sempat.. :(
 

Saturday, 25 February 2012

Saya sayang kedua-duanya :'(


Assalamualaikum semua ;)


" Mia ni kan asyik busy je kan dengan program tu lah, meeting tu lah dan macam-macam lah, biasa lah budak HOT "

Alahaiii kawan, makan dalam yea ayat kamu?? Hahaha, mia hanya mampu tergelak je. Memang mia busy pun semenjak ni, sampai terpaksa cancel beberapa program. Setakat ni, mia cancel dua program semata-mata mia mahukan rest dan ada program lain terpaksa mia fokuskan. Mia lebih utamakan program daripada kelab mia iaitu Kelab Persis daripada kelab lain. Maafkan mia terpaksa buat pilihan begini. Haha, ayat tak bolehh bla kot. Okeyy, weekend minggu ni je mia dapat rilex kan badan mia. Minggu lepas mia sibuk setelkan pertukaran sekolah adik mia yang Form 1. Mia tahu mak mia perlukan mia dalam saat2 begini. Sepatutnya arwah ayah ada disisi mak sewaktu situasi begini. Walaupun mak mia tak pernah ucap yang dia perlukan mia, tapi mia tahu mak mia perlukan mia sebab dia akan text mia suruh mia call dia semula. Mia pun call lah mak tanya kenapa, dia pun cerita lah adik dapat tawaran sekolah SMART, sekolah yang top 25 dalam Malaysia, yeahhh mia terharu dengan adik mia. Alhamdulilah ;) Mia pun cakap takpelah mak, nanti akak habis kelas, akak balik teman mak, mak mia hanya mengiyakan saja kata2 mia, dari situ mia tahu dia perlukan mia. Waktu dalam kereta, dia ada cakap kat mia, "nanti ijazah sambung je lah kat Universiti Malaysia Pahang tu, tak payah nak tukar U lain2. Kalau jadi apa2 macam ni, tak ada lah mak susah. Maybe orang lain tak ada masalah, tapi bagi mak masalah kalau awak duduk jauh". Hurmm, mia paham maksud mak mia. Mia ingatkan dah setel selepas adik masuk sekolah baru tu, baru sehari masuk sekolah tu terus mak call mia cakap adik menangis, mak minta mia call cakap sendiri dengan adik apa masalah dia. Mia tergelak adik menangis dengar dia cakap yang dia rasa bodoh bila masuk kelas tu sebab student2 tu semua speaking BI. Mia nasihat kat adik, mia cakap cmni, kalau adik akak bodoh, adik akak tak terpilih masuk sekolah kluster cemerlang tu dan duduk kelas pertama. Mia nasihatkan adik mia sehingga terasa sebak di dada mia. Mia minta adik mia set kan niat di hati untuk belajar demi arwah ayah dan masa depan keluarga kami. Sedangkan mia pun set kan niat mia begitu, mia nak sangat adik2 mia berjaya, mia mahu adik mia ikut jejak mia ke menara gading, mia tahu hanya itu cara untuk kami adik beradik membuat mak mia rasa gembira. Mia akan cuba menjadi pendengar yang baik dan penasihat yang baik untuk adik2 mia. Itu janji mia sebab mia tahu, adik2 mia pasti perlukan mia walaupun mereka tak pernah ungkapkan dengan kata2 depan mia. Semenjak ni, mia melihat wajah mak mia sudah banyak berubah, mia nampak mak mia terlampau bahagia sebab adik mia dapat masuk sekolah kluster dan mia masuk UMP. Sekarang, hanya tinggal adik mia yang Form 5 yang akan menduduki SPM tahun ni, mia hanya mampu doakan yang terbaik untuk adik mia yang ni. Mia tahu dia boleh buat sebab dia lah satu-satunya adik mia paling cerdik semenjak dari darjah 1 lagi, arwah ayah mia sangat sayangkan dia. Waktu makan bersama dengan mak mia baru ni, mak mia adik ucap "Mak bangga sangat sebab akak dan fatthur dah berjaya. Sekarang tinggal adik awak yang Form 5 tu je sekarang, tapi mak tahu, dia boleh buat yang terbaik. Kalau anak2 mak semua berjaya, mak dapat buktikan kat semua orang, mak gunakan duit peninggalan arwah ayah awak untuk masa depan anak2 mak dan mak boleh besarkan anak2 mak dengan baik tanpa seorang suami di sisi". Tersentuh hati seorang anak sulung mendengar rintihan hati seorang emak berbicara begitu. Mia tahu, harapan mak mia sangat tinggi terhadap kami adik beradik. Mia janji dalam diri mia, mia akan pentingkan kebahagiaan ibu mia berbanding perkara yang lain. InsyaAllah :)

Hurmm, stop talk about that. Weekend ni je mia dapat rehatkan badan dan otak mia. Patutnya weekend  ni mia ada Kem Fesilitator selama 3 hari. Tapi mia terpaksa cancel kan sebab mia kenangkan assignment yang banyak tak setel lagi dan next week banyak quiz. Rabu minggu depan, mia ada meeting dengan pihak sekolah SMK Maran bagi program yang akan dijalankan pada bulan hadapan. Sabtu tu pula, pagi mia ada talk untuk assignment. Selesai talk petang tu, mia bertolak dari UMP ke SK Gali di Raub untuk student di sana dan bermalam di sana. Banyak lagi program mia kena join sampai terpaksa catat kat kalender tarikh yang mia busy tu. Hahaha. Sebab tu kawan2 mia marah, asal nak pergi mana2, mia kena tengok kalender dulu. Maaf, mia pun tak tahu kenapa mia jadi sebusy ini. Untuk program SMK Maran, mia akan jadi Ketua Fasilitator. Berat tanggungjawab terpaksa mia galas, tapi mia akan jadikan semua ini sebagai pengalaman ;)

Banyak pula mia bebel di atas ni kan, tapi sebelum mia habiskan story mia, mia nak share sedikit gambar wajah insan yang paling mia sayang dalam mia, iaitu arwah ayah mia.


" Ayah, akak rindukan ayah sangat2. Akak rindu nak kucup dahi dan pipi ayah. Akak rindu nak salam dan peluk ayah. Akak rindu nak dengar suara ayah, akak rindukan nasihat ayah. Ayah, akak janji, akak akan pulang dengan segulung ijazah dan akak akan buktikan anak ayah akan berjaya meskipun ayah tiada lagi disisi akak. Akak tak pernah lupa ayah, ayah sentiasa di hati akak. Setiap langkah akak meniti kehidupan akak, nama arwah ayah sentiasa meniti di bibir akak. Akak doakan agar arwah ayah bahagia di alam sana, semoga Allah menjaga insan yang paling akak sayang ni dengan baik. Ayah tiada ganti dalam hidup akak. Akak hanya ada seorang ayah je dalam hati akak. I really miss you ayah :'("

Sunday, 19 February 2012

Aku lemah :'(


Assalamualaikum semua ;)

Penat, hurmm. Mia penat sangat. Hanya Allah je tahu. Hari ni, 19 February 2012 tepat pukul 6.30 petang mia tiba di UMP Gambang. Semalam mia balik rumah, walaupun sekejap sangat masa mia balik rumah, tapi mia balik demi tanggungjawab mia terhadap keluarga. Semenjak pemergian arwah ayah menghadap illahi, mak mia kurang pendirian dalam membuat keputusan. Apa jua keputusan, terpaksa mia putuskan. Kasihan mak mia, seawal umurnya 37 tahun, mak mia sudah kehilangan suami tercinta. Mia tak kuat sebenarnya. Baru ni, pada hari Rabu minggu lepas, mia temankan mak mia pergi PPD untuk mengambil surat tawaran adik mia. Mak mia nak naik bus, tapi mia tak izinkan. Mia tak sanggup untuk biarkan mak mia naik bas seorang diri bersama adik mia yang masih kecil. Mia tak nak tengok mak mia bersendirian tanggung beban semua ini. Walaupun mia belajar di universiti yang dekat dengan rumah mia, tiada alasan untuk mia berkata yang mia tiada masa untuk sewakan kereta untuk temankan untuk ambil surat itu. Mak mia berkeras melarang mia untuk sewakan kereta sebab mak mia tahu mia ada kelas time tu. Mia tetap bertegas yang mia akan sewakan kereta dan temankan mak pergi ambil surat itu. Mia boleh temankan mak ambil surat itu sebab pada pukul 10 pagi mia kuliah mia sudah habis. Semua terjadi sebab kereta mak excident bulan lepas dan masih terdampar di bengkel. Sebuah kereta Myvi yang langgar kereta mak mia daripada belakang. Ya Allah, hanya Allah je tahu hati mia rasa bila terdengar mak mia kena langgar kereta yang mak mia pandu. Kalau terjadi apa-apa kat mak mia, memang mia tak kan maafkan orang itu sampai mia mati. Jujur mia cakap, tercabar naluri hati seorang anak apabila terdengar berita mak mia kemalangan. Mia tak nak kehilangan mak seperti mana mia kehilangan arwah ayah. Mia sayang sangat kat mak mia.

Semalam, sampai saja di rumah, mak ajak mia pergi bengkel tengok kereta dia. Mia hanya turuti meskipun waktu mia baru sampai kat rumah. Sampai di bengkel, mia ternampak kereta mia terdampar di bengkel itu. Alhamdulilah, kereta mia sudah siap, cuma tunggu insurans kereta membuat pembayaran. Selepas itu, mia pergi temankan mak mia carikan barang adik mia untuk masuk asrama. Serius, mia penat sangat drive motor, hanya Allah je tahu. Tapi mia tak mau tunjukkan kepenatan mia di hadapan mak mia, biarlah hanya diri mia yang tahu. Mia ingatkan baliknya mia di rumah sudah tiada problem lagi yang mak mia hadapi, rupanya masih ada problem yang besar, patut lah mia rasa nak sangat balik rumah minggu ni. Mia terasa sangat, orang yang mia ingat boleh harapkan boleh hantar adik mia daftar ke sekolah isnin ni akan hantar adik mia, tapi rupanya tak!!!!!!!!! Walaupun orang itu ada pertalian darah dengan mia. Perlu ke berkira dengan perkara-perkara macam ni. Mia tak kisah la, selagi mia bernyawa, mia boleh hantar adik mia daftar ke sekolah isnin ni. Mia tak perlukan pertolongan dan simpati daripada kamu-kamu semua. Mia akan ingat sampai mati, mia akan buktikan yang mia boleh belajar berdikari tanpa pertolongan sesiapa pun meskipun keluarga rapat mia!!!!! Mia boleh berkorban apa saja demi keluarga mia. Mia akan pastikan adik-adik mia berjaya dan mak mia hidup sempurna walaupun kami tiada arwah ayah disisi lagi. Mia dah tak nak fikir sesiapa lagi selepas ini, bagi mia keluarga mia segalanya. Kesal dan sedih dengan sikap insan-insan tertentu. Mia redha dan ingin ucapkan terima kasih sebab buat keluarga mia macam ni. Kini, mia sedar tanggungjawab mia besar dalam family mia. Mia penat dengan semua ini sebenarnya. Mia akan tetap tabahkan hati mia untuk jaga family mia. Mia akan berubah jadi seorang anak yang lebih pentingkan keluarga berbanding diri mia. Mia tak mampu nak pendam semua ini lagi. Mia amat berterima kasih kepada sahabat mia iaitu NORFAHANA BINTI MASKAM sebab sudi jadi teman susah dan senang mia. Serius, mia sayangkan dia sangat-sangat. Kalau dia tiada, mia tak tahu macam mana mia nak teruskan hidup di UMP andai perkara ini terjadi dalam hidup mia. Thankss sayang sebab sudi jadi driver aku esok untuk hantar adik aku daftar sekolah esok. Serius, aku akan ingat jasa kau sampai mati. Aku sayang sangat kau kawan. Aku tak nak kehilangan kau kawan. Aku sayang kau :'(

Mood :: Ya Allah, permudahkan jalan hambamu ini :(